Friday, April 22, 2016

Enggan Salam Wanita. Dikritik, Ahli Politik Sweden Letak Jawatan


SEORANG ahli politik Sweden beragama Islam mengambil keputusan mengundurkan diri dalam bidang politik selepas dikritik enggan bersalaman dengan seorang wartawan wanita yang membuat liputan mengenainya, baru-baru ini.

Yasri Khan merupakan ahli politik kedua dari Green Party yang meletakkan jawatan atas alasan yang sama.

Dalam sesi temubual dengan wartawan dari stesen TV4 itu, Yasri hanya meletakkan tangannya di bahagian dada, tidak bersalam seperti biasa yang dilakukan untuk menunjukkan hormat kepada orang lain.

“Kita boleh menunjukkan cara hormat dengan berbagai cara. Perkara yang penting ialah menunjukkan rasa hormat dengan cara bertentang mata dengan individu yang ditemui pada ketika itu,” katanya mengulas mengenai insiden itu.

Sejak insiden itu, Yasri telah menerima kecaman hebat daripada pesaing politik yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan. Seorang ahli parlimen yang mewakili parti sama dengan Yasri, Stina Bergstrom turut mengkritik perlakuan itu dengan berkata: “Perkara itu tidak boleh diterima.


“Parti kita tidak seharusnya mempuyai seorang ahli parti yang tidak boleh menerima salam seorang wanita sama seperti mana cara dia bersalam dengan orang lelaki. Saya sangat sedih dengan insiden itu”.
Sebelum ini, Menteri Perumahan, Mehmet Kaplan meletakkan jawatan selepas dikritik kerana membuat kenyataan media yang menghentam Israel di atas penganiayaan mereka terhadap penduduk Palestin. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Bukan macam PAN Imayam, Ramsamy maki Zakif Naik masih kasih kepada rocket

Anonymous said...

Lagi bermoral dari King Khadam PAN yg selfie d amoy

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/04/penyebaran-ajaran-syiah-boleh-cetus-konflik-berdarah-di-malaysia/

Penyebaran ajaran Syiah boleh cetus konflik berdarah di Malaysia

BANGI , Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bimbang pertumpahan darah seperti di Yaman, Bahrain dan Syria berlaku di negara ini jika ajaran Syiah tidak dibanteras.

Penyelidik Jakim, Ustaz Mohd Aizam Mas’od, berkata semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap isu ajaran Syiah kerana ia boleh menimbulkan konflik.

“Kita tidak mengambil mudah. Kita yakin modus operandi mereka menyebarkan Syiah terus berjalan sama ada melalui keturunan iaitu perkahwinan dengan bukan Syiah serta secara tidak langsung iaitu melalui penjualan buku.

“Usaha menyedarkan masyarakat berhubung bahaya Syiah perlu diteruskan seperti seminar dan ceramah, selain media jangan mendiamkan isu ini kerana bimbang mereka bergerak secara perlahan tanpa disedari,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), hari ini.

Beliau turut menafikan pengikut Syiah di negara ini berjumlah 300,000, sebaliknya mengikut perangkaan Jakim dan polis kumpulan itu hanya dianggotai oleh 3,000 orang sahaja.

Mohd Aizam berkata, dakwaan kumpulan itu hanya khayalan selain ingin membuat tuntutan atas nama hak asasi manusia untuk bergerak bebas dan mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, kumpulan itu mendakwa mereka mempunyai pengikut sehingga 300,000 setelah mengambil kira warga asing yang kononnya menetap di Malaysia sekarang.

“Dakwaan berkenaan hanyalah khayalan mereka dan di sebaliknya, mereka hanya ingin membuat tuntutan atas nama hak asasi manusia untuk bergerak bebas dan menggelakkan daripada halangan undang-undang,” katanya.

Walaupun jumlahnya kecil, Mohd Aizam berkata, kerajaan tetap memandang serius isu gerakan penyebaran Syiah dan usaha mengekang serta memantau ajaran itu terus dilakukan.

Setakat ini, katanya, penularan ajaran Syiah di Malaysia masih lagi terkawal, malah kerajaan juga telah membuat keputusan ajaran berkenaan tidak dibenarkan untuk diamalkan serta disebarkan di negara ini.

Anonymous said...

Pendedahan Isma terhadap Mat Sabu tahun 2012. Waktu tu Mat Sabu PAS sebelum jadi kapten kuali leper.

http://www.ismaweb.net/2012/06/tak-perlu-pertahan-syiah/

Tak perlu pertahan Syiah
June 19, 2012 Utama 84

BANGI, 19 Jun – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diminta supaya tidak mempertahankan gerakan Syiah kerana tindakan sedemikian mampu menimbulkan keraguan terhadap pendirian sebenar pemimpin tersebut tentang Syiah.

Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Ustaz Mohd Hazizi bin Abdul Rahman berkata demikian susulan kenyataan Mohamad Sabu yang dilihat seperti mahu mempertahankan Syiah.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS itu mengatakan bahawa polemik tentang gerakan Syiah di negara ini adalah isu lama yang tidak penting untuk dibahaskan.

Menurut Ustaz Hazizi, hujah beliau bahawa hubungan keruh antara Iran dan Amerika sebagai punca isu Syiah ditimbulkan adalah terlalu dangkal, malah menimbulkan persoalan tujuan sebenar kenyataan beliau itu.

“Ini kerana isu Syiah merupakan isu penyelewengan akidah yang mesti dibanteras, yang mana tiada kena mengena dengan hubungan Iran dengan Amerika.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini menimbulkan satu persoalan besar iaitu adakah Syiah akan semakin diberi laluan jika Pakatan Rakyat memerintah negara? Beliau perlu menjawab soalan ini,” jelasnya.

Anonymous said...

salam tangan x boleh di malaysia,tapi boleh cium tangan..ha...hara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails