Monday, June 22, 2015

Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam & Cari Rezeki?

 
Sebuah laporan yang dirilis dari sumber Australia baru-baru ini mencatat, semakin ramai orang Aborigin (penduduk asli benua itu) memilih Islam..
 
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

SELEPAS ku tulis mengenai ...
Ramai menelefon weblog ini, berjumpa dengan saya dan bertanyakan hal itu.
Termasuk dua orang anak muda yang akan melancong ke Australia beberapa minggu, berpuasa di sana dan akan pulang sebelum Hari Raya. 


"Apa yang menyebabkan kamu nak berpuasa di tempat orang?" Aku tanya.

"Pertama, ini masanya yang kami dapat cuti, yang kedua kerana kami ingin melancong dan berpuasa di negara yang bukan Islam. Ketiga, kalau ada peluang kami nak kerja di sana, cari wang sikit." Jawabnya. 

"Kurang-kurang dapat modal balik wang kami melancong, walaupun terpaksa tunggu 3 bulan habiskan cuti sampai lepas Raya." Sambung kawannya. " Lepas tu, boleh melancong lagi!"

"Oh.." Kataku. "Perlu ada misi!"

Mamak kedai makan itu datang minta pesanan. Kami semua masih kenyang lagi, walaupun kami baru lepas solat Tarawih tetapi bertandang ke kedainya.

Katanya, "Tu.. Ada kambing bakar!"

Masing-masing kami tersentak, mata tertumpu kepada kambing bakar yang berputar atas bara api depan kedai itu. Teringat aku kepada kata-kata kawan yang baru pulang dari Australia, minggu lalu. Dia juga ambil cuti 3 bulan pergi melancong di Australia. 

"Kami selalu makan kambing bakar di Australia, kerana harga kambing murah. Kami berniaga kambing yang kami sembelih untuk jamaah-jamaah Islam di sana. Juga sebagai bisnis tambahan kami.. tambah duit belanja." Katanya, semasa jumpa hari itu.

Pun katanya lagi, "Itulah hikmahnya mengembara, kerana di dalam Al-Quran banyak ayat-ayatnya menyuruh umatnya mengembara atau berhijrah antara tempat dan negara. Kedatangan Islam ke Australia ini pun hasil dari pengembaraan puak-puak Islam ke negeri itu."

Katanya ini, membuat aku membelek-belek melihat kembali sejarah Islam di Australia. Ia melibatkan 3 pengembara atau penghijrah ini. Iaitu..
  1. Pelaut Bugis dari Makassar,
  2. Penunggang unta dari Afghanistan dan,
  3.  Aktivis Hak Asasi Manusia Amerika Syarikat  Malcolm X.
Ketiga faktor ini adalah sebahagian dari sejarah Islam di kalangan warga Aborigin Australia. Ramai yang tidak tahu bahawa penganut Islam pertama hadir di Australia sebelum kedatangan koloni Inggeris pada tahun 1788 lagi.. Begini, sejarahnya..

Pelaut Bugis Dari Makasar."Kualleangi Tallanga Natowalia" ("lebih baik tenggelam di lautan daripada kembali ke pantai") Pinisiq adalah kapal layar tradisional khas asal Indonesia, yang berasal dari Suku Bugis dan Suku Makassar di Sulawesi Selatan.

Pada sekitar tahun 1650an, nelayan beragama Islam dari Makassar sudah melakukan perjalanan rutin ke bahagian utara Australia untuk mencari teripang  atau sejenis gamat guna membuat ubat dan memasak. Penduduk asli Ausralia juga sering berkelana ke Indonesia untuk bertukar tempurung kura kura, tembakau, dan barang lainnya.

Menurut Dr John Bradlet dari Monash University di Melbourne, hubungan dengan Makassar ini melambangkan hubungan internasional pertama yang dilakukan oleh Australia.

“Mereka saling bertukar secara adil tanpa adanya diskriminasi rasial ataupun hukum berdasarkan ras,” katanya.

Warga Muslim dari Makassar dan Suku aborigin di Australia bertukar tidak hanya dalam bentuk barang, namun juga konsep religion.

“Di bagian timur laut Arnhem Land kita dapat mendapati kehadiran budaya Islam dalam bentuk lagu, lukisan, tarian, dan bahkan ritual pemakaman,” jelasnya.

Ahli bahasa juga mengatakan bahawa seruan ‘Allah &rsquo atau beberapa doa yang ditujukan kepada ‘Allah &rsquo juga terdengar dalam nyanyian warga Aborigin. Pertukaran teripang antara orang Makassar dan Aborigin ini terus berjalan hingga abad ke 20 hingga peraturan cukai yang berat muncul pada tahun 1901. Terlepas dari itu, hubungan antara kedua pihak masih sering dirayakan di bahagian utara Australia.

Selain itu, industri mutiara di daerah pesisir utara Australia juga melibatkan kontak antara penduduk asli Australia dengan penganut agama Islam. Pada penghujung abad ke 19, beberapa penduduk Melayu dari Asia Tenggara datang ke Australia untuk bekerja sebagai pekerja paksa pada usaha jual beli kerang mutiara. Kebanyakan dari orang Melayu ini juga menganut agama Islam yang kemudian saling bertukar budaya dengan penduduk lokal Australia.

Penunggang Unta Afghanistan
Unta membawa terigu yang dikendarai oleh penunggang unta dari Afghanistan di Queensland Barat.

Di antara tahun 1860 dan 1930, lebih dari 4000 penunggang unta datang ke Australia. Kebanyakan berasal dari Afghanistan, India, dan Pakistan. Kebanyakan orang ini memiliki peran penting dalam membuka jalan di daerah gurun dan menyalurkan berbagai macam suplai ke daerah terpencil untuk membantu pembangunan infrastruktur seperti jalur telegram.

Para penunggang unta ini membangunkan beberapa Masjid di bahagian tengah Australia, dan banyak dari mereka melewati proses akulturasi budaya dengan suku lokal Aborigin. Raymound Satour, keturunan jauh dari penunggang unta Afghanistan ini kini hidup di Alice Springs.

“Ayah dari nenek saya adalah penunggang unta,” kata lelaki berumur 62 tahun ini. “Mereka memiliki unta mereka sendiri, lebih dari 40 unta. Di kereta unta inilah mereka bertemu dengan para penduduk aborigin yang ketika itu berkemah di semak semak.”

Industri ini sendiri berakhir pada tahun 1930an, ketika kendaraan bermotor mulai bermunculan. Kini, warisan dari penunggang Afghanistan ini adalah ratusan ribu unta liar yang berkeliaran di daerah gurun di Australia. Warisan lainnya, tentunya, adalah komunitas keturunan Aborigin dan Afghanistan yang meskipun tidak selalu menganut agama Islam namun bangga akan budaya Islam yang mereka miliki.

Malcolm X

Memang berdasarkan sejarah, orang Makassar, Melayu, dan Afghanistan memang menjadi penghubung utama warga Aborigin dengan Islam, namun di masa yang lebih canggih ini banyak yang mengenal budaya Islam melalui inspirasi dari aktivis AS Malcolm X (gambar)

“Kamu tidak akan jumpa orang Aborigin beragama islam yang tidak pernah membaca autobiografi milik Malcolm X,” kata Mohammed (namanya telah diganti), seorang Aborigin yang menjadi mualaf enam tahun lalu.

Malcom X adalah pemimpin gerakan Hak Asasi Manusia di AS dan seorang pemuka agama Islam. Setelah beberapa tahun dipenjara, dia menjadi anggota dariNation of Islam dan menjadi salah satu pemimpin paling berpengaruh. Pada akhirnya, dia menentang ajaran dari Nation of Islam dan memilih aliran Sunni. Malcolm dibunuh pada tahun 1965.

“Perjalanan Malcolm sangatlah luar biasa,” kata Justin Agale, seorang warga Aborigin yang menjadi mualaf 15 tahun lalu. “Dia adalah seseorang yang amat tertarik pada keadilan sosial, namun juga sangat tertarik pada perjalanan spiritual menuju kebenaran.”

Mantan juara dunia Tinju Anthony Mundine adalah penganut Islam Aborigin paling terkenal di Australia. Mundine, 38, adalah anggota dari komuniti Aborigin Bundjalung dan berpindah ke Islam pada tahun 1999.

“Kami memiliki keyakinan, kami memiliki keyakinan pada Yang Mahakuasa, yang maha besar,” katanya. “Manusia boleh membuat rencana, namun hanya Tuhanlah yang dapat membuat rencana paling baik. Apabila Tuhan telah menakdirkanku untuk menjadi apa yang saya inginkan, maka tidak ada satu halpun yang dapat menghentikan rencana Allah.”

Hari ini, terdapat sekitar 1000 warga Aborigin yang mengaku menganut agama Islam, meningkat dari angka 600 pada sensus tahun 2001.

Mohammed, yang dulunya tuna wisma dan kecanduan alcohol, tertarik pada budaya Islam yang kemudian merubah hidupnya menjadi lebih baik. Kini dia telah bebas dari Alkohol selama enam tahun dan memiliki pekerjaan yang stabil.

“Ketika saya menemukan ajaran Islam, saat itu adalah pertama kalinya saya merasakan indahnya menjadi manusia,” katanya. “Sebelumnya saya merasa hidup saya hanya setengah setengah dan tidak pernah lengkap.”

Seperti banyak warga Aborigin yang hidup di kota, Mohammed merasa dipisahkan dari budaya aslinya. Dia menolak kritik yang mengatakan bahawa dia meninggalkan budaya aslinya dan cara hidup Aborigin.

“Dimana budaya saya?” katanya. “Budaya saya telah dipisahkan dari saya dua generasi yang lalu. Di New South Wales ini, dimana budaya Aborigin berasal, saya tidak lagi memiliki praktik budaya.”

Bagi Mohammed, Justin Agale, Anthony Mundine, dan banyak warga Aborigin lainnya yang menjadi mualaf, Islam menjadi lambang positif dari perjalanan spiritual mereka.

Mutakhir


Penemuan baru ini didedahkan dalam hasil kajian Pensyarah Sejarah Universiti Griffith (GU), Prof. Regina Ganter, mengenai hubungan antara orang-orang Makassar dan masyarakat Orang Asli di tahun 1600-an, kata Pengarah Unit Kajian Islam Universiti Griffith (giru), Dr. Mohamad Abdalla, di Brisbane, Ahad.

"Jadi kehadiran Islam di Australia jauh lebih awal," katanya di hadapan puluhan warga Muslim Indonesia yang menghadiri pengajian bulanan Perhimpunan Komuniti Muslim Indonesia di Brisbane (IISB) yang mengangkat topik mengenai hijrah dalam sejarah Islam semasa Nabi Muhammad SAW itu.

Ia berkata, Prof. Regina Ganter akan memaparkan hasil kajiannya ini pada Persidangan Antarabangsa bertajuk "Cabaran dan Peluang Islam dan Barat: Kes Australia" yang diadakan giru Mac mendatang.

Hanya saja, Abdalla yang juga pengarah bersama Pusat Kecemerlangan Kebangsaan Pengajian-Pengajian Islam Australia, lembaga yang dibentuk GU bersama Universiti Melbourne dan Universiti Australia Barat itu, menanyakan apa yang telah dilakukan masyarakat Muslim selama lebih dari 150 tahun selepas kehadiran Islam di negara benua ini.

Ia mengingatkan satu mesej bahawa Islam tidak akan tersebar baik di Australia jika umat Islam di negara yang kini mempunyai penduduk kira-kira 21 juta jiwa itu masih saja bertengkar di antara mereka seperti tentang kedudukan imam masjid dan menyelesaikan konflik tersebut tidak secara bijaksana sesuai peraturan dalaman tapi di mahkamah.

Untuk itu, amalan Islam yang baik dari para penganut Islam di Australia seperti tercermin dari bagaimana bertetangga yang baik di antara sesama mereka dan terlebih lagi non Muslim sangat penting, kerana dakwah Islam yang berkesan turut ditentukan oleh prilaku Muslim sendiri, katanya.

Premier Australia Barat Alan Carpenter MLA pernah berkata, bahawa kedatangannya sudah ada sejak tahun 1860 seiring dengan mula dipekejakannya para penunggang unta asal Afghanistan dalam ekspedisi keluarga Burke dan Wills.

Alan Carpenter menyebut masjid paling pertama dibina di Australia justru berada di Perth. Sejak masjid pertama yang didirikan tahun 1905 untuk menampung jamaah Muslim Afghanistan yang bekerja sebagai penunggang unta dan Muslim India yang bekerja sebagai ahli perniagaan, kini terdapat sekurang-kurangnya 10 masjid di Perth.

Dalam bahagian lain pembentangannya di forum pengajian yang berlangsung di sebuah bilik kuliah Universiti Queensland (UQ) dan diramaikan pula dengan persembahan seni suara dan pembacaan puisi dari sejumlah anak Muslim asuhan IISB itu, Dr. Mohamad Abdalla memaparkan secara panjang lebar mengenai sejarah dan makna hijrah.

Perlu Peranan Besar

Di Australia, terdapat lebih daripada 300 ribu orang penganut Islam dari kira-kira 21 juta jiwa penduduk. Mereka umumnya adalah para pendatang dari kawasan Timur Tengah, Asia dan Afrika.

Di Australia Barat misalnya, terdapat 24,000 orang Muslim yang tinggal dan bekerja di negara bahagian itu. Sebelum ini, dalam pameran bertajuk, "Pioneers Of The Inland: Australia 's Muslim Cameleers, 1860s-1930s" (Perintis Daerah Pedalaman: Muslim Penunggang Unta Australia) yang diadakan Perpustakaan National Australia. Ditemukan, peranan kaum Muslim di negeri itu.

Menurut catatan, kaum Muslim ikut membantu 'menakluk' pedalaman Australia yang semua belum tersentuh manusia. Di tahun 1800-an, kala itu, lebih dari 2000 penunggang dan 15,000 armada unta secara khusus didatangkan dari Afghanistan, India utara dan Pakistan.

Unta-unta ini didatangkan guna mempercepatkan penerokaan di bahagian pedalaman Australia yang semula belum terpetakan dan terjamah manusia. Sebahagian besar yang ikut berperanan dalam ekplorasi pembangunan wilayah itu adalah kaum Muslim.

Kesimpulan

Aku terima misi kawanku yang di atas itu.

"Itulah hikmahnya mengembara, kerana di dalam Al-Quran banyak ayat-ayatnya menyuruh umatnya mengembara atau berhijrah antara tempat dan negara. Kedatangan Islam ke Australia ini pun hasil dari pengembaraan puak-puak Islam ke negeri itu."

Ini ayat-ayat Al-Qurqn mengenainya, mari kita renungkan!

1. Surah ArRum. Ayat 009


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurnya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

2. Surah AlMu'min, Ayat 021

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
 
3. Surah AlMu’min. Ayat 082.
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.

4. Surah Muhammad. Ayat 010
Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.
 
5. Surah ArRum. Ayat 042.
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.
 
Dan banyak lagi, sila lihat dalam Al-Quran.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
21Jun 2015 KL
 

3 comments:

shameel Iskandar said...

Menarik sekali sejarah kedatangan islam ke Australia. Terima kasih banyak2 kerana perkongsian ini.

aruandi said...

Menarik..

Unknown said...

Subhanallah..
Yg sedih apabila syiah mengeruhkn..dari puak org Iraq..yg bgitu taksub mngadakn mjlis yg kurafat konon membela Say.Husain daerah Shepparton...rata2!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails