Tuesday, August 02, 2016

LGE Batal PRN Mengejut PP, "Saya Faham" -Wan Azizah.


AIDCNews – 2/8/16 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaku terkejut dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri (PRN) mengejut di negeri itu.
“Huh (reaksi terkejut), sebenarnya benda ini sudah selesai. Kami akan teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng).
“Perhubungan dalam Pakatan Harapan akan terus dihargai termasuk pada masa-masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai sekarang,” katanya kepada pemberita di Bangunan Annex SUK Selangor, semalam.
Wan Azizah berkata demikian ketika menjawab ketika ditanya pemberita bahawa PKR telah meminta satu atau dua’ kerusi DAP di kawasan pengundi majoriti Cina sebagai syarat untuk bersetuju PRN mengejut di negeri itu.
Sebelum ini, Guan Eng dalam sidang media pada Ahad mendakwa alasan PRN mengejut di negeri itu tidak diteruskan kerana tidak bersetuju dengan permintaan PKR yang menuntut satu atau dua kerusi yang sebelum ini milik PKR.
“Memang kami faham bahawa PKR menghadapi risiko kehilangan kerusi lebih daripada DAP.
“Apa-apa pilihan raya kita semua menghadapi risiko hilang kerusi ataupun tambah kerusi. Tapi PKR rasa risiko mereka lebih tinggi. Ini memang kita faham tentang keresahan mereka.
Sumber memaklumkan PKR menuntut kerusi di kawasan pulau yang merupakan pengundi majoriti Cina kerana bimbang parti itu akan tewas di kawasan majoriti pengundi Melayu dan campuran.
“Mereka (PKR) ada buat cadangan bahawa DAP memberikan satu atau dua kerusi yang sedia ada di Pulau Pinang diberikan kepada PKR untuk menjadikan syor PRN Pulau Pinang lebih mudah dipersetujui oleh PKR.
“Kami (DAP) dengan tegas menyatakan (perkara) ini tidak boleh dipersetujui,”kata Guan Eng.

9 comments:

Anonymous said...

Best from Semuthitam


WAYANG GUAN ENG RAIH SIMPATI DITERUSKAN!!!

Heh! Nampak sangat RETORIKnya kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Menteri Pulau Pinang ni. Mungkin dia ingat rakyat Malaysia ni senang sangat nak diperbodohkan gamaknya.

Jika sebelum ini, usaha Si Guan Eng tu nak menyelamatkan bontot dia dari dimalukan telah menemui jalan buntu apabila PKR enggan beri kerjasama untuk mengadakan Pilihan Raya mengejut.

Maka terpaksa la Si Guan Eng tu mencari jalan lain untuk memastikan wayang opera dia diteruskan bagi menagih simpati murahan dari kalangan rakyat demi kepentingan dirinya sendiri.

Kali ini, Si Guan Eng tu mendakwa kononnya dia sanggup berhadapan dengan Usul Undi Tidak Percaya menjelang sidang Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Sekiranya ada usul undi tidak percaya, kami dalam Pakatan Harapan akan menghadapinya, kami tidak akan lari daripada undi tidak percaya seperti yang berlaku di Parlimen. Kami akan berdepan dengannya dan ia harus dibenarkan kerana ini satu proses demokrasi," katanya pada sidang media semalam.
Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu hanya boleh dilihat sebagai satu usaha terdesaknya untuk meraih simpati murahan dari rakyat dengan mainan Politik Longkang.

Bahkan, kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng itu juga boleh dianggap sebagai tindakan nak memperbodohkan rakyat dipelbagai peringkat dan menyembunyikan kemaluannya sendiri.

Realitinya semua orang tau, usul Undi Tidak Percaya itu tidak akan dibentangkan kerana yang menguasai sidang DUN Pulau Pinang tu pada ketika adalah dikalangan Rejim DAPigs itu sendiri.

Sama seperti usul yang dibawa oleh seorang wakil rakyat DAPigs sebelum ini untuk menghadkan tempoh seorang Ketua Menteri juga ditolak mentah - mentah sebelum ia dibentangkan.

Jadi, bagaimana mungkin Usul Undi Tidak Percaya akan diterima oleh pihak Dewan sekiranya perkara sedemikian dikawal ketat oleh kroni DAPigs itu sendiri? Kan nampak tak masuk akal?

Itu membuktikan bahawa Si Guan Eng bukan la benar - benar bersedia nak menghadapi usul sedemikian. Setakat mulut dia je yang bercakap, tapi bila ada pihak yang failkan usul tu nanti, dia jugak yang akan berikan tekanan supaya usul itu ditolak sebelum dibentangkan!!!

Anonymous said...

PAN SURUH PKR KENANG JASA DIGELAR "ANWARINAS"!!!

Heh! Seperti mana yang sudah kita duga, Si Mat Sabu Presiden parti Ternakan DAPigs ni lambat laun pasti akan tampil mempertahankan buah kerandut Tuan Besarnya dari serangan PKR.

Biarpun mereka dari satu Pakatan yang sama, tapi nampak sangat kecenderungan parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu memang berat sebelah dan sering kali menyebelahi DAPigs.

Maka tak salah la apabila masyarakat Malaysia secara majoritinya melabelkan PAN ni sebagai sebuah parti Ternakan DAPigs yang bertuankan Abang Besar mereka dalam Pakatan.

Dalam kehangatan 'Perang Media' diantara DAPigs dan PKR pada ketika ini, Si Mat Sabu ni tetiba muncul dengan kenyataan yang seolah - olah memberi peringatan kepada rakan sekutunya itu.

Kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu jelas ditujukan kepada PKR yang sebelum ini telah membuat keputusan untuk menolak cadangan DAPigs bagi mengadakan Pilihan Raya mengejut.

PKR melalui Presiden partinya telah memutuskan bahawa parti itu kekal dengan pendirian 'Tidak Yakin' dengan cadangan yang dibuat oleh DAPigs bagi menyelamatkan bontot Guan Eng.

Ekoran keputusan yang dibuat oleh PKR itu yang menyebabkan Si Mat Sabu ni melatah, lalu mengeluarkan amaran serta peringatan terbuka kepada parti tersebut supaya mengenang budi.
“Walaupun kami yang menjadi mangsa kerana mempertahankan konsep Pakatan Rakyat (termasuk digelar Anwarinas), namun kami tetap bersabar. Kami akan terus bekerja untuk menjayakan kerjasama parti-parti politik atas kepentingan bersama menghadapi BN,” katanya dalam satu kenyataan.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu memberikan gambaran seolah - olah PKR ni Angkuh dan Lupa Diri apabila tidak mengenang jasa mereka.

Apa yang jelas, pendirian Si Mat Sabu itu sekali lagi menjadi bukti bahawa parti KUALI dibawah pimpinanya pada ketika ini hanya sekadar Barua Ternakan yang memakan dedak dari DAPigs. Maka sebab itulah diorang sanggup bertindak sedemikian terhadap PKR!!!

Semut Hitam at Sabtu, Julai 30, 2016

Anonymous said...

Jangan harap DAP akan redha kepada PAS. Selagi PAS kasih kpd Islam, DAP akan memusuhi PAS.


klxpress.com – Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah walaupun berlainan ideologi politik memang keterlaluan.

Khatib menyelar sikap orang Islam yang berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang anti Islam. Mengapa perlu DAP melenting? Adakah parti roket itu merasa pedasnya?

Isu DAP vs Islam bukan sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi DAP sudah bertelagah dengan sesiapa jua yang cuba memperjuangkan Islam. Jika mahu melihat yang popular dan terkini, lihatlah apa terjadi pada hubungan parti Islam PAS dengan DAP. Selepas PAS ditendang keluar, DAP semakin naik tocang.

Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti kedua, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3, siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti keempat, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti kelima, Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti keenam, DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti ketujuh, DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti kelapan, DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti kesembilan, DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti kesepuluh, pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/03/ultra-kiasu-musuh-sebenar-umat-islam-ridhuan-tee/

Ultra kiasu musuh sebenar umat Islam: Ridhuan Tee

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim, wartawan pelatih Ismaweb

BANGI, Isnin – Umat Islam terutamanya parti PAS dan UMNO harus menyedari bahawa puak ultra kiasu adalah musuh paling bahaya hari ini.

Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, kepimpinan ultra kiasu adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu.

“Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman. Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.

“Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu,” katanya dalam ruangan kolumnis di Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga pensyarah di UniSZA berkata, Pulau Pinang dan Singapura telah menjadi bukti sikap ultra kiasu terhadap Islam.

“Seperti realiti di Pulau Pinang, Melayu ke mana? Islam di mana?

“Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.

“Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun di escort sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu,” katanya.

Menyentuh soal persiapan menghadapi pilihan raya, Ridhuan mendedahkan bahawa ultra kiasu akan memperalatkan ‘Melayu celup’ untuk mendapatkan kerusi.

“Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 DUN Selangor yang dimenangi oleh PAS. PAS membidas dan mengisytiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Perisytiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu.

“Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan PAS dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar UMNO berpakat dengan PAS membenamkan ultra kiasu bagi mempertahankan kerusi lamanya.

Dalam pada itu, Ridhuan juga memberikan peringatan kepada Melayu PKR supaya mengundi PAS.

“PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas.

“Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas Anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini,” katanya lagi.

Menyentuh isu Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat, Ridhuan berkata, kedua-duanya tidak menguntungkan Islam bahkan menguntungkan ultra kiasu.

“Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan PAS.

“Saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. PAS berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk UMNO, tidak mustahil PAS menambah kerusi dalam PRU14 jika UMNO masih tidak berubah,” katanya.

Anonymous said...

Rupanya Anthony Loke Ulama rujukan parti PAN bukan Ahmad Awang!


IKRAM yang menjadi tulang belakang parti PAN semala telah menganjurkan satu forum di Nilai, Negeri Sembilan dengan tajuk 'adakah istilah kafir harbi masih relevan'.

Idea forum ini ialah untuk membersihkan nama DAP sebagai kafir harbi daripada kacamata umat Islam negara ini. Jika DAP tidak dibersihkan, PAN akan menjadi sukar untuk mendampingi orang Melayu. Pakar perancangan PAN Dr Maszlee Malik antara mereka yang mengatur strategi ini dipanggil 'Pembersihan Imej'.

Saya tak nak ulas pasal Maszlee Malik dan perancangan masa depan PAN. Biar dia, Saari Sungip, Dr Zul dan berapa orang lagi yang buat kerja ini.




Saya hanya nak ulas pasal Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Presiden PAN yang mengesahkan bahawa dia merujuk kepada Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dalam hal-hal berhubung kenyataan Islam yang menjadi kontraversi.
He meant it in a very literal sense, saying DAP was open to learning about Islam if it had erred.

"I asked DAP organising secretary Anthony Loke for permission if I could say this.
Dulu nak bertanding, tanya DAP
Calon pun sanggup tukar Mat Sabu kerana DAP cadang mesti bukan daripada PAS
Orang kata (bukan saya) warna oren pun DAP cadang
Bendera dan banner semasa PRK pun DAP yang buat, Khalid Samad sendiri tak tahu (Itulah hebatnya Khalid?)

Pasal Islam pun tanya DAP
Habis mana nak letak Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin??
Sekadar baca doa macam UMNO buat kepada ulama?

Patutlah Mejar Zaidi marah sangat!


Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Anonymous said...

KISAH ORG PAS BEREBUT TANAH

Dua tiga hari lepas kita dikejutkan dengan satu kes mahkamah di Kota Bharu Kelantan membabitkan pemimpin tertinggi Pas, seorang Yang diPertua Kawasan, seorang bekas Bendahari Pas dan seorang lagi bekas Setiausaha Agung Pas Malaysia berserta dengan lebih setengah sedozen anak-anak bekas seorang Adun Pas Kelantan.

Fakta kes: Yang diPertua Pas berkenaan telah mengemukakan satu petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu berkaitan sebidang tanah yang sedang dalam proses dimajukan untuk pembinaan rumah untuk rakyat.

Apa menjadi perhatian kenapa soal tanah dan projek itu sampai ke Mahkamah? Apakah yang tidak kena dan rahsia di sebalik kasus itu? Apakah ia seperti kes "gemulah" kambing Japnapari sehingga ke mahkamah?

Sepatutnya proses pembangunan untuk rakyat seperti pembinaan rumah mampu milik dan sebagainya tidak terganggu sehingga terpaksa mendapat penyelesaian di mahkamah. Tentu ada sesuatu yang tidak kena dan ia menjadi misteri kepada umum. Malang lagi ia membabitkan orang parti agama yang selama ini dianggap ikhlas, jujur dan mencari keredhaan Allah dalam perjuangan demi rakyat.

Saya sedang mengumpul maklumat akan membawa kisah pertelingkahan berkenaan dalam blog ini. Tunggu jangan tidak tunggu. Wassalam Mso

Anonymous said...

SENARAI ASET KETUA PENYAMUN DUIT RAKYAT 1MDB YG AKAN DIRAMPAS DI AMERIKA.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dilapor memohon untuk merampas aset berkaitan 1MDB. Sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet yang bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion yang mana penyiasat AS percaya telah “ditipu” dari rakyat Malaysia.

Aset itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB.

Hartanah L’emritage termasuk Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210;

Aset perniagaan L’ermitage yang merangkumi semua harta dan aset tidak ketara, inventori dan peralatan yang diselenggara oleh LBH Real Estate;

Hillcrest Property 1: harta tanah yang terletak di Beverly Hills, California;

Kondominium Park Laurel yang terletak di New York yang dimiliki oleh Park Laurel Acquisition LLC.

Sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce;

Time Warner Penthouse terletak di New York yang dimiliki oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC; mansion Oriole yang terletak di Los Angeles, California;

Kondominium The Greene yang terletak di New York yang dimiliki oleh 118 Greene Street (NYC) LLC;

Aset EMI termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan yang dimiliki oleh JW Nil (BVI) Ltd;

Aset Symphony CP (Park Lane) LLC yang merupakan sebuah syarikat liabiliti terhad Delaware dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Symphony CP Investments LLC and Symphony CP Investments Holdings LLC, yang berpangkalan di New York, yang memiliki apa yang dikenali sebagai Hotel Park Lane;

Walker Tower Penthouse yang terletak di New York, dan dimiliki oleh 212 West 18th Street LLC;

Mansion Laurel Beverly Hills, yang terletak di Beverly Hills, California, dan dimiliki oleh Laurel Beverly Hills Holdings;

Hillcrest Property 2: yang seperti Hillcrest Prroperty 1 terletak di Beverly Hills, California;

Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’;

Sebuah lukisan Claude Monet bertajuk ‘Saint-Georges Majeur’;

Satu lagi lukisan Claude Monet bertajuk ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’; dan
Qentas townhouse yang terletak di London, UK.

Aset dari dana 1MDB yang 1MDB sendiri mengaku tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan.

Anonymous said...

Tanah yang jadi rebutan dibeli dengan duit parti penjual agama?

CERITA KELANTAN

Seperti mana disebut sebelum ini tanah itu terletak di pinggir lebuh raya (jalan besar) Pasir Mas - Rantau Panjang. Keluasannya kira-kira 200 ekar. Tanah ini asalnya tanah rezeb kerajaan, yang setengahnya dijadikan kawasan padang rumput. Banyak yang berminat dan terliur dengan tanah itu yang nilai semasa kini mencecah RM130,000 ke atas sehektar.

Di awal lebuh raya itu wujud sekitar tahun 1986, mereka yang tidak bertanah membina rumah kediaman dan juga bangsal untuk berniaga di sepanjang lebuh raya berkenaan terutama berdekatan dengan Bandar Baharu Pasir Mas kini. Bagaimana pun rumah itu diperintah dirobohkan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM). Saya sempat melaporkan kejadian itu dalam akhbar beberapa kali sehingga menimbulkan kontroversi.

Laporan saya itu tidak disenangi oleh seorang pegawai tinggi pejabat Tanah dan Jajahan itu sehingga saya pernah dipanggil ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Surat berkepala majlis itu di salinan ke pengetahuan Istana Kelantan. Saya tidak tahu apakah wajar surat itu disalin ke Istana, atau ia sengaja untuk mengugut saya agar berhati-hati dan menghentikan terus pembongkaran tentang berjouis atau Jin Tanah, yang memiliki tanah.

Pada tarikh dan masa ditetapkan saya hadir ke pejabat berkenaan. Malangnya pada hari yang ditetapkan itu juga pegawai berkenaan diarah bertukar ke Pejabat Tanah Kota Bharu. Jadi panggilan itu terlupus begitu sahaja tanpa saya sempat berdepan dengan pegawai berkenaan. Sesekali apabila saya bertembung dengan pegawai berkenaan, yang berkepala besar, sama ada di aiprort atau kedai makan, teringin juga saya bertanya hal itu, tetapi tidak jadi. Biarkanlah.

Berbalik kepada nasib rakyat marhein yang rumah atau bangsal niaga mereka diroboh tadi, ironi, rumah mereka tidak bertanah dan hanya meminta sejuring tanah untuk dijadikan kediaman dan mencari rezeki dimusnahkan. Sebaliknya mereka yang sudah kaya, mempunyai tanah berhektar diluluskan permohonan mereka dengan hanya menyebut "sim silabim" sahaja. Ada seorang pegawai Tanah dan Jajahan katanya memiliki ratusan hektar tanah di sepajang lebuh raya berkenaan dengan berselindung di sebalik nama waris warahnya? Cis.

Elok juga kalau SPRM menyiasat perkara ini agar keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.

Saya juga pernah melaporkan dalam blog ini, kisah dua beradik yang mewarisi tanah diterokai oleh orang tuanya yang ditanam dengan pokok getah sudah 30 tahun tetapi akhirnya terlepas dari milikan mereka. Mereka bergantung hidup kepada tanaman berkenaan. Pemilik atau peneroka asalnya sudah tiada, maka dipusakan kepada anak-anaknya.

Beberapa kali mereka memohon untuk memilikinya seperti mana kebanyakan orang lain lakukan, tetapi gagal.

Apabila Pas memerintah Kelantan 1990, mereka anak peneroka itu membuat permohonan sekali lagi dan berusaha meminta bantuan wakil rakyat. Mereka mengira Kerajaan Pas lebih prihatin dan peka dengan kesusahan rakyat. Wakil rakyat itu ada menjanji untuk menyelesaikannya, tetapi akhirnya terlepas begitu sahaja. Menyedihkan, apabila mereka menyemak status permohonan itu di pejabat tanah Pasir Mas, tanah milik mereka sudah atas nama orang lain. Sekali lagi cis dan kini ditambah dengan berdebah.

Anonymous said...

Berbalik kepada tanah menjadi rebutan atau injuksi oleh pemimpin Pas terhadap pemimpin Pas lain tadi; Tanah ini diluluskan kepada beberapa individu menerusi sebuah syarikat. Ia diluluskan sekitar akhir tahun 80-an, di zaman pemerintahan BN di Kelantan. Dipercayai individu berkenaan ada hubung kait dengan bekas TMB Hussein Ahmad. Sebab itu setengah mazhab berpendapat tanah berkenaan "milik' Hussein Ahmad.

Tanah itu kemudian digadai kepada sebuah bank perdagangan dengan nilai gadaian sebanyak RM180,000. Malangnya wang hasil gadaian itu disalahguna menyebabkan projek yang dirancangkan seperti mana proposal kepada bank tidak dilaksanakan. Pemimjam tidak menjelaskan wang pinjaman berkenaan menyebabkan bank terpaksa mengeluarkan notis lelolongan awam. Bank terpaksa menjual bagi mendapatkan wangnya.

Menurut seorang bekas pegawai eksekutif Pas Kelantan yang pernah beberapa tahun mendiami Pejabat Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu, mengakui dia tahu serba sedikit mengenai sejarah tanah berkenaan, terutamanya macam mana tanah itu akhirnya jatuh kepada pemimpin Pas, Mustapa Ali, Abdul Halim Abdul Rahman dan seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf.

Ceritanya begini. Apabila dia membaca notis lelongan itu dia ke bank berkenaan untuk mendapat butiran lanjut. Tujuannya hendak membeli tanah berkenaan daripada bank itu. Kedatangan pegawai ini ke bank inilah memecahkan cerita sebenar, bagaimana Mustapa Ali dan Abdul Halim menjadi pemilik kepada tanah berkenaan menerusi syarikat bernama Gelari Tani Sdn. Bhd.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails