Friday, August 05, 2016

Isu Tanah, Elizabeth Wong Sanggup Berbohong Untuk Bela Azmin?

eliAIDCNews – 4/8/16 – Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong gagal menjawab isu pindahan status di lot tanah 68504, di Kuala Langat, sebaliknya menjawab isu lot tanah yang lain.
“Apa yang diluar, (iaitu) Lot 4827 dan 3974, bukan (di dalam Paya) Indah Wetland. Lot (itu) dengan pemilik lain dan sebagainya,”kata Elizabeth pada sidang media pada Selasa.
Jawapan Elizabeth itu telah menimbulkan lebih banyak keraguan daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali CheguBard sebelum ini mendakwa lot tanah 68504 yang asalnya berstatus Paya Indah Wetland telah ditukar status untuk pembangunan.
Walaupun dakwaan CheguBard secara jelas spesifik terhadap lot tanah 68504, namun Elizabeth mengabaikan lot berkenaan, sebaliknya membangkitkan isu lot tanah lain iaitu Lot 4827 dan 3974 yang tidak dibangkitkan CheguBard.
Kegagalan Elizabeth menjawab isu lot tanah 68504 juga dapat dilihat dalam kenyataan media bertulis (tanpa tarikh) yang dikeluarkan pihak Elizabeth sendiri.

Walaupun jawapan Elizabeth bercelaru dan meragukan, namun ia menjadi ‘sandaran kukuh’ oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya isu penukaran status tanah 68504.
Dalam masa sama, Azmin dilihat cuba mematikan isu itu dengan melemparkan tuduhan keji  ‘pemakan dedak’ kepada pihak yang mempersoalkan isu lot tanah berkenaan.
“Perkara spesifik ini, YB Eli (Elizabeth) telah pun memberikan penjelasan. Kalau ada maklumat, kita boleh berikan penjelasan.
“Tetapi setakat semalam YB Eli telah mendapatkan maklumat daripada pejabat daerah dan juga PTG, penjelasannya cukup komphensif.
“Saya kira jawapan yang diberikan YB Eli itu cukup lengkap untuk menangkis tohmahan mereka yang memakan dedak,”kata Azmin.
Sementara itu, anggota PKR Sepang, Nasiruddin Bin Mohamed menyifatkan kegagalan Elizabeth dan Azmin dalam menjawab isu berkenaan telah mencalar intergriti mereka.
“Bersama ini salinan Catatan Carian Persendirian tercatat dengan jelas tanah milik Salak Land Development Sdn Bhd, no. lot 68054 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran juga telah siap dipinda pada 9 April 2016.
“Dengan fakta dan salinan ini sahaja sudah membuktikan Exco Kerajaan Negeri berbohong dan kami penggerak PKR akar umbi mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas pembohongan beliau.
“Kita marah dengan Menteri Pusat kerana sanggup buat apa sahaja demi bos tetapi apa bezanya dengan kita ?
“Jelas apa yang diperkatakan oleh che’GuBard perkara benar tetapi untuk membela Azmin, exco kerajaan negeri sanggup berbohong !,”katanya dalam satu kenyataan.

5 comments:

Anonymous said...

Mungkin PAN sedang tersenyum lebar dalam isu ini. Top priority kebencian PAN adalah PAS, Jamaat Tabligh, Isma, Aswaja, agensi2 agama dan sapa saja yg tak sama alignment dgn DAP tercinta. Kedua pula PAN benci akan Azmin Ali.

https://aidcnews.wordpress.com/2016/08/04/wakil-rakyat-dap-sokong-guan-eng-sebab-takut-janice-lee/

Wakil Rakyat DAP ‘Sokong’ Guan Eng Sebab Takut – Janice Lee

AIDCNews – 4/8/16 – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Selangor, Janice Lee mendakwa kebanyakan wakil rakyat parti itu tidak menyokong idea Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengadakan pilihan raya negeri secara mengejut, namun menampakkan diri mereka seperti ‘menyokong’ kerana takut kehilangan status Yang Berhormat.

Jenice Lee berkata kebanyakan wakil rakyat DAP hanya mengikut sahaja kehendak Guan Eng kerana kuasa Setiausaha Agung parti yang dimilikinya merupakan penentu siapa bakal menjadi wakil rakyat parti itu dalam pilihan raya.

“Kebanyakan tak sokong (pilihan raya mengejut), namun disebabkan Guan Eng adalah Setiausaha Agung, maka amalan (parti) kini tak sama macam dahulu. Contohnya dahulu apabila nak pilih calon, ada perbincangan dengan pemimpin negeri dan tempatan.

“Tetapi sekarang beliau (Guan Eng) seorang sahaja yang buat keputusan, memandangkan beliau seorang yang boleh tandatangan surat lantikan terhadap mereka yang guna logo parti. Maka sesiapa yang tak sokongan cadangan dan nasihat, sudah tentu mereka tak boleh bertanding lagi (dalam pilihan raya),” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Dalam masa sama, kata Jenice Lee dengan perlindungan Guan Eng, kebanyakan wakil rakyat DAP tidak lagi bimbang tentang kedudukan politiknya dan mereka berlumba-lumba mengejar kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.

“Semua wakil rakyat yang dipilih kini berada dalam keadaan mewah, tak tengok apa yang berlaku, langsung tak nampak mereka buat kerja sebab gaji sudah naik, hidup selesa. Kebanyakkan mereka sibuk tambah aset sahaja,” dakwanya lagi.

Sementara itu, bekas ahli DAP, Aspan Alias berkata Guan Eng kini sedang berdepan dengan isu kepimpinan dari sudut perundangan dan moral

“Setengah orang kata, seseorang itu tak bersalah jika tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Jika beliau ambil begitu, tak payah berhenti. Jika beliau rasa moral itu penting untuk tunjukkan kebaikannya, maka beliau (perlu) berhenti.

“Pada pandangan peribadi saya, beliau (Guan Eng) tidak endahkan isu moral dalam politik (dan) lebih pentingkan keputusan mahkamah,”katanya.

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/03/guan-eng-kena-buat-kelas-tuisyen-rumah.html

GUAN ENG KENA BUAT KELAS TUISYEN RUMAH "TERLAJAK MURAH"!!!

Hehehe!!! Disebabkan kemampuan Si Lim Guan ENg tu membeli rumah mewah dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran semasa, maka adalah wajar untuk dia buat kelas tambahan.

Setiausaha Agung DAPigs tu wajar untuk berkongsi ilmu perundingan dalam bidang hartanah yang dia ada pada ketika ini agar ianya dapat dimanfaatkan oleh rakyat di Pulau Pinang khususnya.

Mana tidaknya. Macam mana dia boleh beli rumah mewah dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran sedangkan hartanah di Pulau Pinang tu ketika ini sedang melambung - lambung?

Bahkan Rejim DAPigs Pulau Pinang yang dibawah pimpinan Si Guan Eng tu sendiri pun memberi tafsiran 'Rumah Mampu Milik' pada harga RM 400 ribu bagi setiap unit rumah teres.

Bayangkan! Sekiranya Si Guan Eng tu boleh beli rumah yang sepatutnya berharga RM 6.5juta dengan harga RM 2.8juta, takkan rakyat tak boleh dapat terima kadar diskaun yang sama?

Kalau nak dikira secara kasarnya, pembelian rumah 'Terlajak Murah' yang dibuat oleh Si Guan Eng tu mampu memperolehi potongan diskaun yang hampir mencecah sebanyak RM 3.7 juta!!!

Jika dihitung secara purata pulak, harga bagi sekaki persegi dalam pembelian rumah Si Guan Eng tu juga dianggap 'Terlalu Murah' dan ianya wajar dikongsikan dengan rakyat Pulau Pinang.
"Mengapa Guan Eng mempunyai keistimewaan untuk membeli rumah banglo dengan nilai hanya RM276 sekaki persegi di sebuah kawasan yang eksklusif dan rakyat Pulau Pinang perlu membayar dengan nilai yang lebih tinggi untuk memiliki rumah pangsa atau apartmen.
"Saya mahu kerajaan negeri memberikan pertimbangan yang serius kepada cadangan ini yang mampu membantu penduduk Pulau Pinang memiliki rumah sendiri," kata Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo.
Jadi, kenapa tidak Si Guan Eng tu buktikan bahawa dia seorang pemimpin yang benar - benar cakna pada keperluan rakyat dengan mengambil tindakan sedemikian? Paling tidak pun, bukak la kelas tuisyen khas untuk ajar orang di Pulau Pinang tu sendiri!!!

Anonymous said...

Rejim Zionist Pulau Pinang merampas kampung. Menghalau bani melayu bagaimana Israel menghalau kaum palestine. Di Palestine golongan Druze bersengkongkol dengan Rejim Zionist Laknatullah.
Di Malaysia golongan PAN bersengkongkol dgn DAP


29 kampung tradisi di Pulau Pinang bakal lenyap?

GEORGE TOWN, Ahad – Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya, selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah juga menyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

“Cabaran yang pertama untuk mewartakan kampung tradisi ini adalah mewujudkan inventori dan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan kampung tradisional.

Takrif kampung tradisional belum diformalkan. Bukan semua 660 kampung yang ada di Pulau Pinang boleh dianggap sebagai kampung tradisional.

“Jadi kita pilih kampung yang strategik, contohnya untuk dijadikan sebagai kampung tradisional,” katanya. – Bernama

Anonymous said...

Di Palestine ada Druze yg menjadi talibarut Israel

Di Turkey ada Gulen yg menjadi talibarut Kudeta

Di Malaysia ada PAN yg menjadi talibarut DAP. DAP pula anti Islam

Anonymous said...

Mengapa PAN snaggup menjadi talibarut DAP walaupun DAP itu anti Islam

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails