Wednesday, April 20, 2016

Kalau Wanita Pandai Ilmu Pertahan Diri.. Lihat 3 Berita ini..

[Video] Ibu gendong bayi berani menghajar perampok minimarket
BERITA 1 
Ibu gendong bayi berani lawan perompak minimarket -20/4/16


Rakaman CCTV di sebuah minimarket kota kecil Britain menangkap aksi perompak bersenjata yang menodongkan pistol. Lelaki bertubuh tinggi besar ini tiba-tiba masuk, menodongkan pistolnya dan mengarahkan beg kosong untuk meminta memasukkan sejumlah wang ke dalamnya.

Bukannya takut dan tunduk memberikan wang, pembeli masih tampak santai dan tidak menghiraukan todongan pistol. Tidak lama, muncul seorang ibu yang menggendong bayi dan mendekati si perompak.

Tidak pula takut, si ibu ini malah melakukan aksi heroik dengan mengusir perompak usai meletakkan bayinya di tempat selamat. Si peraompak melakukan perlawanan dengan terus mengancam akan menembakkan bedil dari pistolnya.
"Di sini bukan bank, bodoh," seru si ibu, seperti dilansir the Independent,  18/4/16.

Aksi pertengkaran terjadi, si ibu berusaha melepas penutup kepala si perampok sambil mendorongnya ke arah pintu hingga keluar. Dalam rakaman CCTV juga tampak seorang kakek pemberani yang membantu si ibu dengan hendak melempar sebuah kerusi kayu ke arah perompak.

Perompak yang hanya seorang diri ini terlihat kalah keras dari si ibu dan aksi lempar kerusi si kakek. Dia berhasil diusir dari minimarket tanpa melepas satu tembakan pun. (Sumber:Merdeka.com)


BERITA 2 
Ganas….Wanita Diserang, Orang Ramai Hanya Memerhati.

Satu rakaman video yang dimuatnaik di China telah mengejutkan ramai selepas seorang wanita dibelasah dan diserang oleh seorang lelaki tetapi malangnya orang yang berada di sekeliling hanya memerhati.

Kejadian itu berlaku pada waktu siang di Chengdu. Dalam rakaman berkenaan, wanita itu telah menggunakan penyembur lada terhadap lelaki berkenaan sebelum lelaki itu merampas penyembur tersebut dan menyembur ke muka wanita terbabit.

Lelaki itu kemudiannya menarik rambut dan leher wanita malang tersebut sebelum menghentak kepalanya ke tepi rel besi. Lelaki itu turut berlawan dengan wanita terbabit dan memukul kepalanya. Meskipun wanita itu cuba melawan namun dia sukar melawan tenaga lelaki. 
Nasib baik seorang wanita datang membantu dengan menarik lelaki itu manakala seorang lagi wanita yang hanya memerhati sebelum itu, kemudiannya telah datang membantu. Serangan itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial Weibo dengan ramai yang mengecam lelaki terbabit. Punca kejadian masih disiasat. 
BERITA 3 
Suami berang isteri kena rogol

Suspek dipercayai menumbuk dan memukul mangsa di lorong tepi sebuah stesen minyak di Sungai Besar

SABAK BERNAM – Seorang suami yang berang selepas mendapat tahu isterinya dirogol bertindak nekad bertemu dengan lelaki berusia 27 tahun itu sebelum memukul hingga menyebabkannya mati. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu, suspek dan anaknya bertemu mangsa di sebuah stesen minyak di Sungai Besar sebelum bertindak menumbuk dan memukul mangsa menggunakan getah paip. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai masuk ke rumah suspek dan merogol wanita terbabit sebanyak dua kali di sebuah bilik tingkat bawah rumah itu kira-kira jam 3 hingga 5.30 pagi, 15 April lalu.

“Kejadian itu menyebabkan suspek hilang pertimbangan dan membelasah mangsa di stesen minyak berkenaan.
"Tak cukup itu, suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Parit 4 Sungai Besar,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dan dibelasah suspek sambil disaksikan isteri dan keluarganya. “Semasa mangsa berada dalam bilik, kaki mangsa diikat dengan tali getah dan turut diterajang serta dipukul menggunakan getah paip,” katanya.

Nor Azmi berkata, seorang anak suspek kemudian menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian rogol melibatkan ibu tirinya yang berusia 25 tahun.

“Mangsa kemudiannya dibawa Unit Peronda Polis (MPV) ke Balai Polis Sungai Besar. Semasa anggota MPV membawanya ke balai polis, mangsa masih hidup.
“Bagaimanapun, ketika polis mengambil keterangan mangsa kira-kira jam 3.45 pagi hari sama, lelaki itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala iaitu melecet di bahagian dahi, lebam pada mata dan luka di bibir.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam mendapati punca kematian mangsa disebabkan pendarahan dalaman.

"Sehubungan itu, empat lelaki melibatkan suspek utama dan dua anaknya serta seorang anak angkat berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes rogol mengikut Seksyen 376. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  

Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS yang memerintah Kelantan sebelum ini pernah mencadangkan supaya wanita belajar ilmu pertahankan diri. Sebagai contoh, sila lihat Muslimat dan pelajar sekolah Umum Bad-Assery ini.
Muslimat Kung-Fu TETAP tutup aurat.

Gambar-gambar berikut telah diambil dari esei foto dalam China Daily: Mereka sangat mahir dan tangkas. Mengagumkan, perkara ini bukan baru di rantau ini, warga India-Muslim di rantau selatan biasanya melibatkan diri dalam pembelajaran pelbagai seni mempertahankan diri.

Sekolah muslimat Islam dari pengajian tinggi Maaz di India mengamalkan, wushu-Cina seni mempertahankan diri di dalam kawasan sekolah di bandar selatan India Hyderabad. Muslimat dari umur 10-16 mengambil bahagian dalam sesi mingguan semasa sesi sekolah.


Apakah kita boleh melahirkan muslimat atau wanita di Malaysia begini? Tak salah mengimport ilmu-ilmu begini dari negara luar? (IH)

10 comments:

Anonymous said...

Suruh PAN buat kursus. Seni mempertahankan diri sgn mencampak mikrofon. Abang Mat boleh jadi mentor

Anonymous said...

anonmuose 11.38.kau sakit mental ke?kesian .ada lagi ahli pas yang bangang macam ni.muhasabah dirilah .

Anonymous said...

Biasalah PAN, mana ada sense of humour. Hari2 ratib halau, cai, ug dan label melabel.

Anonymous said...

Hei khadam mikrofon
Khadam bluetooth
Khadam LBGT
Khadam G25
Khadam rocket

Ku seru nama mu atas nama sifoo Penang Rumah terlajak murah.

Berdampinglah dgn selfie d amoy wahai khadam

Anonymous said...

Adalah lebih baik jika tuan guru selfie amoi menghempas roket dari menghempas mikorfon yang tidak bersalah kerana sifu roket sangat biadap campurtangan dan mempertikai dan menentang dalam ajaran Islam dan hukum Allah!

Anonymous said...

PAS ni ekskulsif utk orang orang yg cakap arab, ana ente kalau kau orang melayu cakap aku saya pak lebai lebai dan walaunta pandang serong
Dia orang ni ada standard sikit takut campur orang kebanyakkan nanti iman goyang mcm nanti menarik orang pada keindahan islam

Anonymous said...

PAN pula mengaku mewakili professional. Kalau tak cakap world tak da sapa yg layan. Tapi pelik pula, Nakhodanya Mat Sabu tak da degree. Wow prodessional tak da degree. FOOK YOU PAN

Anonymous said...

Hei khadam mikrofon
Khadam bluetooth
Khadam LBGT
Khadam G25
Khadam rocket

Khadam berasal dari sikap LoSER

Ku seru nama mu atas nama sifoo Penang Rumah terlajak murah.

Berdampinglah dgn selfie d amoy wahai khadam

An Anonymous said...

DAP tak perlu belajar pertahanan diri memandangkan PAN dah pun mengkhodamkan diri utk mempertahankan DAP dari segala serangan islam yg syumul....

Anonymous said...

Walaun tak sedar diri bahasakan diri ana ente tu Pak Arab mabuk bukan Islam namanya
Ana ente nampak mcm Islam le tapi kalu tengok Melayu tapi Pak Arab Mabuk bukan islam nama, sama mcm Melayu cakap orang putih dgn bangganya
Byk Melayu tak sedar diri, memang mcm sial
Belajar agama utk jadi glamour dan ceburi politik utk cari mkn tiada ihsan kat manusia
Islam tu Ihsan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails