Tuesday, November 03, 2015

Bajet 2016 Untuk Rakyat, Selamatkan Najib - PAS


KUALA LUMPUR: PAS mengakui Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bertujuan memberi manfaat kepada rakyat.
Pengakuan itu sekaligus menjadi asas kepada pendirian parti pembangkang tersebut untuk berkecuali daripada menyokong usul menolak Bajet 2016.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, Bajet 2016 juga disifatkan sebagai ‘talian hayat’ kepada Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan. Antara unsur utama mereka adalah jaga parti mereka termasuk Najib. Saya setuju bajet jaga Najib tapi ia juga jaga rakyat Malaysia.
"Oleh kerana ada dua unsur ini, maka kita kritik Bajet 2016. Saya yakin pandangan kita diterima rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad dilaporkan berkata bahawa parti itu akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016.
Menurut Abdul Hadi, kesemua Ahli Parlimen PAS juga telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul itu. (mStar)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

2 comments:

Anonymous said...

PAS dibawah abdul hadi sekarang ini masih tidak berani menyatakan pendirian mereka pada rakyat bahawa mereka sebenarnya menyokong umno. Sedikit demi sedikit lagak dan langkah mereka dihidu. Daripada kata2 di perhimpunan dan muktamar sehinggalah pada tindakkan mereka kini telah menampakkan mereka sedang menuju kearah merialusasikan kesepakatan dgn umno.
Pengundi2 sebenarnya telah ditipu oleh kepimpinan hj hadi dgn tidak dinyatakan tujuan mereka utk bergandingan bersama umno kerana takut kehilangan sokongan. Langkah mereka sekarang adalah bergerak perlahan2 dgn.menyakinkan pengundi. Itulah matlamat mereka sekarang. Harap maklum

mansor said...

macam mana abduh kata jaga rakyat....aspek apa dalam bajet yang jelas menjaga rakyat......tolong tunjukkan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails