Tuesday, August 02, 2016

Eropah Beri Tekanan Pada Belia Mudah Dikuasai Pelampau. -Pope Francis


AFP - POPE Francis bercakap dengan pemberita pada sidang akhbar di dalam pesawat selepas lawatannya ke Poland sempena Hari Belia Sedunia kelmarin.

VATICAN CITY, Itali – Ketua gereja Roman Katolik, Pope Francis kelmarin berkata, Islam tidak boleh disamakan dengan keganasan dan memberi amaran bahawa Eropah memberikan tekanan kepada belia sehingga golongan itu mudah dikuasai pelampau.
“Adalah tidak benar dan tidak betul untuk menyatakan Islam ialah keganasan. Saya tidak fikir Islam boleh disamakan dengan keganasan,” katanya kepada wartawan di dalam pesawatnya semasa penerbangan pulang dari lawatan ke Poland.
Menjawab soalan wartawan, Pope Francis turut mempertahankan keputusannya untuk tidak menamakan Islam semasa mengutuk pembunuhan kejam seorang paderi Katolik di Perancis oleh kumpulan militan Islamic State baru-baru ini.
“Hampir dalam setiap agama, pasti ada segelintir pelampau. Kita juga mempunyai puak sebegini. Jika saya perlu bercakap mengenai keganasan Islam, saya juga perlu bercakap tentang keganasan Kristian.
“Setiap hari di akhbar saya melihat keganasan di Itali, ada yang membunuh teman wani­tanya, ada juga yang membunuh ibu mertuanya dan mereka ini penganut Katolik,” katanya.
Ketua gereja Katolik itu berkata demikian selepas orang Islam menghadiri perhimpunan gereja Katolik di sekitar Perancis kelmarin bagi menunjukkan penyatuan susulan pembunuhan paderi itu.
Mengulangi kenyataan yang dibuat semasa lawatan lima harinya ke Poland, Pope Francis berkata, agama bukan punca keganasan.
“Lidah manusia boleh membunuh sama seperti pisau,” katanya merujuk kepada pe­ningkatan parti bersifat populis yang menyemarakkan api perkauman dan fahaman xenofobia iaitu bencikan orang asing. – AFP

4 comments:

Anonymous said...

KAWAN 2. AJAK PERGI. SYRIA DAN. IRAQ
UNTUK CARI. BESI. BURUK YG. BANYAK
KAT. SANA......KALAU. MATI. PUN. NANTI
MATI. SYAHID.....LAGIPUN. AKU. DAH. ADA
KAD NOMBOR AHLI SYURGA......APA NAK
DI TAKUTKAN........

RELEX. DI. KAMPUNG. LAGI. BAGUS......
MAIN DAM. HAJI , PASANG. ?UKAH , TAJU ,
JERAT. BURUNG KUTIP. JERING.....
MALAM. TENGOK. BERITA TV3. ,SANDAT SOTONG ,

SEBELUM. TIDO. BUAT. ANAK DULU.....
BANGUN TIDO. BUAT. ANAK. LAGI....

Anonymous said...

Jangan harap DAP akan redha kepada PAS. Selagi PAS kasih kpd Islam, DAP akan memusuhi PAS.


klxpress.com – Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah walaupun berlainan ideologi politik memang keterlaluan.

Khatib menyelar sikap orang Islam yang berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang anti Islam. Mengapa perlu DAP melenting? Adakah parti roket itu merasa pedasnya?

Isu DAP vs Islam bukan sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi DAP sudah bertelagah dengan sesiapa jua yang cuba memperjuangkan Islam. Jika mahu melihat yang popular dan terkini, lihatlah apa terjadi pada hubungan parti Islam PAS dengan DAP. Selepas PAS ditendang keluar, DAP semakin naik tocang.

Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti kedua, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3, siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti keempat, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti kelima, Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti keenam, DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti ketujuh, DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti kelapan, DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti kesembilan, DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti kesepuluh, pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Reply

Anonymous said...

iNGAT PAN INGAT DAP
INGAT DAP INGAT PERTUBUHAN ANTI ISLAM
INGAT DAP INGAT ABU LAHAB
INGAT DAP INGAT ABU JAHAL

http://www.ismaweb.net/2016/07/selagi-tiada-tindakan-kor-ming-akan-terus-hina-islam/

Selagi tiada tindakan, Kor Ming akan terus hina Islam

KUALA LUMPUR, Ahad – Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming akan terus menghina Islam dan Melayu sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, keegoan pemimpin DAP yang membuat serangan mental secara halus kepada umat Islam harus dihentikan.

Katanya, jika tiada tindakan dikenakan terhadap Kor Ming, perbuatan dia bakal menjadi punca ketegangan kaum yang serius di negara ini.

“Kenyataan seperti inilah yang akan mengganggu-gugat keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Suruhanjaya Komunikasi Mul­timedia Malaysia (SKMM) wajib ambil tindakan di bawah Akta Hasutan dan lain-lain akta berkaitan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Kor Ming memuat naik gambar tertera bendera Amerika Syarikat dan rumah api untuk mengucapkan selamat hari raya kepada penduduk Islam negara ini di laman Facebooknya.

Dalam gambar tersebut tertera ucapan In God We Trust yang di­ikuti imej tangan seperti berdoa dengan berlatar belakangkan rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian.

Selain itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan desakan agar Kor Ming meminta maaf tidak akan memberi kesan dan hanya akan menjadi bahan jenaka DAP sahaja.

“Kerajaan wajar teladani bagaimana Turki, Libya dan Bangladesh menangani kes-kes berprofil tinggi iaitu dengan me­ngawal serta mengambil tindakan paling tegas bagi mengekang masalah ini.

“Justeru, jika kerajaan anggap penghinaan oleh Kor Ming itu keterlaluan maka wajib bertindak tegas dan pantas, bukan sekadar desakan untuk me­min­ta maaf yang akhirnya akan diulangi lagi perbuatan penghinaan itu,” katanya.

Anonymous said...

LAM DAN DAP PULA ADA KHADAM BERNAMA PAN



http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails