Tuesday, April 19, 2016

Jamin Isteri Dicekup Khalwat. Ini Ciri2 Suami Dayus..

Suami hadir jamin isteri dicekup khalwat
Suami hadir jamin isteri yang dicekup khalwat (Gambar) Wanita bersama pasangannya ditahan Bahagian Penguat kuasa Jaim dalam sebuah bilik hotel di Taman Melaka Raya, dalam operasi awal pagi semalam. 

MELAKA - Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut apabila melihat suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim). 

Wanita berusia 23 tahun berasal dari selatan tanah air itu ditahan pihak penguat kuasa Jaim bersama seorang lelaki penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam. 

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, lelaki itu menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik hotel berkenaan. 

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan. 
“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya. 

Beliau berkata, wanita tersebut terkejut apabila dibawa balik ke pejabat Jaim dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita berkenaan datang bersama suaminya yang berusia dalam lingkungan 25 tahun. 

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya. 

Sementara itu, katanya, dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan. Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim. 

“Tangkapan semalam turut membabitkan tiga penjawat awam serta dua pelajar universiti awam di negeri ini. 
"Salah seorang penjawat awam terlibat adalah seorang pengurus pasukan sebuah negeri di kejohanan sukan membabitkan kakitangan kerajaan.
“Penjawat awam berkenaan yang berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanitanya berusia 35 tahun berasal dari Selangor. Hasil siasatan lelaki berkenaan sudah berkahwin sementara pasangannya masih bujang,” katanya. 

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. 

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. (sinarharian)

Ini Ciri-ciri Lelaki Dayus Menurut Islam.

Siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW, tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda:
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
  • Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus." (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
  • Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Erti Dayus 

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:

i. Sabda Nabi:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
  • Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata: "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : "Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki 'dayus' adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

ii. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
  • Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Dayus Menurut Ulama. 

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut:
هو الذي لا يغار على أهله
  • Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata: "Cemburu lawannya dayus" (Umdatul Qari, 18/228)
Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
  • Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
  • Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata:
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
  • Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata:
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
  • Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus Adalah Dosa Besar.
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
  • Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya:
والقواد عند العامة السمسار في الزنى

  • Ertinya : Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya:
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

  • Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu, Bagaimana Tuntutan Islam. 

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, dinasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian. 

Dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri. Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya. 

Selain itu, bergembiralah suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
  • Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak)" (Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Seorang bapa pun, mengetahui 'ringan-ringan' anaknya berbuat maksiat lelaki perempuan sebelum berkahwin dan membiarkannya, ia dayus.
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. 

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya. Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
  • Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond: "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Menjadi Dayuslah Lelaki Bila..
  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelmatnya dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau wujud terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
  15. Dan banyak lagi.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak  sabit 'dayus' kepada dirinya.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. 

Nabi SAW bersabda:
من قتل دون أهله فهو شهيد
  • Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad, Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian. Wallahu 'Aklam. (IH)

Video: 

Ust Azhar Idrus- Lelaki Dayus

9 comments:

Anonymous said...

PAN pula mengamalkan politic dayus. Buktinya bila Ramasamy DAP memanggil Zakir Naik Satan, PAN diam membisu. Bila DAP membuli PKR di Sarawak pun PAN tak bersuara. Al maklum khadam DAP iaitu bersamaan dengan politic dayus.

DAPigs TUNJUK "TARING", JADI "ABANG BESAR" DI SARAWAK!!!

Ada sesetengah orang kata, Pilihan Raya Negeri Sarawak ni merupakan indikasi kepada Pilihan Raya Umum. Maka sebab itu Pilihan Raya Negeri Sarawak ni cukup penting kepada semua pihak.

Tapi, kalau kita tengok pembukaan menjelang Pilihan Raya Sarawak ni pun puak Pakatan Haprak tu dah jadi kucar kacir, bagaimana pulak keadaannya bila diorang nak berhadapan dengan PRU nanti?

Soal pembahagian kerusi sesama diorang pun masih tak selesai lagi sehingga ke hari ini. Jangan kata diantara parti, bahkan sesama dalam parti pun masih lagi beramuk tak sudah - sudah.

Kalau sebelum ini, pimpinan Pakatan Haprak tu diperingkat pusat yang diketuai oleh Wan Azizah dah pun buat keputusan mengenai pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya di Sarawak.

Tapi keputusan yang dibuat itu jelas ditolak mentah - mentah oleh pimpinan PKR Sarawak dengan dakwaan kononnya pimpinan Pakatan Pusat tidak menghormati kedudukan mereka.

Hakikatnya, bagi PKR Sarawak, keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pusat itu hanya memberi keuntungan kepada DAPigs dan meminggirkan kehendak serta tuntutan mereka.

Itu sahaja sudah menjelaskan bahawa didalam PKR sendiri pun masih ada kemelut kepimpinan Politik dalaman yang masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga timbul isu sedemikian.

Diantara PKR dan DAPigs di Sarawak juga masih lagi berbalah sesama sendiri dek kerana berebut kerusi. Masing - masing, PKR dan DAPigs ada tuntutan dalam nak menjaga kepentingan Politik mereka sendiri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAPigs Sarawak jelas mempersoalkan tindakan PKR Sarawak yang dianggap 'Tidak Menghormati' keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Pusat.
KUCHING : DAP Sarawak menyeru sekutunya PKR supaya menghormati perjanjian mereka mengenai pembahagian kerusi bagi mengelakkan terkuburnya Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, DAP akan mematuhi perjanjian tersebut dan berharap PKR juga akan melakukan perkara yang sama.

Minggu lalu, walaupun DAP mendakwa perundingan mengenai pembahagian kerusi sudah selesai, PKR Sarawak pula memberitahu berlaku pertindihan di beberapa kerusi.
Nah! Itu baru cerita pasal PKR dan DAPigs je. Belum lagi cerita pasal parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu di Sarawak yang hidup seumpama 'Kerakap Diatas Batu' tu lagi. Kalau tambah yang itu, makin haru jadinya.

Pokok pangkalnya, puak Pakatan Haprak ni lebih mementingkan soal Politik Peribadi mereka sendiri dari nak menjaga kepentingan rakyat. Sibuk dok berebut kerusi, belum tentu lagi diorang mampu nak menjaga kebajikan rakyat dimasa akan datang!!!

Semut Hitam at Selasa, April 19, 2016
Kongsi

Anonymous said...

Janganlah kerana mahu kasih dari rakan kongsi yakni DAP, PAN membikin benda2 yg berlawanan dengan Islam.

Ini sayanoanggil sebagai Dayus Politik


Lagi kejahatan PAN Imayam di Petik dari dari Ismaweb. Apa ka jadah LBGT pun wokey

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.

Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.

Anonymous said...

Sedap bebenor pak haji bg penghakiman kat org lain bdasarkan cerita dekat newspaper.. ai haji..dah pegi haji pun xnk bhati2 ke??? Dalam news dia cuma kata family ppuan n suami datang jamin..dia tak cerita pun apa tindakan si suami..balik rmh bg smack down ke..bg talak 3 ka.. tak adil nak letak hukum dayus pd si suami hanya baca dari sekerat cerita jamin je..memain je tuduh org dayus..huhh siap bg hadis ayat quran bagai.. bagus bagus..
Jgn lupa gak share hadis ayat quran hukum kita duk tunjuk gambaq lucah tak tutup aurat pd web umum.. dlm Islam rasanya matlamat tak halalkn cara kan..rasanye laaaa.. kan kan kan.. idup haji idup haji

Anonymous said...

salah ke pak aji cerita ciri2 lelaki dayus? bila pula pak aji jadi hakim?
kena ke atas kepala kot, jadi lelaki dayus.
he he he

Anonymous said...

YG PALING DAYUS ABAD INI IALAH PAN IMAYAM DIKETUAI MIKE (KROPON) SABU .....TERMASUK TELOQ BILA DAPIG HINA ISLAM, SONYAP SUNYI TERUS

Anonymous said...

itu pemikiran org librel sekular ada aja jwapan yg hendak menyelewengkan al quran dan hadis. golongan ni bahaya

Azmy Adam said...

suka-suka kata orang dayus. mungkin masa dia jamin sebab lepas tu nak cerai cara baik. ini melibatkan emosi anak2. anak2 akan kecewa bila tau emak dia main dengan orang lain. fahamlah sikit.

Anonymous said...

... bagi makhluq yg yakin 'mullah atau ayatolah' dia bole bagi keampunan ja sanggup tuduh-menuduh..label-melabel org lain dgn pelbagai gelaran. .. hatta jadi 'tokong cina' pun ok sbb 'mullah@aytolah' dia tak marah... lagi pun apa nak heran.. kejimengeji mcm barua tolol munafikharaki (ada pulak kategori munafik) anjing menyalak babi memang jadi ratib@makanan rohani makhluq sebegini...

Anonymous said...

Hai Pak Aji tak sudah2 melabel orang sana sini. Kali ni tak pasal2 ada orang tu digelar dayus. Kenal pun tak orang tu. Apa la Pak Aji ni...ingatkan dah sakit hari tu datanglah insaf. Nampaknya tak. Hmmmm dugaan yang macamana lagi Allah nak kenakan pada Pak Aji supaya sedar dan taubat.
Cuba ubah sikit je mentaliti tu...suka hati je mengata orang lain dayus. Siap ada ayat Quran dan Hadis2 untuk menguatkan tuduhan. Hujung pangkal tak tau ni. Apa kata kalau Pak Aji cuba beri pandangan atau cadangan, sepatutnya apa yang patut dilakukan oleh suami tersebut dalam keadaan begitu? Cerai? Bunuh? Jual? Kalau isteri minta ampun? UAI pun cakap bole diampunkan dan teruskan kehidupan suami isteri. Kan? Dalam video atas ada UAI cakap.
Mudah bagi Pak Aji menjatuhkan hukum atas orang lain tapi tak mampu untuk memberi jalan penyelesaian. Takkan la tidak ada langsung kebaikan yang boleh dilihat pada suami tersebut? Siapa tahu mungkin dia seorang ahli PAS? Siang malam dok wala' bersama pemimpin? Kesana sini mengata orang bersama pemimpinnya? Tak duduk rumah, isteri pun "on" la dengan orang lain? Silap2 dengan orang PAS juga. Mana lah tahu kan? Kalau tidak tahu hujung pangkal jangan la memandai mandai melabel orang lain itu dan ini. Dayus? Sedap je mulut Pak Aji mengata. Kalau kecik2 dulu dah kena cili mulut tu.
Apa pun saya doakan Pak Aji bertaubat, sedar diri tu dah tua, entah esok entah lusa, warning pun dah dapat kan? Takut tak ada warning lagi lepas ni. Taubat la... Bukan apa cuma nak ingatkan diri sendiri juga.
Wallahulam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails