Monday, April 18, 2016

Renjatan Elektrik, Guna Telefon Sedang Dicas. Maut.



GAMBAR kenangan Allahyarham Suhana, bersama anak-anaknya Raja Adam dan Raja Nurin.

PENGGUNA
KAJANG – Seorang ibu kepada dua cahaya mata dipercayai mangsa pertama di negara ini yang maut akibat terkena renjatan elektrik semasa bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dalam satu kejadian di Taman Desa Baiduri, Cheras, Kuala Lumpur di sini Jumaat lalu.
Lebih tragis, mangsa, Suhana Mohamad, 30, meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-30.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum terkena renjatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji (gambar kecil) ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Siasatan mendapati ketika kejadian, suami mangsa merupakan anggota polis berpangkat Koperal sedang tidur, manakala isterinya sedang bercakap menggunakan telefon yang sedang dicas.
“Tiba-tiba mangsa terkena renjatan elektrik berpunca daripada penggunaan telefon yang sedang dicas itu,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, suami mangsa, Raja Asri Raja Mat, 29. kemudian membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan disahkan meninggal dunia.
“Jenazah Suhana kemudiannya dibawa ke Bukit Aman untuk dimandikan serta disembahyangkan seterusnya dibawa ke Gua Musang, Kelantan urusan pengebumian,” ujarnya yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Dalam pada itu, di Gua Musang, Kelantan, suami mangsa, Raja Asri berkata, arwah isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails