Sunday, November 01, 2015

Jika UMNO Ubah Dasar Pemerintahan, PAS Sedia Jadi Penasihat. -Abd Hadi.

PAS sedia menjadi penasihat kepada kerajaan sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahan mereka, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata-mata ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara, lapor Sinar Harian hari ini.
"PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu kuasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain iaitu ambil alih pemerintahan.
"Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan perdana menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa," kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.
Laporan itu juga menyebut, Abdul Hadi berkata terdapat kaedah lain bagi menjatuhkan perdana menteri sama ada melalui pilihan raya atau undi tidak percaya.
"Hari ini, daripada 220 kerusi 89 adalah milik pembangkang. Persoalannya adakah dengan jumlah itu ia bolehkah menjatuhkan beliau (Najib) dengan undi tidak percaya? Kecualilah jika orang-orang Umno undi bersama," katanya.
Akhbar itu juga menyebut, Hadi berkata beliau pada dasarnya bersetuju dengan bantuan kerajaan terhadap rakyat, tetapi tidak bersetuju dengan cara perlaksanaan dan pengurusan bantuan itu kerana didakwanya berlaku banyak kepincangan.
"Setuju dengan Umno bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dengan mereka kerana PAS lebih selesa duduk di luar BN, bukan di dalam BN malah kita tidak akan bergabung dengan Umno.
"Sebagai langkah untuk perbetulkan kerajaan, PAS sedia menghantar pasukan untuk berbincang dengan Umno baik mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan, kejatuhan ringgit dan sebagainya,” Hadi dilaporkan sebagai berkata. (MK)

13 comments:

Anonymous said...

Ini berita yg betul ke byk betul bloq buat cerita haru kata tghh nak jd penasihat bn la apa la.dasar bloq tali barut.aku baca je aku tahu dah byk bloq suka spin apa lg kalau bloq penyokong dap.bagus juga baca tu kita tahu la bloq mana yg suka spin cerita.ambik sekerat sekerat buat tabur fitnah.tak apa la jika depa nak cari mkn cara gitu nak buat mcm mana.jd jgn heran la kalau org tak caya dgn merekapun.biar aje mereka meroyan atau syok sendiri

Unknown said...

ini cerita mimpi pak lebai.

Anonymous said...

pas dh gila kat umno skrg
geng2 ug gila jawatan
gila wang ringgit gila vellfire gila honda crv gila range rover...
last2 semua gila khinzir

Unknown said...

Jgn mcm tu anon 315..khinzir tu haiwan..bapak kamu manusia..kcuali bapak kamu bela khinzir..drpda pas gila dgn dap elok gila dgn umno..kurangkan skit sbut khinzir..ingat Allah..

Anonymous said...


Kesian Anon 3:15PM yang suka sangat menulis perkataan 'gila'...Bayangkan 4 perkataan 'gila' dalam komen gilanya hari ini ! Mungkin Anon 3:15PM lupa makan ubat hari ini.

Anonymous said...


Hanya musuh Islam yang merasa amat benci melihat perpaduan umat Islam. Jika semua orang Islam yang merupakan kumpulan majoriti (63%) di negara ini menyokong parti Islam PAS dalam PRK dan PRU14, kita semua boleh menubuhkan kerajaan Islam yang melaksanakan hukum Allah di negara ini. Jika ini berlaku, Allah akan memberkati negara kita ! Oleh sebab itu, semua macai, barua dan balaci parti sekular yang menentang hukum Allah mestilah bertaubat dan kembali kepada Islam jika mereka mahu kehidupan mereka diberkati Allah.

Selagi negara kita menjadi negara sekular, selagi itulah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku di negara kita. Akibatnya kita merasa ketakutan sepanjang masa ! Lihatlah negara yang tidak diberkati Allah, pelbagai bencana alam, perang, kemiskinan, rasuah, penipuan, kemalangan, kerugian besar, kehilangan wang berbillion ringgit, kehilangan jet penumpang, keruntuhan moral dll datang berturut-turut melanda negara dan manusia tersebut walaupun geng-geng atheis yang bodoh mengatakan ia fenomena semula jadi.

Anonymous said...

kesain bloger ibn hasyim kena main oleh hadi .kah.kah.kah.Tiba2 nak jadi penasihat BN.kau ingat Bn tu bodoh macam kamu.Dapat memerintah Terengganu pun lingkup tak smapai 2 penggal,kah,kah,jangan tipulah nak jadi penasihat .TUAN PENASIHAT .Haji Hadi dah mabuk pil kuda ke.semua pengikut Pas tergamam babi,pada muka kau orang.kah.kah.kah gumbira cadangan Hadi makin terserlah menipu bloger Ibn Hasyim dan pengikut totok ,

Anonymous said...


Nampaknya Anon 3:59 PM terlupa makan ubat hari ini berdasarkan komennya yang menunjukkan dia meroyan sakan !

Anonymous said...

hhadi suruh tunggu umnu berubah... umnu dulu la kena taubat sbb pertahan sekular

masalah pas tidak menunjuk yg mereka mampu perintah negara dgn baik...kosong ceramah je deras

kita bkn mahu retorik jerit pekik isle isle tp tktau nk melaksanakn islam

malah menjaga imej islam utk srmua pun gagal.... rahmat apa yg kau harap dr allah

awal tuliasan kau pun dh mencerca org macai barua balaci... mcmana org sekular nk tertarik dgn islam

kau ingat hanya pas yg menegak islam sebb dasarnya islam... inilah akidah sesat perasan pas....

tunjukkan akhlak mulia dan perihatin rakyat br ckp pasal nk tegakkn islam

knapa hnya pd najib saja sgt berlembut dan bersabar dn sungguh sopan

kau ingat najib nk sayu hati ke dgn semua tu. ada hati nk jadi penasihat umnu

tunggulah sampai kiamat kot2 umnu menagih nasihat dr pas. tunggulah sampai kambing berserban

Anonymous said...

selagi negara sekular jenayah byk berlaku.... kat klntan tganu pas kuat tkde jenayah ke. hudud ditipu juga. dh ada pluang bentang RUU dimain2kn

ckp retorik kosong mcm ceramah2 pas blhla bro

tkde bukti dn contoh yg pas tganu klntan mampu bendung semua tu.... disebalik byknya ceramah ust2 pas disana

rakyat dh muak dgn retorik islam tp kosong... setel dulu hal balak fn hududkn dulu tgn pencuri balak klntan dr pas...adil dn tkkenal bulu

klu masih asdobiyah...dh jgn mengaruk pasal nk isle

rakyat tkmau dgr islam dr mulut puak munafik lg

ramai ulamak2 bkn pas yg patut kita dgr dn ambil ilmu islam

Anonymous said...

Anon 3.27 ,sedap bahasa kau mengatakan bapak orang bela khinzir tetapi kau lupa mak kau makan babi/lagiteruk sebab kumpulan menghina DAP babi tetapi kumpulan ulamak kau pula masih makan bersama DAP babi di Selangor ni .kau tak sedar atau kau buat2 tak sedar .fikirlah .

Anonymous said...


Jika kita kata macai bodoh kerana mereka membuat komen tahap longkang, macai akan cepat melenting marah dan memaki hamun kita.

Fakta: Secara amnya, kadar jenayah di seluruh negara ini yang sentiasa meningkat menunjukkan kegagalan sistem perundangan sekular. Ini menyebabkan kita semua sentiasa merasa takut walaupun kita berada dalam rumah sendiri. Akibatnya, rumah kelihatan seperti penjara kerana rumah dipasang grill besi ! Mengapa terdapat manusia masih tergila-gilakan sistem sekular walaupun ia gagal?

Jika kita mahu kadar jenayah turun ke peringkat minima, kerajaan mestilah melaksanakan hukum Allah untuk mencegah jenayah !

Anonymous said...

Ha ha ha setuju.pancai mmg mcm tu.melalak kat bloq je lebih depa tu.buat ceramah kerusi dok terpaku itupun sbb tak dpt lari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails