Thursday, November 05, 2015

Gegar Vaganza Lahirkan 'Tukang Azan' Ke 'Rumah Syaitan'...

HALAMAN HIBURAN

Berita Hiburan hari ini..

TIDAK keterlaluan kami katakan, pelakon dan penyanyi Faradhiya merupakan antara peserta 'favourite' penonton dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2). 

Buktinya, baru beberapa minggu berada dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2), Faradhiya mengakui dia sudah menerima banyak tawaran menyanyi yang cukup luar biasa. Bagaimanapun, Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 31, berkata, dia terpaksa menolak buat masa ini kerana kekangan masa.

"Malangnya tak boleh nak terima sebab kebanyakan show pada hujung minggu sedangkan saya sibuk bertanding GV," katanya.


Dalam pada itu, Farahdhiya berkata, dia sangat teruja sejak konsert minggu pertama sambil menyifatkan program realiti boleh mengembalikan popularitinya.


"Saya teruja selepas melihat sokongan yang diberikan para penonton dan peminat. Selesai konsert minggu pertama saya rasa seronok sangat.

"Saya mesti menyesal kalau tolak tawaran GV2 kerana inilah platform terbaik untuk menggilap semula populariti sebagai penyanyi," katanya kepada Astro Gempak.

Anak kelahiran Itali ini pernah popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati suatu ketika dahulu sebelum menceburi bidang lakonan. 

Demikian diangkat dari media berita hiburan.

Memang, program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) berjaya melahirkan dengan mengasuh bakat-bakat baru artis dan mengenegahkan mereka ke gelanggang 'hiburan yang tidak  bermanfaat' di tengah masyarakat. (Terutamanya tiada manfaat untuk agama dan hari akhirat).

Kalau dalam institusi peribadatan dan pendidikan masyarakat seperti masjid atau surau, peranan artis-artis ini lebih kurang macam tukang azan atau bilal, dan ustaz penceramah yang memainkan peranan menarik orang ramai ke masjid. Mereka mengajak orang ramai ke rumah Allah. Al-hamdulillah!

Seperti juga artis-artis, mengajak orang ke rumah.......  Bolehkah dikatakan ke 'rumah syaitan'? Begitulah peranan program realiti Gegar Vaganza dalam melahirkan kader-kader 'tukang azan' dari rumah syaitan itu. Mereka diperlukan supaya bersemarak dan berselerak mengatasi tukang-tukang azan dari rumah Allah.

Itulah peranan dunia hiburan di Malaysia, hanya hiburan tanpa arah, yang kadang-kadang berperanan memisahkan remaja dari agama mereka. Patutlah begini jadinya remaja sekarang, bila di bawah pimpinanan UMNO/BN. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

bila dunia dipenghujung zaman, muzik dan bunyi-bunyian berleluasa...

Anonymous said...


TANDA-TANDA KIAMAT YANG SEMAKIN JELAS

(1) BANYAK WANITA BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA TELANJANG

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: “Di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. - Hadis Riwayat Muslim

(2) TANAH RUNTUH, RUSUHAN DAN ALAT MUZIK BERLELUASA

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi”. Ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, bilakah ia akan berlaku?”. Baginda menjawab: “Apabila bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita berleluasa”. – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Kepada yang terlibat, bertaubatlah sebelum terlambat kerana kamu tidak mengetahui masa dan tarikh kematian kamu.

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Bersegeralah menuju ampunan dari Rabb kalian dan menuju surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang dipersiapkan bagi orang-orang yang beriman” (QS. Ali ‘Imran : 133).

Wahai hamba Allah, bersegeralah dalam bertaubat sebelum Allah mendatangkan azab yang di kala itu taubat seorang hamba tidak diterima lagi. Bertaubatlah kepada Allah sebelum Allah Ta’ala menerbitkan matahari dari arah barat (kiamat). Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w, “Barang siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah akan menerima taubatnya” (HR. Muslim). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun telah bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla, akan menerima taubat seorang hamba selama nyawanya belum sampai ke kerongkongannya (sakaratul maut)” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Hasan).

Anonymous said...

Wahai Ibnu Hasyim Lebai malang,engko tengok rancangan hiburan di TV3,maka dapatlah engko hiburan,Engko pergi masjid dan dapatlah engko pahala.Jika engko pergi rumah pelacuran maka dapatlah engko pelacur.Sendirilah yang menentukan kehidupan kita bukan orang lain.

- amantuah - said...

Assalam...anon 11:54, ingat-mengingati perkara yg baik adalh amalan yg mulia. Syabas Pak Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails