Friday, November 06, 2015

Tolak Bajet 2016 Hanya Susahkan Rakyat,"government shutdown" -Tuan Ibrahim Tuan Man



UNDI tidak percaya terhadap Bajet 2016 di Dewan Rakyat hanya akan menyusahkan rakyat, kerana sekiranya ia berjaya, ia hanya akan mengakibatkan "government shutdown", kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mempertahankan pendirian parti tidak akan mengundi untuk menolak bajet itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meletak jawatan walaupun sekiranya bajet itu ditolak majoriti ahli Parlimen.

Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia akan mengalami masalah sama seperti "government shutdown" di Amerika Syarikat pada 2013 di mana kakitangan kerajaan ada yang terpaksa mengambil cuti sementara ada terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa mengetahui bila gaji mereka akan dibayar.

"Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan, urusan harian rakyat bergantung, termasuk gaji kakitangannya tidak boleh dibayar, akibat tindakan itu, tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun Barisan Nasional (BN) yang menjadi tumpuan untuk ditumbangkan kerana tidak amanah .
"Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak," kata Tuan Ibrahim.

Katanya, PAS tidak mahu menghantar mesej ia membantah kenaikan gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan, bonus, kenaikan had gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh penoreh getah dan warga Felda di dalam Bajet 2016.

Bagaimanapun, katanya, PAS akan menyokong sekiranya usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dibentangkan di Parlimen kerana sekiranya ia berjaya, Najib tiada pilihan lain selain berundur.

Kenyataan beliau ini dibuat walaupun presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, PAS tidak mahu Najib disingkirkan dan ia bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.

Tuan Ibrahim berkata, menasihati kerajaan dibolehkan dalam bentuk menegur tindakan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam.

"Maka bila mana presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam.
"Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian presiden sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia.
"Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat terlaksana nilai Islam boleh dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Tetapi, beliau mengulangi, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam politik, dan meminta dihentikan "fitnah" yang dilontarkan kepada mereka itu. - 6 November, 2015. (TMI)

Lihat lagi..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

6 comments:

Anonymous said...

Pas ckp berbelit2.muka buat2 alim tp kaki kelentong semua.

Anonymous said...

Sekurang2 nya PAS bkn tunggangan DAP spt Amanah @ UMNO dgn MCA. Yg penting PAS skrng tmpat bergantung orng Melayu.

Anonymous said...


Anon 11:18 adalah contoh macai, balaci dan barua liberal sekular yang mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan ulama-ulama kerana parti Islam dan ulama-ulama berusaha melaksanakan hukum Allah di negara ini. Kemunafikan macai, balaci dan barua liberal sekular menjadi lebih jelas apabila mereka menyokong parti-parti sekular menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini.
Konon mengaku beragama Islam tetapi mengingkari hukum Allah ! Manusia jenis apa ini?

Anonymous said...


Macai, balaci dan barua liberal sekular mengutuk PAS kerana pendidikan geng liberal ini adalah setakat tadika sahaja. Mereka tidak memahami maksud 'Government Shutdown' dan kesannya ke atas jentera kerajaan dan rakyat negara ini ! Jika Government Shutdown berlaku, operasi kerajaan dan agensinya tidak akan menerima sebarang peruntukan kewangan yang menyebabkan perkhidmatan kerajaan untuk rakyat akan terhenti atau terganggu maka kesan buruknya akan menimpa rakyat sendiri !

Anonymous said...

Kekalkan yg sekarang akan menyusahkan ralyat dlm jangkamasa yang panjang...

Ermm pak2 lebai PAS...

Anonymous said...

Bila kelantan nk laksana hudud? Dah 25thn perintah. Lebai pas ni sembang je lebih. Pastu tuduh org macai barua broker balaci dll. Bila mad yakob nk resign krn hudud tk laksana? Ulamak pun auta. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails