Wednesday, September 21, 2016

LGE Dijel Gara-Gara Hina Mahkamah?

Hasil carian imej untuk LGE Dijel Gara-Gara Hina Mahkamah?

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini bukan sahaja berdepan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga kes hina mahkamah kerana persoal Peguam Negara mendakwanya.

Ini ekoran kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung DAP itu menerusi media cetak dan media sosial yang mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali berhubung pendakwaan rasuah terhadap dirinya.
Guan Eng antara lain mendakwa kes rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya melibatkan skandal banglo ‘harga murah’ dan projek flat kos rendah di George Town konon merupakan konspirasi untuk menyumbatnya ke penjara.
Dakwaan liar tersebut menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan daripada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Guan Eng.

Dalam saman pemula berkenaan, Apandi memohon Guan Eng untuk dipenjarakan kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan menerusi media cetak dan media sosial susulan kes Ketua Menteri negeri itu.
Walhal Guan Eng tahu bahawa kenyataan tidak berasas tersebut sebenarnya akan menggugat proses pentadbiran keadilan dan mengikis keyakinan masyarakat awam terhadap keluhuran sistem kehakiman di Malaysia sendiri.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan sebelah pihak oleh Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh di kamar beliau, dalam pengurusan kes saman pemula difailkan 18 Ogos lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini berdepan dengan kes rasuah melibatkan skandal pembelian banglo bawah harga pasaran dan salah gunakuasa apabila melibatkan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.
Beliau sebelum ini sudah pun dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa bulan lalu dan kes berprofil tinggi itu sedang menunggu perbicaraan bermula hujung bulan ini. – Agensi


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails