Saturday, August 06, 2016

Tawaran Duta Produk Ditarik Kerana Hijab -Elfira Loy

Elfira Loy Akui Tawaran Duta Produk Ditarik Kerana Berhijab

HALAMAN HIBURAN

PELAKON cantik, Elfira Loy merupakan antara selebriti wanita Muslimah yang telah berhijrah dengan mengenakan hijab. 

Pun begitu, bintang popular ini akui awalnya bukan mudah dirinya untuk mengambil keputusan untuk nekad memakai tudung berikutan tuntutan kerja. 

Namun, setelah berhirah, Elfira tidak mahu kembali membuka tudung meskipun melibatkan kontrak kerja. Menurut Elfira, tawaran yang diterima selaku duta produk juga ditarik balik setelah dirinya berhijrah.

“Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran.
“Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi.
“Ada pihak yang menerima keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk.
“Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,”katanya kepada BH Plus.

Dalam pada itu, Elfira meluahkan rasa gembira apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk dia berkarya sebaliknya menerimanya. 

Teruskan perjuangan kamu, beristiqamah hingga menang, insya Allah, Al-hamdulillah!


2 comments:

Tinta Asyraf said...

Biasalah kalau nak ke Islam memang akan dihalang...
____________________________________________________\

Salam syeikh Ibn Hasyim, nak minta jasa baik syeikh Ibn Hasyim link kan blog saya dalam blog link syeikh Ibn Hasyim buleh dok?

Jasa baik syeikh Ibn Hasyim sangat2lah ditagih simpati. Saya doakan syeikh Ibn Hasyim terus maju jaya dan dilimpahkan rezeki melimpah ruah..Aminnnn

ni blog saya www.bekamkerumah.com

Ibnu Hasyim said...

Dah masukkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails