Sunday, May 10, 2015

Yana, Lagi Artis Berhijrah ..Bertudung..



HALAMAN HIBURAN
HIJRAH atau berpindah kepada kebaikan akan menyebabkan karier lakonan seseorang artis akan terjejas?

Dia baru melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya Fadzil Zahari, seperti gambar di atas.Itu pertanyaan yang ditanyakan kepada Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin yang sedang membuat perubahan.  Bukan perubahan mendadak tetapi yang  telah difikirkan lama olehnya. 

"Saya percaya meskipun bertudung, ia bukanlah masalah besar yang perlu dibimbangkan kerana ramai selebriti tempatan kini sudah berhijab. Saya lihat pengarah dan pihak produksi kini lebih bersifat terbuka dan menawarkan watak bersesuaian dengan imej pelakon bertudung. Saya tetap akan berlakon tetapi perlu lebih memilih watak selepas ini supaya selari dengan imej baharu ini." Jawabnya.

"Bagaimanakah proses anda bertudung sebenarnya?" Pertanyaan dari Kosmo! Online pagi ini.

"Pada 28 April lalu, saya mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung, namun belum terfikir untuk berhijab sepenuhnya. Pada keesokan harinya, saya perlu menghadiri rancangan Wanita Hari Ini di TV3. Ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tiba-tiba saya tergerak hati untuk mengenakan tudung ke program tersebut. Alhamdulillah, bermula hari itu saya mula terfikir untuk mengekalkan imej ini." Jelasnya.

Bagaimana respons suami dan keluarganya? 

"Alhamdulillah, suami menyambut baik keputusan ini dan meminta saya untuk meneruskannya. Sebenarnya, saya belum memberitahu keluarga mengenai penghijrahan ini, tetapi yakin mereka sudah mengetahui berita ini menerusi akhbar dan media."

Al-hamdulillah, suami mana yang tidak mahu  isterinya jadi baik? Melayari bahtera keluarga ke arah kebaiakan juga adalah tugas suami. 

Jazakallahu khairan kathira!  Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak...  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails