Sunday, September 18, 2016

Aceh Tutup Pantai, Halang Remaja Buat Maksiat

Aceh Tutup Pantai Bagi Halang Remaja Maksiat

BANDA ACEH – Beberapa ketua kampung di daerah Seunuddon di Utara Aceh menutup kawasan pantai Bantayan dan Ulee Matang sejak minggu lalu selepas terdapat laporan ada pasangan bukan mahram mandi bersama-sama.


Pihak berkuasa Aceh pada tahun lalu mengisytiharkan dua pantai berkenaan sebagai patuh syariah dan melarang pasangan bukan mahram mandi bersama-sama.
Aceh yang memperkenalkan pelancongan patuh syariah hanya membenarkan pasangan yang sudah berkahwin atau mahram mandi bersama-sama.
“Kami bersetuju untuk menutup pantai ini kerana ada pengunjung yang bukan mahram mandi bersama dan berdua-duaan di pantai,” kata ketua kampung Ule Rubek Timur, Asnawi yang dipetik portal kompas.com semalam.
Ketua kampung Ule Rubek Barat, Badlisyah Yahya pula memberitahu, keputusan itu dibuat selepas perjumpaan dihadiri wakil rakyat dan beberapa ulama pada minggu lalu.
“Baru-baru ini penduduk menangkap dua pengunjung yang berkelakuan tidak sopan di tepi pantai.
“Kami tidak boleh memantau pengunjung sepanjang masa. Bagi menghalang maksiat berlaku kami bersetuju menutup pantai ini,” katanya. – Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails