Friday, May 15, 2015

Perkasakan Parti & Perlu Perubahan. -Ahmad Awang Setuju Tanding Presiden PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini akan dicabar oleh Ahmad Awang (tengah, dalam gambar) dalam pemilihan presiden PAS akan datang.. – Gambar ihsan Ahmad Awang, 15 Mei, 2015.

"Ini sebuah parti mengamalkan demokrasi dan kita mahu memperkasakan parti," kata Ahmad Awaang selepas menyerahkan pencalonannya di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, semalam.  

Keputusan Ahmad semalam bersetuju menerima pencalonan melawan Abdul Hadi untuk jawatan presiden PAS pada muktamar PAS ke-61 nanti. Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka hampir pasti memenangi jawatan presiden pada pemilihan PAS bulan depan.

Ahmad Awang yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perak, berkata beliau menerima pencalonan merebut jawatan presiden kerana percaya parti Islam itu perlu ada perubahan kepimpinan selepas lebih sedekad di bawah Abdul Hadi.  

Tetapi menurut ahli sejarah Profesor Datuk Dr Redzuan Othman dari Universiti Malaya, bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya UM (UMcedel) itu bagi pemimpin yang tidak pernah dicabar untuk jawatannya, menang kalah menjadi perkara kedua.  

"Adalah sukar untuk pencabar menang, tetapi setakat dicabar itu sudah cukup. Seseorang pemimpin yang tahu kedudukan dia, dia akan berfikir 2 kali," kata Redzuan kepada The Malaysian Insider. 

Seorang lagi penganalisis, Ibrahim Sufian dari Merdeka Centre berkata, Hadi mempunyai kelebihan dalam pemilihan ini sebagai penyandang dan juga ulama, namun beliau perlu menang besar.  

"Kalau tidak, imej beliau nampak cedera untuk mendapat keyakinan ahli dan pengundi PAS dalam pilihan raya umum akan datang."  

Katanya, berlakunya pertandingan ini menzahirkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PAS terhadap Abdul Hadi sehingga sampai ke peringkat mahu melawan beliau, kata penganalis dari badan bebas pengumpul pendapat awam itu.  

Dari satu segi, Ibrahim berkata pertandingan ini juga menunjukkan amalan demokrasi yang sihat dalam PAS, berbeza dengan amalan parti politik sebelum ini yang berbincang dan membuat keputusan di belakang tabir.  

"Pertandingan ini menunjukkan hasrat ahli dan perwakilan PAS diraikan," kata Ibrahim.  

PAS dikatakan dilanda konflik dalaman ekoran perbezaan pendapat melibatkan rakannya dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR.  Ini termasuk langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tahun lepas, yang menyebabkan pilihan raya kecil Kajang.  

Kemelut politik di Selangor itu berpanjangan selepas PKR memilih presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Khalid, keputusan 'Langkah ke Putrajaya' yang dituduh tidak disetujui PAS.  Sementara PKR dan DAP pula bersetuju hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah bagi dipersembahkan kepada Sultan Selangor mendapatkan perkenan.  

Hubungan antara PAS dan rakan-rakannya bertambah buruk selepas keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu. PAS membuktikan, partinya tetap berpegang teguh kepada Islam sebagai dasar perjuangannya, yang menghormati pengundinya untuk melaksanakan 'hudud' dalam manifestonya.. 

Antara pencabar bagi jawatan presiden selain Ahmad ialah Datuk Husam Musa. Bagaimanapun, Husam dijangka besar kemungkinan tidak akan bertanding atas alasan kesihatan.  Dikatakan, beliau juga tidak kelihatan pada dua mesyuarat terakhir PAS Pusat di Kuala Lumpur, dan tidak hadir majlis ceramah Pakatan Rakyat yang kontroversi di Kota Baru baru-baru ini. (IH)

Lihat lagi..

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails