Sunday, May 10, 2015

Doa TH S/Norhaliza: “Ya Allah lindungi kami ..” Dari Penguasa Zalim..

siti nurhaliza

HALAMAN HIBURAN
Diangkat  dari FMT:

Kes Tabung Haji memalukan – Siti Nurhaliza
PETALING JAYA : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan. Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.

“Ya Allah lindungi kami ..” tulisnya ringkas.

Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu. Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” katanya dalam status Instagramnya. (FMT)

Bagaimana kalau ada peminat yang nak pinjam doa Siti Norhaliza ini dengan sedikit tambahan isu berbunyi..

“Ya Allah lindungi kami dari penguasa yang zalim." (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails