Tuesday, November 03, 2015

Desak Azmin Iktiraf PH & Amanah S'gor. Apa Agenda DAP?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San berpendapat, adalah tidak wajar sekiranya Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menafikan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor kerana kerajaan negeri itu dipimpin PKR, DAP, Amanah dan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.
DAP Selangor hari ini mendesak Menteri Besar Mohamed Azmin Ali supaya mengiktiraf kewujudan Pakatan Harapan dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San berpendapat, adalah tidak wajar sekiranya Azmin menafikan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor kerana kerajaan negeri itu dipimpin PKR, DAP, Amanah dan PAS.

"PKR, DAP dan Amanah pula bergabung di bawah Pakatan Harapan. Sesuatu kerja tidak akan lancar kalau namanya tidak betul.
"Sebab itu, pengiktirafan sewajarnya harus diberikan kepada Pakatan Harapan dan Amanah," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Lau juga menggesa Azmin perlu tegas menyatakan yang kerajaan Selangor kini bernama Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, pembentukan Pakatan Harapan di negeri itu tidak perlu dilakukan seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang kerana senario politik di kedua-dua negeri berkenaan adalah berbeza.

Dalam perkembangan berkaitan, Lau berkata, beliau tidak menghalang sekiranya PAS mahu berada dalam Pakatan Harapan dengan syarat bahawa mereka ikhlas dan berjanji akan menentang kezaliman Umno habis-habisan.

"Juga, jika tidak ada antara mereka yang ingin menjadi penasihat kepada Umno, maka tiada masalah jika mereka mahu terus kekal dalam Pakatan Harapan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak merujuk secara terperinci kepada mana-mana pemimpin parti Islam tersebut.

"Kerajaan Pakatan Harapan Selangor harus bersifat terbuka sekiranya ada Adun PAS yang menyokong agenda perjuangan Pakatan Harapan dan tidak mahu bekerjasama dengan Umno," katanya.

Beliau menegaskan, secara prima facie, DAP yakin politik di Selangor stabil tetapi hanya boleh mengekalkan kuasanya sekiranya Pakatan Harapan diiktiraf dalam pentadbiran kerajaan. 

Kita sama-sama lihat apa agenda DAP yang berdendam sangat dengan PAS itu?
(IH)

4 comments:

Anonymous said...


Orang Islam tidak boleh menyokong DAPig dan parti-parti sekular yang menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Orang-orang bodoh sahaja yang sibuk mengejar kehidupan dunia yang sementara ini dan melupakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.



Anonymous said...

Belum perintah malaysia dah kurang ajar. Semua kepentingan melayu semua nak sama rata... uitm, tanah rizab melayu, mrsm, dan sewaktu denganya..

Anonymous said...


Kita merasa hairan melihat orang Malayu liberal yang sanggup diperkudakan oleh DAPig yang menentang hukum Allah dan mahu menghapuskan keistimewaan orang Malayu sebagai penduduk asal @ bumiputera negara ini. Ironinya pemimpin-pemimpin Malayu telah menerima kekalahan teruk dan pemimpin Imdia diketepikan walaupun menang dalam pemilihan DAPig Sgor kerana sikap perkauman kaum sifu Penang mali. Sedarlah wahai manusia Malayu dan Imdia!

Anonymous said...

Kalau sokong Melayu perangai mcm pigs mcm mana , UMNOpigs Paspigs , boleh kot pasal diorang Melayu fobia Pigs aje kot tapi perangai pigs halal sokong

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails