Friday, May 15, 2015

2 Diculik Dipercayai Oleh Kumpulan A/Sayyaf Tepi Pantai Sandakan...

Bernard Then (kiri) dan Thien Nyuk Fun yang menjadi mangsa culik kumpulan bersenjata di Sandakan.

Empat lelaki bersenjata dipercayai anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf malam tadi menyerang sebuah restoran tepi pantai dekat Sandakan, Sabah, sebelum melarikan pengurusnya dan seorang pelanggan, menurut The Star Online.

Kumpulan itu, salah seorang daripada mereka lengkap dengan senapang automatik dan seorang lagi dengan pistol, menyerbu Restoran Ocean King pada jam 8 malam menyebabkan pelanggan bertempiaran lari.

The Star Online turut memetik pemilik restoran, Chung Yan Tsim, sebagai berkata kakak iparnya berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pengurus, dan seorang pelanggan dari Sarawak yang duduk bersama keluarganya, dilarikan diri dalam serbuan yang berlaku kurang seminit

"Mereka melarikan diri menggunakan bot. Mereka tidak bertopeng dan tiada tembakan dilepaskan," kata Chung.

 Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerbu restoran atas air di Sandakan pada kira-kira jam 8 malam tadi.

Kejadian hari ini yang terbaharu dalam siri penculikan orang awam oleh kumpulan bersenjata di persisiran Sabah, dipercayai berpangkalan di wilayah bergolak selatan Filipina.

Ia belaku dua bulan selepas Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna pada Julai tahun lepas, dibebaskan.

Sebelum itu, pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun dan seorang pekerja dikenali sebagai Mazlan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak, Sabah, sebelum dibebaskan Disember lalu.

Tahap keselamatan yang membimbangkan itu menyebabkan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan sehingga 15 April lepas.

Polis Sabah berkata perintah berkurung itu bagi menjamin tahap keselamatan pengguna perairan serta penduduk di kawasan daratan ESSZone termasuk pelancong.
(IH/thekl-chronicle)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails