Monday, November 02, 2015

Gangguan Seks Siswi, 'Kelakian Muda', Diraba.. -Tinjauan UK

LONDON, UK: Hampir semua siswi di Britain mengadu alami gangguan seks waktu malam, lapor akhbar The Independent.

Menurut The Independent aduan itu diperoleh selepas satu tinjauan yang dibuat menerusi 5,000 responden yang dipilih secara rawak.

"Daripada jumlah itu, 77 peratus berasa gangguan seks dalam budaya kelelakian muda, atau 'lad culture' menjalar di universiti-universiti negara itu. 

"Namun, hanya 44 peratus responden lelaki berpendapat gejala ini perlu dirisaukan," lapor akhbar itu memetik penerbitan kampus The Tab.

Menerusi tinjuan itu menunjukan bahawa  95 peratus daripada mereka (siswi)  'disentuh di bahagian badan yang tidak sewajarnya', termasuk diraba.

Dalam pada itu, kira-kira 25 peratus responden lelaki pula mengakui pernah meraba mahasiswi sewaktu bersantai dengan teman-teman pelajar. 


Tinjauan itu bertujuan mendapatkan maklum balas pelajar berhubung isu-isu budaya rogol, persetujuan bersama sebelum seks dan pornografi demi membalas dendam.

Menurut hasil tinjauan ini lagi, tidak mengejutkan seorang mahasiwa tahun tiga di Manchester yang menyifatkan 'lelaki selalu terfikir tidak apa' untuk menyentuh pelajar wanita sewaktu bersantai pada malam hari. 


Dapatan The Tab dikeluarkan tidak lama selepas kajian Kesatuan Pelajar Kebangsaan UK yang menunjukkan 61 peratus pelajar tahun pertama tidak tahu tatacara membuat aduan gangguan seks di kampus-kampus. (SH)

Adakah siswi di Malaysia pun begitu juga?

5 comments:

Anonymous said...


Di UK, Ireland dll , asrama pelajar dikongsi oleh siswa dan siswi menyebabkan berlaku pergaulan bebas yang membawa kepada gangguan seks, zina, dan seks bebas dll!

Untuk pelajar lelaki dan perempuan Islam, pastikan iman anda teguh dan kuat supaya anda tidak tergoda atau ternoda apabila anda belajar di Barat !

Anonymous said...

Lagi satu, diorang dh di didik kalau nk main pakai kondom, bkn mcm pelajar u kita, sedap sekejap merana seumur idup sebab tk pakai kondom(megandung)

cikmatgelap said...

tak sudah2 kisah seks,ngko ni aku ingat dah tersampok gangguan jin seks ke?????

Borhan Sharif said...

Hasil kajian mendapati mereka yang sudah tiada atau kurang keupayaan SEKSUAL nya akan sering berbicara tentang SEKS, maka....izinkan lah mereka melayani perasaan mereka....
Sementara kita masih berupaya, ingat ingatlah supaya tak merepek macam mereka.

Anonymous said...


Borhan Sharif,

Kita dapati ramai remaja dan pemuda sering beribacara tentang seks, maka berdasarkan 'kajian' (konon) kamu mereka semua tiada atau kurang keupayaan SEKSUAL ! Kajian kamu karut ! Mana bukti kajian tersebut ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails