Monday, April 18, 2016

Pelawak Nabil Mula Berubah Ke Arah Lebih Islamik?

SELEPAS menunaikan ibadat haji tahun lalu, Nabil Ahmad menjaga batas pergaulan dengan wanita bukan muhrim. Dia juga kerap diundang memberi ceramah mengajak golongan muda ke arah kebaikan.

HALAMAN HIBURAN
SEJAK kebelakangan ini, pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengakui lebih memberi fokus kepada bidang pengacaraan berbanding lakonan. Situasi tersebut berlaku selepas dia pulang mengerjakan haji tahun lalu.

Enggan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Menurut Nabil, berpuluh-puluh tawaran lakonan filem, drama rantaian dan telefilem yang datang terpaksa ditolaknya kerana mahu berpegang kepada prinsip enggan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Bukan hendak tunjuk baik atau alim, namun bapa kepada dua orang anak itu menjelaskan, selain menjaga batas pergaulan, komitmennya sebagai pengacara tidak mengizinkan dia berlakon. Sejak menunaikan haji, Nabil juga lebih mengutamakan perkara yang berlandaskan syariat Islam. Dia bagaimanapun tidak mahu perubahan kecil yang dilakukan secara perlahan-lahan kini akan menjauhkan dirinya daripada peminat.

Sebaliknya, pengacara program MeleTOP itu masih mahu dikenali sebagai Nabil yang sama, iaitu mudah didekati. Nabil juga sempat berkongsi mengenai hobi terbaharunya iaitu menulis skrip dan penglibatan menerusi pementasan Lawak Ke Der 2016 yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 sehingga 8 Mei nanti.

Dikatakan oleh Kosmo!, Nabil banyak menolak tawaran pada tahun ini, apakah alasan tindakan sebegitu dibuat?

Jawab Nabil,

"Tahun ini saya langsung tidak ambil sebarang tawaran lakonan. Saya minta maaf kepada penerbit dan pengarah yang memberi tawaran. Lakonan memakan masa yang panjang di lokasi penggambaran, sedangkan saya mempunyai banyak komitmen lain. Selain itu, sejak pulang daripada menunaikan haji, orang lihat saya sama sahaja, tidak berubah. 

"Orang tidak tahu perubahan yang cuba saya lakukan perlahan-lahan seperti mengelak bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Itu juga antara sebab saya menolak tawaran lakonan. Apabila mendapat skrip, saya sudah tahu ada adegan pegang tangan atau peluk. Daripada menyusahkan produksi, lebih baik saya tolak. Pengacaraan tidak memerlukan saya peluk orang, sebaliknya hanya perlu bercakap."

Berubah ke arah perkara yang lebih Islamik?

"Maknanya anda semakin berubah ke arah perkara yang lebih Islamik?" Tanya Kosmo! lagi.

"Selepas mengerjakan haji, saya masih bekerja dalam industri seni. Saya tidak mahu hanya kerana gelaran haji, ada orang berasa terasing. Sebaliknya, saya mahu kekal dengan identiti lama Nabil, seorang yang mudah didekati ramai.

"Meskipun begitu, setiap hari saya cuba berubah menjadi insan yang lebih baik dan istiqamah dalam apa juga ibadat. Selain mengacara, saya juga dijemput memberi ceramah kepada orang ramai. Namun, ceramah saya bukan seperti ustaz kerana sedar tahap ilmu agama bukanlah tinggi. Ceramah saya lebih bersifat perkongsian pengalaman sahaja.

"Alhamdulillah, apabila saya muncul dalam ceramah agama lebih ramai golongan muda turut serta. Disebabkan respons menggalakkan dan atas tujuan yang baik, saya menerima jemputan tersebut dan menganggap sebagai salah satu cara dakwah." Jelas Nabil.

Skrip filem yang bergenre aksi komedi.

Dikatakan juga Nabil ada membuat skrip filem.

"Ya, memang benar, menulis skrip filem merupakan hobi terbaharu saya. Disebabkan tidak pandai menggunakan komputer saya sanggup beli mesin taip. Mulanya, saya memang teruja dan menjangkakan skrip akan siap penghujung tahun ini, namun selepas mula menulis, rasanya saya perlukan masa sekitar dua atau tiga tahun barulah skrip tersebut akan siap kerana idea tenggelam timbul (ketawa).

"Menariknya, apabila dibentangkan skrip kepada pengarah Polis Evo, Ghaz Abu Bakar, dia berminat dan nampak gambaran penulisan saya. Apa pun skrip filem yang bergenre aksi komedi itu masih dalam peringkat penulisan lagi. Andai skrip siap, saya tidak melihat diri sendiri sebagai pelakon utama filem saya nanti." Tegas Nabil. 

Kita doakan semoga Nabil tetap beristiqamah dengan pendirian yang mulia tersebut. (Ibnu Hasyim)

Tambahan: 
Video Ebit G.Ade - Pesta.
Berdansa tetapi tidak mahu sentuh kulit perempuan..




12 comments:

Anonymous said...

Yang tak berubah jadi Islamik PAN saja. Sebabnya hidung PAN sudah kena tarik dgn DAP.

Persoalan ygtidak dijawab, Apabila Ramasamy DAP memanngil Zakir Naik Satan, semua persatuan Islam di Malaysia bangun menentang kecuali PAN yg semestinya khadam DAP

Anonymous said...

RAAMASAMY DAP YG MENJADI IDOLA PAN SEDANG KETAKUTAN

MUSA HASSAN BERSUARA, TERKENCING RAMASAMY!!!

Hehehe!!! Nampak gayanya, gerun jugak Si Ramasamy tu bila ada pihak yang mendesak agar Polis mengambil tindakan terhadap kenyataan BIADAP yang telah dilakukannya sebelum ini.

Kalau hari tu, Si Ramasamy tu dengan lagak SOMBONG dan ANGKUHnya telah menghina Dr. Zakir Naik yang dijemput khusus untuk menyampaikan ceramah di beberapa kawasan di Malaysia.

Ke-SOMBONG-an dan ke-ANGKUH-an Si Ramasamy tu cukup jelas apabila dia melemparkan pernghinaan dan melabelkan Dr. Zakir Naik sebagai 'Satan' yang perlu dihalau keluar dari Negara ini.

Ekoran kenyataan BIADAP yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dia telah dikecam dan mendapat kritikan oleh pengguna dilaman media sosial. Temasuk ahli - ahli Pakatan sendiri.

Yang tak bersuara hanya dua orang mahkluk yang selama ini hanya sekadar dijadikan BONEKA Geli - Geli DAPigs iaitu Dyana dan Rara. Dua - dua jadi Bisu belaka bila Dr. Zakir Naik dihina sedemikian rupa.

Dek kerana ke-BIADAP-an yang ditonjolkan oleh Si Ramasamy itu juga membuatkan Mantan Ketua Polis Negara mendesak agar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa.

Kata Tan Sri Musa Hassan, tindakan yang dilakukan oleh Si Ramasamy itu merupakan satu jenayah dan dia boleh disiasat dibawah Akta Hasutan kerana menggugat keselamatan awam.
KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama merupakan satu jenayah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, panggilan syaitan kepada pendakwah, Dr Zakir Naik itu perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menguggat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat. Dia boleh disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Musa juga berkata, tindakan tegas wajar diambil kerana ia boleh membahayakan nyawanya sendiri, akibat perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan golongan ekstremis.


"Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia," ujarnya.
Sehingga hari ini, pelbagai pihak telah tampil dan membuat laporan Polis terhadap kenyataan yang dibuat oleh Si Ramasamy tu. Dan sekarang, kita tunggu apa pulak tindakan Polis.

Maka persoalannya, berani ke pihak yang berkenaan nak ambik tindakan terhadap Si Ramasamy ni walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian? Kalau setakat tau nak bagi arahan je pada orang lain, baik tak payah!!!


Semut Hitam at Ahad, April 17, 2016

Anonymous said...

PAN membiarkan isu orang Islam dicampuri oleh Ramasamy DAP.Aku harap Mat Sabu dan khadam2 yg lain bertaubat

Bukan Islam tiada hak masuk campur urusan umat Islam: Ridhuan Tee
April 18, 2016 Berita Utama, Utama 0

ridhuan_tee
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sekali mengingatkan bukan Islam terutamanya puak ultra kiasa supaya berhenti masuk campur dalam urusan agama umat Islam.

Katanya, orang kafir hidup selamat di negara ini adalah disebabkan agama Islam yang melarang umatnya menzalimi orang lain.

“Apa hak bukan Islam untuk campur tangan urusan agama kita, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka walaupun kadangkala mengganggu?

“Jangan campur tangan dalam urusan agama kami. Islam adalah Agama Persekutuan. Keistimewaan Islam mesti diiktiraf oleh semua warga Malaysia.

“Yakinlah, kerana Islamlah, kamu berada dalam keadaan selamat di negara ini,” katanya dalam ruang kolumnis bertajuk ‘Siapa syaitan sebenarnya?’ di Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada campur tangan pihak bukan Islam yang melarang pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik daripada berdakwah di negara ini sedangkan katanya, umat Islam tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal agama bukan Islam.

“Pernahkah kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan kuil-kuil mereka serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak, kerana kita terlalu bersangka baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Sebelum ini, pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy telah melabel Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’, namun kesal dengan tindakan itu setelah dikecam oleh ramai pihak.

Sambil mempertahankan Dr Zakir Naik, Ridhuan Tee juga berasa pelik mengapa Tokoh Maal Hijrah 2013 yang telah diiktiraf dunia dan dibenarkan berdakwah di negara India, ditentang oleh orang kafir di negara ini.

“Sebenarnya ada yang berasa takut agama mereka terancam. Ramai yang memeluk agama Islam selepas berdialog dengan Dr Zakir. Dr Zakir hanya menceritakan perkara benar. Asal-usul agama besar di dunia ini tidak menyembah berhala. Siapa yang berani menafikan fakta ini?,” soalnya.

Beliau juga mencadangkan kepada pihak yang tidak bersetuju dengan Dr Zakir supaya mengambil pendekatan berdebat.

“Saya amat yakin beliau akan menerima dengan penuh hikmah. Mengaku sahaja, tidak ada seorang tokoh agama di dunia ini yang boleh menghafal kitab mereka, kecuali agama Islam.

“Jika ditakdirkan semua kitab agama besar dunia dimusnah atau dicampak ke laut, saya pasti semua agama akan musnah dan hilang, kecuali Islam kerana walaupun al-Quran tidak berada di tangan, al-Quran akan tetap terpahat dalam minda para ulama dan para huffaz. Al-Quran boleh ditulis balik seperti sedia kala,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ridhuan juga menegur Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif yang bersikap apologetik dalam isu ini.

“Ada kalangan pemimpin kita yang menjadi kecut dan menggelabah, dengan memberi bermacam-macam alasan seperti beliau datang atas kapasiti sendiri, dengan kos sendiri. Kenapa kita perlu takut? Telur letak di mana?

“Jawab sahaja, kami jemput dia, sebab dia bercakap benar dan orang hebat. Kenapa berdolak-dalik? Kenapa menjadi begitu apologetik?,” katanya.

Anonymous said...

Ini pasal Ramasamy DAP panngil Zakir Naik Satan. Sebabnya ramai non muslim mahu mendalami Islam

Mat Sabu, khalid Samad, Mujahid semua buat bisu macam berhala abu lahab bila
Ramasamy menngelar Zakir Naik sebagai Satan

Bukan Islam mahu dalami Islam di ceramah Zakir
Posted on Monday, April 18 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Artikel

Rata-rata pengunjung bukan Islam yang hadir dalam majlis syarahan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik adalah kerana mahu mendalami Islam sebelum memeluk agama itu.

Menurut seorang pelajar beragama Buddha yang mahu dikenali sebagai 'Qalesya' berkata, beliau mula mendalami Islam sejak berusia 16 tahun.
Tamat sahaja SPM, beliau masuk kesebuah pusat pengajian di Nilai dan dalam masa yang sama turut mengikut kelas mingguan bagi mendalami Islam di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
"Rakan-rakan Islam saya yang mengajak saya ke majlis ini bersama mereka.
"Saya berminat dengan Islam, saya percaya hanya ada satu Tuhan dan yang saya tahu agama lain ada banyak Tuhan," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, beliau berharap agar Zakir dapat memberikan lebih pendedahan kepadanya mengenai Islam.
Sementara itu seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Vivian berkata, beliau hadir ke syarahan Zakir bagi mendengar sendiri dan menambah ilmu mengenai Islam.
"Saya hadir untuk tambah ilmu saya mengenai Islam.
"Saya sudah lama berminat dengan Islam. Rakan-rakan Islam saya sering menerangkan salah anggap saya mengenai Islam," kata wanita berusia 26 tahun itu.
Bagi wanita warga Vietnam, An En beliau mula mendapat pendedahan tentang Islam sejak bekerja di Malaysia lima bulan lalu.
"Saya dari Vietnam di mana komuniti di kampung saya tidak begitu terdedah dengan Islam.
"Saya sangat beruntung dapat dua rakan serumah beragama Islam," katanya.
Jelas wanita berusia 30 tahun itu lagi beliau turut mengikuti kelas Agama di Masjid Jamek.
"Saya hadir ke syarahan ini bersama-sama rakan sukarelawan dari tempat saya belajar Islam di Masjid Jamek.
"Saya nak dengar sendiri dari Dr Zakir apa itu Islam berbanding hanya baca melalui buku," katanya yang bekerja di pusat agensi pelancongan.
Dalam ceramah Zakir yang berlangsung selama lima jam di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi, empat individu mengiytiharkan pengislaman mereka.
Keempat-empat saudara baru itu mengucapkan dua kalimah syahadah ketika sesi soal jawab.
Lebih 35,000 hadir bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013 meskipun hujan turun lebat pada awalnya.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang hadir.
Sejak tiba di negara ini pada 9 April lepas, ini merupakan ceramah pertama tokoh pendakwah terkenal itu di Kuala Lumpur selepas mengadakan ceramah di Terengganu.
Beliau dijangka berada di Melaka esok bagi meneruskan jelajah ceramahnya di Malaysia.

Anonymous said...

Syukur Nabil sudah insaf.

Sekarang Mat Sabu pula kena insaf kerana terbabit dalam tragedi selfie.amoy langgar dada.pada tahun 2015

saerie Lat said...

assalamualaikum whr wahai para netizen,sekian lama saya melihat blog ini dgn komen2 yg di terbitkan sentiasa dlm bentuk yg sentiasa menghentam saudara2 seugama, adakah ini yg diajarkan oleh nabi kita? tidakkah kita malu apabila kita mengaku kita dari kumpulan jamaah Islam tetapi
berperangai seperti bkn dari jamaah Islam ? adakah kita berpuas hati dpt menghentam musuh2
kita dgn bahasa2 yg pedas dan kesat? adakah dgn ini kita dpt menarik hati2 manusia utk menyebelahi kita? anggapan kita tersangat tersasar dari apa yg diajarkan oleh nabi kita saw...
tidakkah kita merasa malu dgn DZN yg sentiasa mengajak org kpd kebaikan dan Islam tetapi masih
ditahap lama yg sering gigit menggigit antara satu sama lain? adakah kita suka yg tinggal dalam jamaah kita hanya tinggal org yg seperti kita yg saling bergocoh antara satu sama lain?
kalau itulah matlamat dan tujuan kita tunggulah satu hari nanti....apa yg kita tanam itulah
yg akan kita tuai.....

Anonymous said...

Balik laaaaaaaaa Saerie Lat,

Cuba baca apa Khalid Samad cakap pada tahun 2014 mengenai Oktoberfest

http://www.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang

BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Anonymous said...

Lagi kejahatan PAN Imayam di Petik dari dari Ismaweb. Apa ka jadah LBGT pun wokey

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.

Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.

Anonymous said...

Di petik dari Ismaweb

http://www.ismaweb.net/2016/03/islam-liberal-mengikut-telunjuk-syaitan/

Islam liberal mengikut telunjuk Syaitan

MENITI cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam pada masa kini, sangat menggentarkan jiwa. Satu demi satu, usaha untuk mengganggu-gugat dan menjatuhkan martabat Islam giat dilakukan oleh musuh-musuhnya.

Tidak ketinggalan, musuh dalam diam yang merupakan salah satu cabaran terbesar umat Islam masa kini ialah fahaman liberalisme atau Islam liberal.

Apa itu liberalisme? Fenomena liberalisme atau Islam Liberal ini menurut Jurnal Hadhari 5(1) (2013)37-53 adalah satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.

Kelompok yang mengamalkan pemikiran ini dikategorikan sebagai perosak agama dan musuh Islam kerana mereka menggunakan label Islam liberal untuk memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Dalam tidak sedar, umat Islam masa kini secara perlahan-perlahan sudah diresapi pemikiran ini yang disifatkan cendekiawan, sebagai salah satu agenda doktrin Yahudi- Kristian untuk memesongkan akidah Muslim sekali gus menghancurkan Islam.

Sememangnya itulah misi utama mereka sehingga kiamat.

Kelompok ini memandang semua kebenaran adalah relatif (tidak pasti), sehingga tidak ada kebenaran mutlak, termasuk kebenaran agama.

Selain itu, gagasan pemikiran Islam Liberal juga menolak pelaksanaan Syariah Islam dengan mengatakan bahawa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan negatif kerana pelaksanaannya dianggap sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

Mereka, seperti beberapa kumpulan Melayu yang mengaku diri mereka profesional, berasakan hukuman Islam secara zahirnya kelihatan kejam, sedangkan sebagai seorang Muslim, haram hukumnya mempunyai perasaan seperti itu.

Dengan itu, aliran Islam Liberal ini tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, hukum hudud dan hukuman bunuh ke atas Muslim yang murtad, kepimpinan wanita dalam solat, hak mutlak suami untuk menceraikan isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta
undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia (Riduan Mohamad Nor & Ahmad Adan Fadhil 2009).

Sayangnya di Malaysia, kelompok liberal ini membabitkan kalangan intelektual Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia. Apabila golongan berintelektual juga terpengaruh dengan fahaman seperti ini, apatah lagi orang yang kurang berpendidikan.

Sudah tentunya fahaman ini dengan mudah dapat diresapi oleh masyarakat yang tiada pegangan akidah yang kuat dan jauh jiwanya daripada al-Quran.

Pelbagai perkara yang sudah ditetapkan di dalam Islam, akan menjadi pertikaian puak- puak ini. Mereka tanpa sudah, akan terus mencari kesalahan dan mempersoalkan kebenaran ayat-ayat suci al-Quran serta as-Sunnah kerana pada dasarnya, jiwa mereka sudah tidak Islam.

Justeru, sebagai umat Islam yang hebat dan berfikir, janganlah kita mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran seperti ini kerana ia pada akhirnya hanya membawa kepada kebinasaan semata-mata yang bukan hanya membabitkan diri sendiri, bahkan juga orang di sekeliling.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/06/khalid-samad-pertahan-dap-buta-tuli-tak-buat-kajian/

Khalid Samad pertahan DAP buta tuli, tak buat kajian

BANGI, Selasa – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan sikap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempertahankan DAP secara membuta tuli sebagai sangat menghairankan.

Katanya, tindakan itu membayangkan dia seorang ahli politik yang tidak mengkaji atau membaca.

“DAP adalah satu entiti politik yang mempunyai sejarah yang sepatutnya telah dikaji oleh Khalid.

“Parti majoriti kaum Cina itu jelas membawa cita-cita perjuangan kaum yang melampau sepanjang sejarah sehingga hari ini.

“Ditambah pula dengan hubungan yang erat parti itu dengan gereja Evangelis yang menyokong agenda liberal dan pembaratan,” katanya kepada Ismaweb.

Abdullah Zaik 23 Jun 2015
Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
Beliau mengulas kenyataan Khalid Samad yang mempertahankan parti rasis DAP sebagai tidak cauvinis.

Malah, Khalid yang kalah teruk dalam Muktamar Agung PAS awal bulan ini turut memalitkan ISMA sebagai cauvinis.

Abdullah berkata, DAP adalah parti berbahaya dengan fahaman Zionis yang dianut mereka.

“Yang paling menakutkan adalah di kalangan Evangelis itu mereka yang menganut fahaman Zionis yang melampau. Liberal demokratik, sosialis dan sekular bukanlah matlamat akhir perjuangan DAP yang didukung majoriti bangsa Cina. Tetapi lebih besar daripada itu ialah memperkukuhkan pengaruh dan cengkaman kaum mereka dalam politik, ekonomi dan budaya.

“Malang bagi seorang ahli politik yang lantang macam Khalid Samad tetapi gagal menampilkan imej intelektual yang mengkaji dan membaca,” katanya lagi.

Anonymous said...

Aku marah dengan PAN sebab tak peduli bila Zakir Naik dimaki oleh Ramasamy. Mentang2 Ramasamy tu Deputy Secretary General DAP, PAN takut dan lemah lutut dgn beliau.

Walaupun aku tak setuju dgn Inrahim Ali, tapi Ibrahim Ali ternyata mempunyai tingkat maruah macam bumi dan langit berbanding dengan PAN

Woooooiiiiiiiiiii Abang !!!!!!!!!!!!!! hang dengaq ke tak

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/18/ibrahim-ali-tidak-maafkan-ramasamy/

Ibrahim Ali tidak maafkan Ramasamy

0 0 0 New
Ibrahim Ali tidak maafkan Ramasamy
Faiz Zainudin | April 18, 2016
Presiden PERKASA mendakwa Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar dan tidak mengambil kira sensitiviti penganut Islam.
ibrahim-ali,p-ramsamy

PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali tidak boleh memaafkan Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy yang mengelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
Ini kerana, kata Presiden PERKASA itu. Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar kerana langsung tidak sensitif dengan penganut Islam sebelum menulis perkataan itu di status Facebooknya yang kemudian memadamnya selepas menerima bantahan.
“Dia (Ramasamy) boleh mohon maaf, tetapi sama ada orang terima atau tidak saya tidak tahu. Tetapi bagi saya, saya tak maaf atas penghinaan dia , kecaman dia kepada Dr Zakir Naik, dia boleh minta maaf sejuta kali tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya tidak maafkan dia.
“Saya tengok Ramasamy seorang Timbalan Ketua Menteri yang mulut celupar, nampaknya dia nak menunjukkan dan menterjemahkan diri dia ini sebagai hero bagi masyarakat India.
“Dia nak menjadi lebih hero dari P.Uthayakumar (Hindraf), bila Uthayakumar cakap pasal isu berkaitan kepentingan orang Hindu, diapun nak tunjuk dia lebih hero daripada Uthayakumar, sebagai pejuang kaum Hindu dia tidak tahu bahawa percakapan dia ini merugikan kaum Hindu,” katanya ketika ditemui FMT semasa menghadiri forum hartanah ‘Melayu Bandar Terus Disisih semalam.
Dr Zakir mencuri tumpuan media baru-baru ini, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan.
Syarahan umum Dr Zakir di Melaka menjadi kontroversi kerana topiknya yang didakwa menyinggung penganut Hindu. Kerajaan membenarkan syarahan itu diteruskan tetapi topik syarahan ditukar.
Mengulas dakwaan kononnya Ramasamy mempunyai hubungan dengan Kumpulan Militan Tamil Eelam (LLTE) seperti yang disebarkan di laman sosial, Ibrahim berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat tuduhan itu.
“Saya tidak tahu kebenaran dakwaan ini tetapi jika benar ia tuduhan serius kerana LTTE juga satu gerakan pengganas militan seperti ISIS dan Al Qaeda,” katanya.

Anonymous said...

PAN lah penyebab kekalahan pembangkang pd masa depan selagi terus menyembah tokong kesayangan DAPig. Diseluruh negara kalau tengok hanya mereka dan keluarga mereka sahaja menyertai PANdir. Jadi cukup2la dikuli serta dibaruakan DAPig. X malu kerr...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails