Thursday, April 21, 2016

14 Cedera 1 Maut, Serangan Bom Di Songkhla.

SONGKHLA, Thailand – Dua butir bom buatan sendiri meletup di daerah Thepa, wilayah Songkhla malam kelmarin mengakibatkan seorang warga emas maut, sementara 14 yang lain termasuk enam anggota polis cedera.
Pasukan keselamatan percaya serangan itu menyasarkan pasukan polis memandangkan bom itu diletupkan pada jarak hanya 200 meter dari ibu pejabat polis Songkhla.
Ketua Polis Divsiyen Kesembilan Songkhla, Leftenan Jeneral Wirapon Chunpakdee berkata, seorang lelaki berumur 62 tahun terbunuh, manakala seorang kanak-kanak berusia 11 tahun merupakan antara lapan orang awam yang cedera dalam serangan pada pukul 7 petang (waktu tempatan) itu.
“Serangan bermula apabila sebutir bom diletupkan di sebuah gerai. Apabila polis menyiasat letupan tersebut, sebutir bom lain seberat 20 kilogram yang dipasang pada sebuah motosikal di hadapan gerai ini telah diletupkan,” katanya kepada wartawan semalam.
Gabenor Wilayah Songkhla, Songpol Sawatham turut melawat lokasi serangan bom itu.
Letupan di Thepa merupakan serangan bom kedua seumpamanya di wilayah Songkhla dalam tempoh sembilan hari selepas insiden serupa di stesen kereta api Chana pada 11 April lalu yang menyebabkan dua orang maut dan 15 lagi cedera. – Bernama
SEBUAH gerai terbakar dalam serangan bom di daerah Thepa dalam wilayah Songkhla semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails