Sunday, November 01, 2015

Pelakon Berkempen Menentang Hijab, Ini Hukumannya.

Sadaf Taherian

HALAMAN HIBURAN
MEDIA kerajaan Iran telah memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup rambut mereka, kerana boleh menimbulkan nafsu berahi lelaki. Hal ini tentunya mengancam keselamatan mereka, lantaran menggamit  tindakan gangguan.

Sadaf Taherian adalah merupakan pelakon Iran yang kini tengah tersandung masalah, kerana gara-gara memuat naik swafoto tanpa hijab, dan wanita ini dilarang bekerja di negaranya.

Dia disebut-sebut wanita tak bermoral akibat tidak memakai penutup kepala itu. Undang-undang di Iran memang menegaskan wanita perlu menggunakan penutup kepala ke mana pun dia pergi.

Sebelum ini, dia pernah bercakap dengan seorang wartawan dan aktivis wanita, Masih Alinejad, dalam program bincang-bincang. Dia masih sendiri dan terkenal lantaran kempennya yang menentang wajibnya penggunaan hijab di negara itu.

Dilapor dari the Independent, Khamis (29/10), Sadaf menyokong kempen itu, seperti yang ditulis di laman Facebook milik Masih Alinejad.

"Sadaf menentang penggunaan hijab secara paksa serta peraturan paksa lain di Iran. Lanjut saksikan di Voice of Amerika, saluran Parsi," tulis Masih dalam akaun sosial medianya. (IH)

3 comments:

Anonymous said...


Berbeza dengan kerajaan sekular Malaysia, kerajaan syiah Iran mewajibkan wanita menutup aurat seperti mana yang dikehendaki oleh Islam! Walaubagaimanapun, kerajaan syiah Iran membenarkan amalan nikah mut'ah yang telah diharamkan oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

Bukti pengharaman nikah mut'ah:

(1) Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahwa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keledai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

(2) Hadits Nabi saw yang diwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata: "......Allah azza wa jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat" (Shahih Muslim II/1024).

Inilah masalah ajaran sesat syiah yang menghalalkan zina (nikah mut'ah). Kesian melihat sebahagian manusia jahil terpedaya dengan ajaran sesat syiah ! Bertaubatlah wahai manusia Syiah dan kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu Sunnah wal Jamaah yang telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. . Sesungguhnya Syiah tidak wujud di zaman Nabi Muhammad s.a.w. !

Anonymous said...


Perempuan yang mengaku beragama Islam tetapi menentang hukum Allah adalah perempuan yang terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat Yahudi Zionis seperti 'Islam liberal', 'Women's Lib' dll yang mahu melihat manusia menjauhi ajaran agama Islam dan melakukan maksiat dan murtad dengan bebas. Antara tujuan Zionis ialah meruntuhkan institusi rumah tangga untuk memusnahkan struktur masyarakat. Wahai orang-orang Islam kembalilah kepada ajaran Islam supaya kita semua selamat di dunia dan di akhirat.

Anonymous said...

Orang arab ni bangang. Kejutan budaya. Jenis bongok. Kesian tengok Senduk (Sadaf) ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails