Tuesday, May 12, 2015

Sokong Abd Hadi/Mat Sabu Pertahan Najib Jangan Undur. Biarkan Si Luncai... (49)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyokong pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Datuk Seri Najib Razak terus berkhidmat sebagai sebagai perdana menteri dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan.
Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan, Najib sepatutnya membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan dan perdana menteri itu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.
"Saya bersetuju dengan kenyataan presiden supaya Najib tidak meletak jawatan.
"Meletakkan jawatan menampakkan beliau lari daripada tanggungjawab dia," katanya kepadaMalaysiakini hari ini.

Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, Najib perlu berdepan sendiri dengan rakyat bagi merungkai sebarang isu yang timbul dan bukannya menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada orang lain.

Beliau diminta mengulas kenyattaan Abdul Hadi hari ini yang dilaporkan menggesa Najib terus berkhidmat sebagai perdana menteri memandangkan beliau dipilih melalui sistem pilihan raya. 

Weblog Ibnu Hasyim menyokong hal tersebut pula kerana kalau berlaku perletakan Najib, bererti UMNO akan kembali pulih dan mampu membina kekuatan kembali. Kalau UMNO kuat, BN pun kuat, maka susah pula pembangkang nak rampas Malaysia dari BN dalam Pilihan raya umum akan datang. 
Biarkan PM Najib dan Si Luncai meloncat dan merakit dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails