Tuesday, September 20, 2016

Lagi, Bekas ADUN DAP Keluar Parti. Mengapa?

dap

LAGI, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Yap Hoi Liong memilih untuk meninggalkan DAP selepas tawar hati dengan pemimpin parti yang memencilkan individu yang tidak pandai membodek pimpinan.
Yap turut tidak berpuas hati dengan pemimpin parti yang ‘menjatuhkan hukuman’ ke atasnya tanpa membenarkan proses perbicaraan. juga pernah bertanya diri sendiri sama ada kekurangan kemahiran mengampu menyebabkan dirinya disisihkan daripada parti.
Katanya, keadaan itu berlaku kerana dirinya tidak menemani pemimpin parti dari Semenanjung yang bertandang ke Sibu.
“Kadang-kala saya ada tugasan di luar Sibu atau ada urusan mahkamah yang perlu diselesaikan sehingga tiada masa untuk menghadiri aktiviti yang dijalankan, tetapi saya telah maklumkan kepada parti,” katanya kepada Sinchew Daily.
Pada Ahad, Borneo Post melaporkan Yap yang juga Penolong Setiausaha DAP negeri telah mengumumkan keluar parti.
Setiausaha DAP negeri, Alan Ling mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Yap yang bertarikh 11 Sept dan salinan surat itu telah dihantar kepada pengerusi DAP Chong Chieng Jen dan DAP ibu pejabat di Kuala Lumpur.
“Saya mengesahkan telah menerima surat tersebut. DAP Sarawak akan membincangkan perkara itu untuk keputusan bersama. Saya tidak boleh ulas lanjut sekarang.
"Sudah tentu, saya berasa kesal dan terkejut dengan peletakan jawatan itu, tetapi secara formaliti saya menerima surat yang ditujukan kepada saya dan telah memaklumkan kepada pengerusi negeri dengan sewajarnya,” katanya.
Yap menyertai DAP kurang daripada satu dekad yang lalu.
Sebelum menjadi ADUN Dudong, beliau adalah pembantu khas kepada mendiang Wong Ho Leng (bekas Pengerusi DAP Sarawak), yang ketika itu merupakan ADUN Bukit Assek.  (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Kerana dia tak mau jadi khadam DAP macam PAN

Anonymous said...

Nampaknya Mat Sabu dan Din Pudu akan kehilangan jawatan. Jawatan mereka itu adalah untuk yg layak macam Husam dan Wan Rahim


http://www.bharian.com.my/node/126884?m=1

Jawatan tertinggi untuk Husam - PAN ISNIN, 22 FEBRUARI 2016 - 11

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa, akan ditawarkan jawatan tertinggi dalam Parti Amanah Negara (PAN), jika beliau dipecat daripada PAS. Pengerusi PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu tiada masalah untuk menerima Husam, sekali gus memperkukuhkan kedudukan dan keyakinan rakyat terhadap PAN, khususnya di Kelantan. "PAN sedia memberi tempat dan jawatan dalam barisan kepemimpinan PAN di negeri ini jika beliau (Husam) dipecat daripada PAS.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/126884?m=1

Anonymous said...

HARI2.KUTUK KAPIR LAKNAT BABI, KAPIR HARBI,DAN YAHUDI..
TETAPI......
MATI.KEBUMIKAN KAT NEGARA IERAEL.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails