Friday, May 15, 2015

Taliban Serang Konsert Di Kabul, Hasil Kebiadaban AS

PENYANYI (tengah) beraksi semasa mengadakan konsert di Kabul pada 24 November lalu. - AFP KABUL, Afghanistan - Digelar Elvis Afghanistan, Farhad Darya ...

HALAMAN HIBURAN
KABUL – Sekurang-kurangnya 14 orang dengan kebanyakannya warga asing terbunuh dalam serangan kumpulan Taliban ke atas sebuah rumah tumpangan di Kabul yang menyebabkan berpuluh-puluh orang menghadiri sebuah konsert terperangkap, kata pihak berkuasa semalam.

Penyerang turut bertempur dengan pasukan keselamatan Afghanistan selama beberapa jam.

Empat warga India dan dua rakyat Pakistan dan seorang warga Amerika Syarikat antara yang maut dalam serangan ke atas rumah tumpangan Park Palace menjelang persembahan penyanyi popular Afghanistan, Altaf Hussain.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan selama tujuh jam itu yang mencetuskan letupan dan tembakan senjata api. Ia berlaku semasa tentera Afghanistan berdepan musim pertempuran pertama memerangi Taliban tanpa bantuan tentera asing yang diketuai AS.

Terdahulu, Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi berkata, seramai lima orang termasuk warga asing dan penduduk tempatan maut dalam serangan itu, manakala lima lagi cedera.

Namun, bilangan kematian yang disahkan oleh kerajaan asing kemudian menyaksikan angka korban meningkat.

“Seramai 54 orang berjaya diselamatkan,” tambah Rahimi selepas ratusan anggota pasukan keselamatan mengepung Park Palace yang terletak di kejiranan mewah dan popular dalam kalangan pekerja bantuan antarabangsa. – AFP

REUTERS - SEORANG anggota polis kelihatan mengawal pintu msuk rumah tetamu yang diserang oleh anggota militan Taliban di Kabul.

Itulah kesannya dari kebiadaban campurtangan AS di negara-negara umat Islam seperti Afghanistan dan lain-lain. Mereka cuba menghapuskan budaya tempatan yang Islamik dan menggantikan dengan budaya barat cabul perosak remaja. Taliban tidak boleh bersabar lagi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails