Sunday, May 10, 2015

PM Najib Dibedal Shafie Apdal? (42)

shafie Apdal, 1MDB
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, menyuarakan kebimbangan berhubung pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Kekhuatiran itu dibuat kerana ia membabitkan pemegang amanah awam.

“Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Jelas Shafie perkara yang dibangkitkan itu, bukan bagi pihak dirinya tetapi mewakili rakyat secara keseluruhan. Menyentuh mengenai 1MDB, beliau berkata telahpun menyatakan keperluan isu itu diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.  (ZA)

Yang jelas, Datuk Seri Shafie Apdal membedal siapa? Orang no 1 dalam UMNO dan pencatur kewangan Malaysia? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails