Thursday, April 21, 2016

Sindiket Tanah Haram Di K'tan.

PENEROKA yang percaya akan diberikan geran sebagai pemilik tanah membersihkan kawasan Hutan Simpan Ulu Galas untuk tujuan tanaman.



KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Kelantan membongkar satu sindiket penerokaan tanah secara haram yang menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mengaburi kegiatan mereka sejak tiga tahun lalu di Hutan Simpan Ulu Galas, Gua Musang.
Sindiket didalangi individu yang menggelarkan dirinya sebagai Ku Yaacob itu turut menjanjikan geran tanah yang dipecahkan mengikut lot kepada 198 peneroka seluas 404 hektar atau bersamaan 560 padang bola sepak.
Lebih melampau, sindiket yang telah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu bukan sahaja menggunakan nama Sultan Muhammad V dalam surat menyurat mereka, bahkan berani menaikkan papan tanda tertera nama Sultan Kelantan di kawasan tersebut sebagai taktik penyamaran.
Pengarah Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim ketika mendedahkannya berkata, melalui risikan selama dua bulan, sindiket berkenaan didapati menipu orang ramai dengan mendakwa telah mendapat kelulusan kerajaan negeri kononnya untuk membuka perkampungan. (Kosmo!)

5 comments:

Anonymous said...

an Dengan Nizar & Keluarga DAP Perak, Husam Diminta Tampil Membuat Penafian
NOVEMBER 9, 2015
AIDCNEWS
LEAVE A COMMENT
husamAIDCNews – 09/11/15 –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Salor, Datuk Husam Musa diminta tampil membuat penafian peranan beliau di sebalik pelantikan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dengan keluarga DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming

“Nizar minta Husam bagi tanah pada dua sepupunya dari DAP, sebagai kontra jawatan MB Perak? Mula-mula Husam tolak, tapi akhirnya, ubah minit mesyuarat dan bagi tanah di Kelantan untuk balak pada dua sepupu itu, kata RPK.

“Amacam, Nizar nak nafikan? Husam boleh nafikan dakwaan RPK? Dakwalah RPK di Mahkamah. Ini kisah bulan April lalu…..tapi sekarang sudah nampak relevannya,” ulas facebooker pro PAS, Norani AbgMarzuki BangiKuching.


Menurutnya tindakan Husam telah mengecewakan almarhum Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan ketika itu.

“TGNA kecewa dgn sikap Husam. Padanlah TGNA tak mahu namakan Husam sebagai pengganti MB Kelantan tapi TGNA tak mahu buka pekong yang ada kurap, panau, dan kudis pada Husam….dia diamkan aja dulu…..

“Hari ini selepas TGNA tidak ada lagi, Husam mengganas menjadi liabliti kepada PAS dan kerajaan Kelantan,”ulasnya lagi.

Norani AbgMarzuki BangiKuching membuat ulasan itu sebagai respon komentar Lim Sian See bertarikh 4 April berkaitan dengan pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) perkaitan dengan Husam, Nizar dan keluarga sepupu DAP Perak.

Ia merujuk kepada cerita di sebalik tabir sebelum Nizar dinobatkan sebagai MB Perak selepas Pilihan raya Umum ke-12 (PRU 12).

Petikan komentar Lim Sian See seperti berikut :

Keadaan menjadi lebih rumit, apabila DAP memenangi 18 kerusi di Perak berbanding hanya PKR-7 dan PAS-6. Masalahnya ialah, DAP tidak mempunyai calon Melayu – semua 18 adalah bukan Melayu – jadi DAP tidak boleh mengambil jawatan MB. PKR pula tidak mempunyai sesiapa yang sesuai dari 7 ADUN untuk menjadi MB.

Jadi tugas itu dengan berat hati diberikan kepada PAS walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi berbanding PKR 7 dan DAP 18. Dan Nizar Jamaluddin dari PAS itu telah dipilh sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Anwar betul-betul tidak berpuas hati dengan perkara ini. Dia masih mahu (partinya) menjawat tugas MB. Tetapi PKR tidak mempunyai mana-mana calon yang sesuai. Jadi Anwar mengambil keputusan untuk mencuri salah satu daripada ADUN UMNO, YB Nasaruddin Hashim.

Anwar termakan Nasaruddin untuk menyertai PKR dengan janji bahawa beliau akan dilantik sebagai MB baharu bagi menggantikan Nizar. Jadi Nasaruddin pindah.

harapan Nizar untuk menjadi MB sudah boleh dihitung hari. Tetapi ia tahu untuk menjadi MB Perak bergantung kepada DAP dan bukan PKR. Jadi dia cepat-cepat ‘kowtim’ dengan kedua-dua sepupu DAP, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, panglima perang DAP Perak. (Ingat pada peringkat ini, Uncle Lim Kit Siang memboikot Nizar dan menyeru supaya DAP memboikot pelantikan Nizar)

Nizar kemudian bertanya Husam Musa, anak didik MB Kelantan, Nik Aziz dan pengganti jawatan dalam penungguan, untuk memberikan sebidang tanah balak di Kelantan kepada kedua-dua sepupu DAP itu.

Ini sudah tentu akan menambat sokongan mereka dan menghalang langkah Anwar untuk menggulingkan Nizar dan menggantikannya dengan Nasaruddin daripada UMNO.

Exco Negeri Kelantan bagaimanapun menolak permohonan untuk memberikan kedua-dua sepupu DAP konsesi balak itu. Husam kemudian mengubahsuai minit mesyuarat (kerajaan negeri) itu dan memberikan sebidang tanah kepada kedua-dua sepupu DAP Perak itu.

Anonymous said...

NIZAR sekarang PAN kan kan kan

Anonymous said...

Cerita ni menarik, cuma perlu disiasat kesahihan fakta. Jika benar, harap pas perjelaskan kepada umum.

Anonymous said...

meroyan sakan kamu weh....nak kata apa lagi sebab inilah akhlak geng kopiah longgaq

SuJeng said...

Huhuhu.... Bestnya jalan cerita.. Apa tajuk filem ni bhai... Boleh pecah panggung wa ckp lu.... Box office... Mau kutip 2.6 billion tu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails