Tuesday, September 20, 2016

RUU 355: PAS Terbuka,Persatuan Hokkien Senaraikan Yang Tak Faham..

'Beritahu kami apa yang kamu tak faham'
Abdul Hadi dan Chai Kaa (empat dari kanan) ketika sesi pertemuan kelmarin. Foto Faceboo Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

SHAH ALAM - Pas meminta Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Tan Sri Khoo Chai Kaa menyenaraikan kepada pihaknya segala perkara yang tidak difahami berhubung pindaan RUU 355. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bersikap terbuka berhubung kenyataan yang dibuat Chai Kaa kelmarin yang mendakwa tidak memahami penjelasan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kalau beliau tak faham, minta beliau beritahu kita apa yang tak faham itu, yang mana beliau tak faham...tujuan Akta 355 atau prosedur yang kita nak laksanakan itu. Beritahu kita.

"Kita boleh berhubung dengan pihaknya semula melalui surat, telefon. Saya rasa tidak wajar pemimpin untuk satu pertubuhan yang besar sejurus kita mengadakan sesi dialog tiba-tiba kamu keluarkan kenyataan, ‘kami tak faham’. Begitu sahaja.

“Sepatutnya ruang yang ada pada perjumpaan itu diambil sebagai peluang untuk memahami perkara itu. Kemudian, apabila kita (merujuk kepada pihak persatuan) sudah faham, terpulanglah apa pendirian kita,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Chai Kaa dilaporkan mengakui tidak memahami ucapan Abdul Hadi pada sesi penerangan persatuan itu dengan Pas dan akan meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan tersebut seperti yang dirancang sebelum ini.

Persatuan itu didakwa langsung tidak bertanyakan soalan kepada Abdul Hadi pada sesi pertemuan di pejabat mereka.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan sesi penerangan kedua dan seterusnya kepada persatuan berkenaan.

“(Sesi kali kedua dengan Persatuan Hokkien) Boleh...boleh. Saya meminta sekali lagi, senaraikan apa yang beliau tak faham itu. Kita boleh berhubung balik. Kita terbuka. Katakanlah beliau tak faham, adakah Akta 355 ini berkait dengan pelaksanaan hudud dan sebagainya, beritahu kita.

"Sila nyatakan kepada kita apa yang mereka tak faham supaya kita boleh ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, Pas akan terus mengadakan sesi penerangan kepada umum dan paling hampir Abdul Hadi akan membuat sesi itu kepada pihak media, Khamis depan. Lapor Sinar Harian.
(IH)

7 comments:

Anonymous said...

Dalam RUU 355 ni ada tak termasuk kesalahan Fitnah? Apa hukuman menanti pemfitnah?

Ir Anonymous said...

Betul tu.. Fitnah antaranya ada 10 ADUN nak lompat jika huse kena pecat dan tuduh PAS berUG dgn UMNO..

Anonymous said...

KUTUK YAHUDI HARI HARI.......
MATI KEBUMI KAT.ISRAEL

Anonymous said...

untuk memperkasa undang2 syariah bagus dan hebat... tahniah PAS.. cuma sungguh2 ke PAS ni... cam tarik2 bulu ketiak je... lepah ni ade yg komen

Ir Anonymous said...

PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.
Menurut Presidennya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.
"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.
"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.
"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Isnin lepas PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden UmnoNajib Razak.

Ir Anonymous said...

DATUK Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membaya‎r RM2 juta dalam satu penghakiman ingkar diperoleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon KEADILAN Bukit Besi, Terengganu.

Abdul Hadi yang juga merupakan Presiden Parti Islam Malaysia, PAS turut diarah membayar faedah 5 peratus dari writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh beserta kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah mahkamah itu dilaporkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.


‎Abdul Hadi disaman oleh Shamsul lantaran Abdul Hadi mengatakan ada calon KEADILAN yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh KEADILAN

Ini menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan KEADILAN di tiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi oleh Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul telah meminta Abdul Hadi menarik balik kenyataan dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi‎ berbuat demikian menyebabkan Shamsul mengambil tindakan saman terhadap beliau bagi tujuan membersihkan namanya. — EdisiRakyat.com

Anonymous said...

hoi org Pas....

korg akan mati suatu hari nanti. segala penipuan pemimpin2 korg akan diadili dimahkamah yg hakim2 pegawai2nya tak boleh ditukar ke Putrajaya.

korg akan tanggung segala dosa2 kezaliman yg dilakukan oleh pemimpin Pas.

kalau rompak rm1 pun azab tak tertanggung. inikan pula rm90juta...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails