Wednesday, August 03, 2016

Matang Dan Sejahtera. Itulah Politik PAS.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai Harakah Islah dan Tajdid, kumpulan Islam yang wajib diwujudkan mengikut  perintah Al-Quran dan wasiat Rasulullah SAW dengan syarat, rukun dan ciri-ciri yang tetap teguh dan anjal bersama situasi semasa dan setempat.
Keimanannya tetap bersama Islam yang tidak mungkin dipadamkan cahayanya walaupun dihumban sehingga kedasar bumi. Maka, pendekatan PAS dalam politiknya dari aspek prinsip dan matlamat Islamnya sama dengan semua kumpulan Islam yang ditubuhkan daripada Gerakan Islah dan Tajdid di seluruh dunia Islam, namun terdapat perbezaan masa, tempat, situasi dan realiti, menjadikannya mempunyai perbezaan dengan kumpulan Islam yang ditubuhkan dengan semangat semata-mata, bersama kejahilan tanpa "Tafaqquh Fid Din" sehingga mencalarkan imej Islam yang sangat murni, yang sepatutnya membawa rahmat ke seluruh alam.
Kehebatan Islam, bukan kerana senjata dan peperangan tetapi kerana adil, hikmah dan kematangan yang membawa sejahtera, rahmat, aman dan kematangan.
Berbeza dengan ideologi yang tidak sempurna aspek fitrahnya, tanpa roh dan tidak berwawasan akhirat, tidak seimbang di antara kepentingan individu dan masyarakat.
Tegasnya, parti yang dasarnya, teras dan matlamatnya adalah  Islam, tidak boleh menjadi penumpang dalam perjalanannya tetapi menerima penumpang yang setia dan berakhlak.
Islam mencipta sejarah, ada negeri yang didatangi Islam secara peperangan kerana dipaksa begitu dan rakyatnya juga menjadi mangsa kezaliman kerajaanya sendiri, tetapi  Islam diterima rakyatnya menjadi penyelamat, bukannya musuh atau penjajah, kerana peperangannya mengikut sempadan Fiqh Jihad.
Banyak negeri pula yang menerima Islam kerana pendakwah dan para mujahidin yang mendalami ilmu agama. Hanya dalam tempoh 80 tahun sahaja Islam menguasai sempadan sehingga keperbatasan China meredah Asia Tengah, seterusnya turun Ke Asia Tenggara. Mara ke Utara dan Tengah Afrika dan menyeberang ke Eropah apabila pengaruhnya memerintah Andalusia (Sepanyol dan Portugal). 
Adapun kedatangan Islam dirantau ini melalui dakwah para pedagangnya, maka pendekatan dakwah dan politiknya dirantau ini tidak sama dengan kumpulan Islam di negara lain.
Maka,  PAS bukan seperti Ikhwan Muslimin di negara Arab, bukan Jamaat Islami di Pakistan, bukan Jemaah Tabligh India, bukan Parti Saadat dan Adalat Turki, jauh sekali seperti Al-Qaeda atau Daish yang berjenamakan jihad tanpa ilmu dan bertafaqquh dalam perkara Islam, sehingga menjadikan semua ajaran Islam itu disalah faham,  tidak dilihat murni dan  mulia, tidak seperti zaman awalnya, sangat dihormati sehingga masuk ke dalam akal manusia dengan cara yang lebih berkesan dan tajam daripada senjata.
Bukannya  mengisytiharkan  perang dengan fatwa takfirnya tanpa penjelasan dan hujah batas-batas iman dan kufur yang sentiasa wajib berwaspada kerana konsepnya menyelamat manusia seberapa banyaknya, bukannya berperang membunuh sebanyak mungkin, jauh sekali berperang di tengah-tengah umat Islam yang tenggelam dalam kejahilan dalam tanahair dan umatnya sendiri, mengebom tanah air dan umatnya sendiri sehingga ke dalam masjid.
Padahal, Al-Quran dan Sunnah mengharamkan melampau terhadap musuh 
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(Al-Baqarah: ayat 190)
PAS berada di bumi Malaysia di mana umat Islamnya masih terkesan dengan warisan penjajahan, bersama masyarakat majmuk bersama bukan Islam yang semuanya menjadi mangsa penjajahan.
PAS yang ditubuhkan dengan asas Akidah Islam dan konsep syariatnya yang sempurna wajib meneruskan pendekatannya mengikut mukjizat ilmu Al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dengan istiqamah bersama akidah dan kaedah yang matang, berdakwah dan berijtihad dalam isu semasa yang berbeza dan berubah dengan mengetahui pendekatan yang boleh diubah, serta ketegasan dalam perkara dasar, matlamat dunia dan wawasan akhirat yang tetap, haram diubah.
Oleh itu, PAS dengan Islamnya mampu menghadapi adanya perbezaan tempat, keadaan dan masa. Maka, PAS tidak boleh terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang tidak selaras dengan situasi dan realiti daripada luarnya dan terus beristiqamah bersama Islamnya. Menjadikan PAS  tidak terpesona dengan Revolusi Mesir 1952 dan terkini 'Arab Spring' yang hampir menenggelamkan Ikhwan, PAS juga tidak terpengaruh dengan Revolusi Iran menghadapi kediktatoran Shah Iran yang mengganas  dan Mazhab Syiah Imamiyyah majoriti rakyatnya, PAS tidak terpengaruh dengan keadaan di Turki kerana tenteranya dijadikan pelindung sekularisme yang hanya menentang Islam sahaja supaya memerangi rakyat Turki yang berhasrat menjadikan agama Islam berdaulat di negaranya.
Namun, hubungan perpaduan ummah tetap diteguhkan dengan pangkalan yang berbeza. PAS berada di Malaysia yang masih wujud demokrasinya walaupun menipu dan salah laku yang mewajibkan kebijaksanaan dan kesabaran.
Perlembagaan Malaysia menjadikan Islam agama negara tanpa tafsiran, namun membolehkan perubahan kepada Islam dengan mendapat kuasa politik. Mengamalkan konsep demokrasi yang tetap wujud, bermakna memberi ruang kepada umat Islam menafsirkannya sendiri, bukannya meneruskan tafsiran warisan penjajah, atau mengikut kehendak bukan Islam.
PAS mampu menghadapi semua cabaran, berpengalaman di zaman penjajah, selepas merdeka sanggup menjadi pembangkang, pernah pula di awal 60an menerima hakikat kemerdekaan serta penubuhan Malaysia dengan berbeza konsep dengan Parti Perikatan yang memerintah dan mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Negara, Sosialis dan lain lagi.
Namun PAS tidak boleh diheret bersama Sukarno bersama Komunis di Indonesia, walaupun pemimpin utamanya Dr Burhanuddin menjadi mangsa tahanan ISA sehingga meninggal dunia.
PAS pernah bersendirian dalam pilihanraya negeri 1959 dan 1960. Bertahaluf bersama Parti Negara di Terengganu 1960 dalam kerajaan negeri dan piliharaya parlimen dan menyertai Kerajaan Campuran bersama Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969, setelah bersendirian dalam PRU, mengadakan kerjasama dengan pihak lain sehingga merungkai Gabungan Perikatan kepada bersama menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 sehingga 1979.
PAS kemudiannya bersendirian, dan seterusnya bertahaluf bersama Parti Melayu Semangat 46 ditahun 1990 dan Barisan Alternatif 1999 dan Pakatan Rakyat 2004.
Dalam semua langkah, PAS tetap beristiqamah di atas Islamnya yang tetap menjadi sempadan yang haram dilangkah tanpa perhitungan akidah, syariat dan akhlaknya.
Risalahnya ialah menyelamatkan manusia bersama Islam yang memimpin dan memerintah negara, sama ada menganut Islam tanpa paksaan atau wajib  menerima Islam menjadi pemimpin dan pemandu yang benar-benar menunaikan amanah dan berwawasan yang luas dan jauh, daripada dunia sehingga akhirat, tegas menyampaikan rislahnya, berpandukan arahan Allah:
"Dan katakanlah (wahai Muhammad SAW) kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.(Al-Kahfi: ayat 29)
Maka PAS akan boleh  bersama dan bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat, menerima konsep Islam memimpin dan memerintah, dan PAS juga tetap berpisah dengan semua pihak yang tidak menghormati sempadan ini, walaupun betapa hebat cabarannya dan jauh perjalanannya.
Mereka yang tidak bertahan dalam menghadapi gelombang politik beristiqamah bersama konsep Islamnya, pasti keluar atau dikeluarkan daripada bahtera PAS.
Sebabnya kerana ahli PAS yang setia mehukan dua kemenangan janji Allah:
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "'Adn". Itulah kemenangan yang besar(di alam akhirat). Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.(As-Saff: ayat 12-13)
Kedua-dua kemenangan yang dijanjikan ini hanya kepada sesiapa yang beristiqamah memuliakan  Islam mengatasi segala yang lain. Dinyatakan dalam bai'ah dan perjuangan secara amali oleh ahli jemaah Islam.
Adapun bertahaluf dengan pihak lain dengan berjanji seperti kenyataan seorang bukan Islam kepada Rasulullah SAW :
"Aku tidak mahu menganut Islam), tetapi aku berjanji tidak menentang mu dan tidak bersama dengan kaum yang menentang mu)."
Terus beristiqamah menyampaikan risalah Islam dengan bersama mereka yang menerima Islam atau tidak bermusuh terhadap Islam, menarik manusia secara model yang ditegaskan Allah :
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Fussilat: ayat 33-36)
PAS wajib menjadikan Rasulullah SAW contoh terbaik yang menafsirkan wahyu tersebut, apabila bersikap memaaf dan mengampun musuhnya; khususnya apabila berkuasa  mencapai kemenangan. Caranya sangat berbeza dengan pihak lain yang menjadikan kemenangannya untuk melepas geram dan membalas dendam, sehingga diisytiharkan hasratnya yang melampau sebelum mencapai kemenangan.
Ingatkan diri dengan pesanan Allah :
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."(Ali-Imran: ayat 133-135)
Inilah objektif politik  Islam yang matang dan sejahtera.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

28 Syawal 1437H / 02 Ogos 2016M

7 comments:

Anonymous said...

BERSUBAHAT. DENGAN. KETUA. KAMPUNG. YG. TELAH. MENCURI. DUIT TABUNG. MESJID SEBANYAK. 2.6 B LALU. ORANG 2. MISKIN DI KAMPUNG. TERSEBUT. DI KENAKAN. CUKAI GST. SEBANYAK 6. PERATUS.....

APAKAH. HUKUMNYA. DI SISI AGAMA. ISLAM ?????


KALAU. SOALAN. MUDAH. INI PUN. ANDA. TIDAK. MAMPU. MENJAWABNYA. ........
ADALAH. JELAS. ANDA. LEBIH. HINA. DARIPADA. T,S MUHIDDEN YASSIN........

DAN. ANDA. HANYA. BERPURA PURA SAJA
DALAM. MENJALANI. KEHIDUPAN. INI.....ANDA. HANYA. BERPEHAK KEPADA ORANG. YG. ADA. KUASA. DAN DUIT. SAHAJA ....AYAT.2. SUCI. ANDA. GUNAKAN
UTK. MENTAKSUBKAN. ORANG. RAMAI......


ANDA. HANYA. MENGWARIS.KAN. JENERASI
YG. BERMINDAKAN. KEMATU. TUMIT KAKI...
alias SI. GOBLOK. DAN. SI. PENGGOR.........

Anonymous said...

Penis.....penis.....penis. yg. Sehat. Kpd. Penyamun....penyamun. tarbus......


Kebulur anak. Siswa siswi. Nak. Makan. 1 hari 1. Piring. Pun. Susah...........
Ada. Engkau. Kisah. ............
Nak. Jadi. Punahsehat bn. Konon.........

Ir Anonymous said...

Masalah PAN ialah gagal memahami B Inggeris dgn baik. Sebab tu PAN tak reti beza antara maksud solidariti dgn maksud bekerjasama.

Maksud bekerjasama buat PAS ialah bekerjasama dgn pemerintah dalam hal2 berkaitan agama Islam demi kebaikan org2 Islam dan bukan Islam..

Manakala maksud sebenar solidariti buat PH pula ialah PERPADUAN dengan para perasuah tegar tak kira besar mana pun nilai rasuah mereka demi sokongan serta undi org2 Cina..

Jadi kesimpulannya janganlah hanya kerana mendambakan undi Cina kita sanggup bersolidariti bersama perasuah tegar banglo dan Perwaja. Kalau sayangkan negara teruskanlah serang PM dlm isu 1MDB bukannya bersolidariti bersama perasuah2 yg lain pula!!

Anonymous said...

Najib ketua penyamun tarbus.
Hadi tuang penasihat penyamun tarbus.

PAS FOR DEDAK.

Anonymous said...

Kah kah kah anon 2.11 betul2 buat kelakar la. Siapa yang tak faham bahasa Inggeris ni? Kejap nak terkentut gelak tak boleh berhenti ni. Tuan Presideng Hadi Mereng faham tak bahasa Inggeris? Mursyidul am Harun Jin faham ke bahasa Inggeris? Nik Bodoh? Tantawi Porno? Faham bahasa Inggeris?
Yang faham bahasa Inggeris semua dah takde dalam PAS. Yang tinggal hanyalah lulusan sekolah2 pondok. Pernah dengar mcamana Tuan Presideng Hadi Mereng cakap omputih? Kelakar siut. Macam takde gigi. Bila orang tanya dia biarkan wakil jawab? Kah kah kah. PAN tak faham bahasa Inggeris konon.
Lu bikin gua ketawa. Kah kah kah

Anonymous said...

Memang pencacai Ultra Kiasu tak faham bahasa Inggeris ! Ketawa Kah kah kah pun seperti ungka (Gibbon) ! Kelakar siut ! Sudah tentu sekolah atas pokok bersama dengan ungka! Bahasa Anon 4:49 PM adalah bahasa zaman batu !

Anonymous said...

Aiseh anon 9.42...takkan terasa kot? So defensive la you ni. Mana ada sekolah atas pokok? Kalau adalah otak dalam kepala tu sila belajar bagaimana nak guna. Jangan malukan lulusan sekolah2 pondok yang lain. Kah kah kah.
Anon 9.42 is very stupid and ignorant. Agaknya dedak yang dimakan low quality lantas menjadikan anon 9.42 seorang melayu islam yang takde kelas.
Piiiiirah mabuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails