Sunday, August 30, 2015

BERSIH 4 Cina 90%, Bersih 1 Melayu 80%.. Mengapa?

Himpunan BERSIH 4 kali ini memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.
Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini juga didakwa kesan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga mendorong ramai ahli PAS meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Konflik itu juga terkesan dengan pendirian PAS untuk tidak mengambil bahagian dalam BERSIH 4 walaupun antara tuntutan dibuat ialah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, PAS telah menggerakkan puluhan ribu ahli akar umbi di seluruh negara. Aktivis, Boon Kia Meng juga mengakui pola kaum tidak seimbang dalam BERSIH 4 ini.
Katanya, BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.
"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "soalnya di Facebook.
Terdahulu, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga enggan mengulas isu ketidakseimbangan kaum itu, sebaliknya berkata apa yang penting adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia sebgai peserta.
Kekurangan peserta Melayu pada himpunan BERSIH kali ini juga menjadi tumpuan dalam blog pro-Umno seperti MyKmu.net yang menerbitkan artikel bertajuk Cina DAP Dominasi Himpunan Bersih 4.
Malah dalam tinjauan Merdeka Center juga mendapati bahawa 70 peratus daripada kira-kira 600 responden Melayu telah menentang Bersih 4. (MK)


10 comments:

Anonymous said...

Sebab orang melayu di asah otaknya oleh presideng Pas agar menjauhi masayarakat majmuk.Jadi tak payahlah Pas susah2 untuk bercampur dengan masyarakat umum. tunggulah kan jadi keran sumbang,kalau nasib baik bolih join dengan Umno .

Anonymous said...

Tabik kepada orang Cina. Bersih 1,2 & 3 dengan semangat dan wang sendiri ,aku turun. Najib adalah klimaksnya membangsat bukan melayu saja malah ditambah ISLAM sekali dibansatkannya.Aku la ni dah bangsat juga sudah tua kurang bermaya tenaga.Namun proses pembangsatan melayu bermula diera tunku lagi dan lebih signifikan masa mahadiaq. terima kasih orang cinamenyambung bersih 4 dan membolehkan bersih perolehi kutipan dana dari jualan memorabilia bersih mencapai $2.5 juta.apa yg aku tulis ni adalah dengan niat ikhlas dan bukannya sinis. aku suka dan tersenyum membayangkan bahawa bersih 4 adalah petanda " mati ", orang cina pantang angka 4, tapikali ni petanda mat bagi bersih sampah.lucu dan aku tersenyum dihati bila terkenang begini. Syabas orang cina !

Anonymous said...

Melayu PAS Chai sekarang Islam eksulsif untuk dia aje, PAS sudah jadi UMNO

Anonymous said...

Ini bkn masa nak timbulkan isu perkauman. Pokoknya sekarang pemimpin skrg mesti ditumbangkan. Aku rasa kaum Cina pun dh tak hirau sentimen kaum2 ni. Tak mainlah.. Kalau diorg nak anti melayu ke anti India ke dh tentu perhimpunan ni tak berjaya. Apa yg kita tengok sumer ok je. Yg dh pergi sana tentu dpt rasakan keharmonian nya. Ternyata perpaduan kaum berbilang bangsa wujud di sini. Ada hikmahnya disebalik konflik negara. Penyatuan berbilang kaum di Malaysia yg mungkin takde di negara2 lain.

Anonymous said...

akibatnya najib akan dakwa majoriti melayu sokong dia. benar ka? utk elak salah faham ini pas perlu segera mengadakan demo serupa Bersih 4 dikepalai presiden pas. boleh? jika tidak mmg bangsat melayu islam krn sokong rasuah dan salah guna kuasa

Anonymous said...

Hebat kamu ni. Marah sangat dgn PAS, asyik2 dok kata UG, join UMNO. Kamu ni macam dah cinta sangat dengan DAP. DAP tu Islam? UMNO tu kafir? Alangkah eloknya kamu gi pusing seluruh Malaysia katakan DAP baik, DAP bela bangsa Melayu, DAP bela Islam, DAP lebih baik dari PAS, DAP lebih baik dari UMNO .... kemudian istihar diri kamu tu orang kuat PKR, atau orang kuat GHB .... (meluat !!!!!)

BERSIH???? said...

Tentu ramai peserta Bersih 4.0 ini sangat-sangat berasa megah dan bangga dengan kehadiran yg begitu ramai dengan majoritinya adalah puak2 cina terutamanya cina DAP yg sangat2 disanjung dan dibela oleh puak2 GHB teruama skali Mat Sabu. Lebih membanggakan lagi apabila gambar TGH Hadi yang juga timbalan presiden Kesatuan Ulama' Dunia dipijak oleh Puak Cina Kafir DAP....Mat Sabu...Khalid Samad, Mujahid....serta macai2 mereka pasti sangat2 bangga dgn tindakan tersebut.....Tahniah...!!!!!

Anonymous said...

Cina DAP + Melayu DAP + GHB + Melayu PKR , mereka adalah peminat aroma babi. Dimana ada Lim Tokong pasti ada Mat Sabu,keduanya adalah sehati sejiwa .

mansor said...

betul ke statistik 90 % Cina...adakah tuan blog suka kepada fitnah....tak sangka lah....tapi kami percaya kami perlu hidup dalam masyarakat majmuk dan perlu secara syar i mencari rahmat Allah untuk mengakomodasi realiti....PAS adalah seperti UMNO...SEHATI SEJIWA...tenggelam dalam retorik mundur...UMNO dgn retorik ketuanan Melayu namun hari demi hari hak dan maruah Melayu tergadai....PAS dengan retorik negara Islam yang kepimpinan tiada ilmu yang wajar bagi merealisasikannya....maka kekallah Melayu dalam dilemmma dan meneruskan kelemahan diri sedang Allah mengajar manusia menjadi hebat dan melantikknya menjadi khalifah.....semoga PR 2.0 dan GHB berjaya mempamerkan wajah sebenar Islam dimana ulamanya menguasai semua ilmu utama demi melayakkan diri menjadi khalifah.....wallahuaklam

Anonymous said...

Tuan Ibnu Hasyim,

Propaganda Najib mainkan sentimen Melayu-Cina sejak PRU13 lagi membuahkan hasil melalui cyber-warfare dan media sosial.

Tu pasal Melayu takut datang Bersih, sebab ingat Bersih ni agenda "kafir", dia tak guna istilah "non-muslim".

Kalau ada msg guna istilah "kafir" bukan non-muslim, tu kena berhati2, sebab sumber asalnya target utk cyber-warfare.

Memang spesifik Najib nak tarik sokongan org Melayu kepada UMNO, sebab sejak pilihanraya zaman Pak Lah lagi, Cina dah tak nak sokong BN.

Jadi by hook or by crook, Najib cuba boleh tarik sokongan org Melayu sahaja.

Kalau tak dpt tarik 100% pun dia tak kisah sekurang2nya macam 70% pun dah cukup, selebihnya di isi oleh org pendatang yg dpt IC sementara waktu PRU/PRK.

Tapi semua usaha di atas memerlukan perbelanjaan yg amat banyak, berbillion2.........;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails