Saturday, September 24, 2016

RUU 355: Siapa Mengaku MP Muslim, Tapi Menentang Usul Ini?

Hasil carian imej untuk parlimen malaysia
PADA 5 Oktober ini Parlimen akan bersidang bagi penggal terakhir tahun ini. Sidang April lalu ditangguh dengan usul Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai usul meminda had hukuman dalam Akta Mahkamah Syariah yang popular dengan terma RUU 355.
Usul ini hanya dibentang pada penghujung sidang lalu, dan diputuskan akan didebatkan pada sidang dua minggu lagi.
RUU 355 melalui pelbagai siri debat selepas diusulkan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS. Sudah pasti DAP menjuarai isu ini kerana sentimen parti itu sentiasa negatif terhadap apa saja yang berkaitan dengan Islam dan Bumiputera.

RUU 355 diseret sebagai bayangan Akta Hudud. Pada hal, tahun 1987, Akta Mahkamah Syariah 1967 ini pernah dipinda. Pindaan 1987 menjadikan akta ini terkenal dengan angka 355.
Definisi angka ini berkait dengan had kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5 ribu dan sebat tidak lebih lima rotan.
Tiada sebarang perubahan mengenai jenis kesalahan. Akta Mahkamah Syariah tetap hanya bagi isu Zina, Qisas (Fitnah zina) dan arak.
Itu saja jenis jenayah dan had hukuman yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. RUU 355 tidak menambah bidang kuasa kes jenayah.
Cuma menambah had hukuman bagi memastikan jumlah denda, tempoh penjara dan sebatan ditambah bagi memastikan ia relevan dalam usaha pencegahan.

Rang-Undang-undang-355
Kini secara identifikasi, terdapat 135 Ahli Parlimen Islam akan berdepan dengan usul meluluskan RUU 355. Sejumlah 86 MP UMNO, 15 PAS dan 6 PAN. Bakinya dari PKR, Parti Komponen BN Sarawak dan satu MP DAP Bukit Bendera, Zairil Johari.
Namun 135 MP Muslim tidak berada dalam satu blok pukal bagi menjamin usul ini lulus dengan minimum 112 undi majoriti mudah.
UMNO dan PAS nampak solid bersatu dalam isu ini. Cuma PAN walaupun sudah menyatakan secara terbuka akan menyokong, namun hubungan PAN sebagai sekutu Dap menjadikan apa saja boleh berubah pada hari pengundian.
PKR belum menyatakan pandangan. Pada masa sama MP PKR beragama Islam tidak menyuarakan penentangan di luar Parlimen setakat ini.
Solidariti MP Islam di Parlimen bakal diuji melalui usul ini. Sama ada 135 MP Muslim relatif mahu melaksanakan tanggung jawab terhadap agama, atau kekal mengikat diri dengan ideologi parti.
Semua ini akan terjawab pada Sidang Parlimen bermula 5 Oktober ini.
Sekiranya pindaan RUU 355 berjaya dilaksanakan, ia menghantar isyarat solidariti ummah memang wujud di parlimen. Sekiranya gagal, anggaplah tidak semua 135 MP Muslim memiliku semangat cintakan Islam. (IH)

16 comments:

Anonymous said...

Pemimpin politik jangan gunakan agama untuk kepentingan untuk menegakkan hukum rekaan maknusia citaan Nya.Allah tidak pernah memaksa hambanya mengikut telunjuk membabi buta sesama hamba yang diciptaNya hati nulari hamba Ahllah berpaksikan niat keihklasan sesseorang bukan secara menuduh jika tidak menyokong apa yang dicadang seseorang itu telah keluar keimanan mereka ingatlah dosa pahala hanya kepunyaan Allah bukan ciptaan ulasan makhlok sedang Nabi pun tidak pernah menuduh seseorang umatnya jika berlaku ketidak sefamamn bahkan ditunjuk ajarkan pula hingga sesorang itu boleh faham apa yang hendak disampaikan,itulah hikmahnya agama islam tiada paksaan tapi berhubung dengan RUU ini adakah pemimpin politik telah jelaskan sejelasnya kepada rakyat yang masih dalam kebingungan ini jangan menganggap semua penganut islam faham apa itu hudud dan sebagainya. Bukalah mata hati wahai pemimpin politik jangan guna agama untuk pendapat sokongan.

kiedentech said...

kita ada 14 buah negeri di malaysia tapi punya undang undang islam yang berbeza untuk setiap negeri, jadi bagaimana kamu menyatakan kamu lebih islam dari aku dan aku telah kafir semata mata berbeza pendapat dengan kamu. Kalau perlukan sokongan orang lain kena belajar untuk berunding dan faham perkataan konsensus agar kita boleh memimpin dan memberi tunjuk ajar pada orang lain dan mendapat apa yang dicita-citakan

Anonymous said...


yg sahih dan nyata ialah ruu355 bukan hukum Allah. hukum Allah mustahil boleh dipinda2.

mewajibkan sesuatu yg bukan dr Allah adalah spt mengambil hak Allah.

wajib haram adalah dalam kuasa Allah. yg Dia wajibkan mesti dilaksana; kalau tidak dibuat akan mendapat dosa dan akan diazab.

dlm bab hukum manusian ini perkataan yg sesuai ialah mesti.

ingatlah. dengan mencanangkan ruu 355 sbg hudud adalah suatu dosa besar. mengisbatkan sesuatu yg bukan dr Allah sbg dtg dr Allah adalah berdosa. ia spt menipu umat.

sekiranya tdpt insan spt pakcik makcik felda yg beriman ruu 355 sbg hudud, maka tunggulah azab bagi mrk2 yg menipu ini.

dimana hudud yg dilaung2 kan hingga berkubur pakatan rakyat? dlm bab ini jelas dan sahih hadi awing telah menipu umat. menggunakan hudud utk memecahkan pakatan rakyat dan memenangkan umno.

celakalah bg mrk yg menjual agama utk secubit dedak.

Anonymous said...

Amanat hadi mana....
Tutup mulut mu si lobai

Anonymous said...

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang telah kamu lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling engkar, maka Kami Tidak Mengutusmu (Wahai Muhammad) Sebagai Pengawas terhadap mereka; TUGASMU TIDAK LAIN HANYALAH MENYAMPAIKAN (Apa Yang DiPerintahkan Kepadamu).
- Surah Asy-Syura 42: 47-48

Ir Anonymous said...

Konsensus dulu ialah bersetuju utk tidak bersetuju. PAS tidak bersetuju dgn perjuangan DAP yg nak buat pilihanraya majlis tempatan tapi tak sampai sehingga memutuskan hubungan dgn LKS/LGE.. Tapi DAP boleh pula memutuskan hubungan dgn TGHA kerana tidak bersetuju dgn perjuangan PAS utk hudud.

Jadi dapatlah dilihat PAS lebih faham dari DAP akan makna konsensus ketika bersama PR dulu. Tapi kini demi meletakkan islam di atas, PAS mmg tak sesuai utk bersama PH yg kini menggunakan konsep konsensus kena bersetuju atau tidak bersetuju dalam perkara2 yg timbul. Bagaimana jika konsesus tidak bersetuju dgn perjuangan islam PAS? PAS nak kena akur? Sudah tentu tidak sama sekali. PAN tidak spt PAN yg boleh menggadaikan islam dgn melanggar sumpah baiah!

Dasar pengkhianat!!

Ir Anonymous said...

Amanat TGHA masih relevan hingga kini..

Memang itu amanat TGHA.. So apa masalahnya? Ketika amanat dikeluarkan, PAS sudahpun biasa menentang UMNO di dalam pilihanraya.. Jadi seperti keadaan terkini juga PAS akan masih terus menentang UMNO! Simple tak payah pening dan putarbelit!

Sebab itu PAS tidak mahu berunding lagi dgn pihak pengkhianat yg niat mereka utk menghalang agar PAS tidak lagi melawan UMNO spt mana sebelum, ketika dan selepas amanat TGHA dikeluarkan. Sebagai contoh pilihanraya kecil di Sh Besar dan Kuala Kangsar entah macammana ada pengkhianat cuba membantu UMNO utk menang ketika PAS terus hendak menentang UMNO spt yg termaktub dalam amanat dan ternyata mereka para pengkhianat berjaya membantu UMNO menang mudah dgn bantuan harbi..

Sekianlah mereka sang pengkhianat seadanya!!

Anonymous said...

Hadi and the geng lebai pemakan dedak pengkhianat undi rakyat dan ahli2 partinya.

Menipu Allah, rasul, umat Islam dan ahli2 parti dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Hudud dah jd ruu 355 dan hududuitt$$ haram 90juta.kahkahkah

Dasar pengkhianat penjual agama!!!

Anonymous said...

PAS di bawah pimpinan tuang presideng hadi ni parti pembangkang ke parti pengampu?dulu masa perintah terngganu ada hati ke nk bentang ruu 355? Ape kamu buat masa perintah terngganu wahai presideng mereng?skarang ni kamu pembangkang ke pengampu parti UMNGOK?semua kekufuran parti UMNGOK kamu buat x kesah,sibuk paksa sokong ruu 355.ape gila presideng mereng ni?bentang,bahas,bincang dlm parlimen pn belum lg..sepanjang bertahun2 ni kata nk bentang ruu 355 di parlimen,berapa banyak kali kamu tegur kekufuran yang dilakukan oleh parti UMNGOK?kata parti pembangkang tapi UMNGOK buat kekufuran tak pernah ditegur.ape punya mereng tuan presideng pas.ini orang pun ada org sokong.pas pis pus bila nk mampus..

Anonymous said...

PAS dah jadi PUS (nanah)....... Parti Cap Kipas.... Parti KOLOT, Lebih baik tutup kedai.

Selagi Tuang Presideng tidak undur selagi itu PUS tidak akan berjaya.

ULAR2 dalam semak yang berkepala bungkus dan tak kena matahari manalah boleh memerintah negara...... JAHIL dalam ekonomi dan hal2 duniawi... Puak2 JAHIL ini hanya tahu beri ceramah putar alam..... ceramah penglipur lara......

Anonymous said...

Ulamak dedak...mana boleh lawan tauke dedak!!

Pong pang pong pang...seru org takut Allah. Syurga neraka..dosa pahala...bla bla...

Time berlaku mungkar depan mata...senyap sunyi. Sedaya upaya cari ayat2 agama utk menghalalkan perbuatan bersongkongkol dgn orang zalim...!!

Demi Islam le...demi melayu la. Ancaman dpd kristian dan kapir dap la.... Mcm2 sebab dicipta utk mengharuskan diri jd punahsehat..!!

Walouuuun dgn macai memang sgt tegar ketololan mereka... Memang patut le menggelarkan diri sebgai PIGS.

Unknown said...

Jangan kita jd munafik RUU tu ryt doh ia utk tambah denda lebih berat

Unknown said...

Budo mung

Unknown said...

Dok pahang mung tp kona jauh sgt

Unknown said...

Dok pahang mung tp kona jauh sgt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails