Wednesday, November 04, 2015

Gaji Adun Naik Ketika Rakyat Dihimpit Ekonomi

Husam Musa
Husam Musa
KOTA BHARU - Bekas Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan Kerajaan Kelantan menaikkan elaun wakil rakyat dan pemimpin kerajaan negeri sebagai langkah berani.

Husam berkata, tindakan itu dibuat ketika rakyat sedang menghadapi kesan ekonomi.

"Saya kagum dengan keberanian Kerajaan Kelantan. Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Timbalan Menteri Besar, Menteri Besar dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata," katanya.

Husam yang juga Adun Salor berkata, ramai wakil rakyat akan rasa serba salah menerima kenaikan ini kerana kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.

Namun katanya, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati kerana ketika mana rakyat kian susah, pemimpin pula menikmati kenaikan gaji.

"Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan. Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu  dinaikkan lebih tinggi lagi," kata beliau yang juga bekas Naib Presiden Pas itu.

Beliau berkata, pilihan yang ada adalah membuat keputusan mengundur dengan mengambil tindakan memotong gaji demi kebersamaan rakyat.‎

"Tetapi nampaknya (langkah) sukar," katanya yang tidak menolak langkah menaikkan elaun Adun dari satu segi adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timbalan Menteri Besar dan juga MB.

Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, Husam berkata, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan perlu segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun, Exco, MB dilakukan Januari depan.

"Jika tidak, guru YIK (Yayasan Islam Kelantan) akan terasa hati.
"Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan dan bukan sepuluh bulan seperti cadangan.
"Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?
"Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang  kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru?,"katanya.

Beliau dalam masa yang menolak laporan mengatakan 45 Adun menyokong kenaikkan itu kerana beliau tidak berada dalam dewan semasa usul itu diluluskan. (SH)

3 comments:

Wan Rosli said...

Walaupun saya menyokong kepimpinan PAS kelantan tapi sy juga bersetuju dgn Husam Musa spt di atas..

Cuma sy harap kite pun kena paham juga yg selama ini kerajaan negeri memang bergelut berpunca dari antaranya senantiasa dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan.. dalam rakyat sdg bergelut dgn masalah ekonomi pasti lah ADUN2 ini pun antara tempat rakyat jelata mengadu dan memohon bantuan..

Anonymous said...

Pendapat saya:

Berdasarkan pemahaman saya, semua adun wajar menerima kenaikan gaji, elaun dan faedah.
mereka menjaga satu negeri yang besar

cuma yang nampak janggal
kesesuaian masa
mat salleh sebut : timing

namun, semoga kenaikan ini memberikan satu momentum
1. Memikirkan penyelesaian tunggakan
2. Memikirkan penyelesaian khemah
3. Memikirkan penyelesaian isu balak seperti yang Husam sebutkan
4. Memikirkan penyelesaian perlaksanaan hukum hudud negeri

satu yang diminta pertimbangan
LEPAS NI JANGAN SESIAPA DARI PARTI PAS MENGADA-NGADA BERSUMPAH NAK LETAK JAWATAN KALAU HUDUD TAK DILAKSANAKAN PADA TAHUN TEESEBUT ATAU MASA DEPAN.

Teserlah kemunafikan bila janji dimungkiri
dan
tak baik menghampakan hati orang yang sedang berharap

tq

Wan Rosli said...

Orang yg sdg berharap?... Dalam maksud tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails