Wednesday, April 20, 2016

Kerjasama UMNO-PAS, Cadang Dr Zaki Naik. Ini Jawab PAS!

Kenyataan Media PAS Pusat: Kenyataan Dr. Zakir Naik – Kerjasama UMNO - PAS.

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa berpegang kepada Dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan. Hal ini adalah bersasaskan kepada Firman Allah yang bermaksud:
  • “Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (Surah Al Maidah: 2)
Begitu juga ianya berasaskan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
  • “Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka”. (Riwayat Imam Bukhari)

2. Berdasarkan kepada nas-nas di atas, maka PAS sentiasa tegas dan konsisten serta mengambil pendekatan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangan. 

Hal ini adalah selaras dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh PAS iaitu “Budaya Politik Matang Sejahtera”. Ianya juga selaras dengan Fasal 6(6), Perlembagaan PAS (Usaha-usaha) yang memperuntukkan:

  • “Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bila mana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara”

3. PAS juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa “PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional”.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN, JP.
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 20 April, 2016.
 
Arab Saudi yang melaksanakan hudud lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang syariah itu.
FREEMALAYSIATODAY.COM

14 comments:

Anonymous said...

PAN sudah PANAAaaaaaas. Orang cari keredhaan tuhan bukan cari keredhaan rocket

wanmohd endut said...

Sama lah masuk dalam tong sampah

wanmohd endut said...

Sama lah masuk dalam tong sampah

Anonymous said...

Macai Parti agama dah lupa amanat Hj hadi krn otaknya singkat!!

Bila Mr presideng buat u turn, otak macai pun tk tau adakah ianya u turn atau tidak krn otak mereka singkat!!
Jgn marah wahai macai2 parti agama!!

Anonymous said...

Kesian mangsa korban Memali kalau dulu ta terpengaruh dgn Amanat Hadi mungkin masih hidup.

Dulu Hadi fatwakan syahid.Skrg mati sia sia

Anonymous said...

Dr zaki naik bukan tau apa .pas dengan kapir boleh bersatu tanyalah nik azz. Kalau pas lawan pan aku undi pan.

Anonymous said...

Selepas membaca komen-komen tahap longkang yang ditulis oleh barua-barua sekular yang tidak bermoral, kita tahu barua-barua ini sedang kepanasan dan meroyan sakan apabila PAS menegaskan PAS tetap menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan PAS dari dulu, kini dan selamanya dan PAS tidak akan menyertai BN. Maka terbongkarlah pembohongan-pembohongan barua-barua sekular dan sifu mereka.

Komen-komen tersebut jelas menunjukkan barua-barua ini adalah penjilat-penjilat kaki sifu tak basuh berak yang mempertikai dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam. Sifu dapat rumah terlajak murah , barua-barua dapat rumah anjing ! Kih...kih...kih...kih...kih.

Teringat pula peribahasa anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, anjing sawan babi !

An Anonymous said...

Pada PAN, DZN tak tau apa.. yg lebih tau apa2 mengenai kerja2 dakwah islam (liberal) ialah Tok Guru Profesor Dr Ramasamy..

An Anonymous said...

Bukan dulu je sekarang pun kalau mempertahankan diri dan keluarga dari penganiayaan kerajaan yg zalim termasuk UMNO mahupun DAP sehingga membawa kematian dikira mati syahid..

Anonymous said...

Jk pas berextika... Parti islam....ikut sunnah nabi...tiada perkataan jelek...penghinaan dr tuang presiden.

An Anonymous said...

Tak marah lah.. sbb yg u turn sbnrnya PAN.. dituduhnya PAS berUG dgn UMNO tapi rupa2nya dia sendiri yg berUG dgn UMNO.. kesian kesian kesian..

An Anonymous said...

Kalau seseorg itu juruelektrik kita kena panggil dia juruelektrik bukan jurukimpal.. begitu juga kalau seseorg itu barua kita kena panggil dia barua bukan AMANAH..

Anonymous said...

Walaun PAS barau MSU dan Tuang Presiden

Anonymous said...

dari dulu hingga sekarang aku sokong UMNO & PAS bersatu. Tapi kenapa Pas bersatu dengan Ikatan = PASIk.

Cukop la Amanat Hadi telah mengkafirkan UMNO & lupakan saja Arwah Fadhil Nor & Arwah Nik Aziz yang telah mempertahankan Pakatan Rakyat / DAP & PKR.

Pas bersama UMNO serba menjanjikan. Aku optimis Presiden & Mursyidul Am & Ustaz2 dalam sedang bekerja kuat ke arah penyatuan & jangan peduli golongan profesional & ahli akademik di menara gading yang ramai tidak menyokong UMNO+PAS.

Hidup Melayu Islam. Malaysia tanah air Melayu Islam. Takbiir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails