Thursday, August 04, 2016

2 Remaja 'bawah umur' Merompak & Merogol? Tak Cukup Umur Rogol Bagaimana?

 Dua remaja (menutup muka) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan merompak dan merogol seorang wanita, bulan lalu.
KOTA BHARU – Dua remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan merompak dan merogol seorang wanita berusia 27 tahun di Bachok dekat sini, Julai lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua remaja terbabit bersama dua orang lagi yang telah ditangkap untuk disoal siasat serta seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang wanita di Bachok pada pukul 4 pagi, 15 Julai lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pada saya (editor IH), itulah undang-undang jenayah yang tidak sempurna. Selagi tidak diambil dan dilaksanakan undang-undang Allah atau undang-undang Islam yang tegas dalam mentarbiah manusia, selagi itulah kecacatan perundangan ciptaan manusia itu akan terserlah.
Contohnya, bagaimana 'masih dibawah umur' mampu merogol? Sedangkan wanita baligh bawah 18 tahun segar bugar berkahwin secara sah suka sama suka dikatakan 'dirogol'?
Itulah undang-undang awam Malaysia..

3 comments:

Anonymous said...

Anti Rasuah.
Budak ni belum dapat tarbiah dari PAS,kalau tidak pasti tidak merogol dan pasti mereka masuk syorga.He...he...he...

Anonymous said...

Nasiblah tak salahkan UMNO,selalunya Ibnu Hasyim akan salahkan UMNO jika ada jenayah di Kelantan. Sedangkan Kelantan di bawah pentadbiran mereka.Ibnu hasyim selalu lepas tangan,mungkin ini mentaliti orang2 PAS.

Ir Anonymous said...

Husam pun tak suka hudud dilaksanakan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails