Wednesday, April 22, 2015

SPRM Diminta Siasat Najib-Rosmah.(28)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Di hari ulang tahun kelahiran Beng Hock, DAP minta SPRM siasat Najib dan Rosmah


JOHOR BAHRU: Di hari ulang tahun kelahiran mendiang Teoh Beng Hock, DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan keatas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching, ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung membuat laporan di ibu pejabat SPRM Johor hai ini.

Dalam satu kenyataan bersama yang dipetik menyatakan, berbanding mendiang Teoh yang disoalsiasat selama 12 jam tanpa henti, Najib dan Rosmah terlepas dari sebarang siasatan, sedangkan kedua mereka dilaporkan berbelanja mewah dan membeli aksesori mahal seperti didedahkan akhbar utama AS, The New York Times (NYT).

“Ketika menyiasat dakwaan bahawa Exco Selangor Ean Yong Hian Wah menyalahgunakan peruntukan, pegawai SPRM menyerbu pejabatnya di Bangunan SUK Selangor tanpa arahan bertulis dari pendakwaraya.
“Mereka menahan dan membawa Teoh ke pejabat SPRM di Shah Alam untuk disoalsiasat, selain menafikan haknya diwakili peguam sehingga hari berikutnya.
“Beng Hock kemudiannya ditemui meninggal dunia di tingkat 5 bangunan bersebelahan,” kata Nie Ching merujuk insiden pada tahun 2009 itu.

Sedangkan kata Nie Ching, gaya hidup mewah Najib dan keluarga dipercayai di luar kemampuannya, tidak pernah disiasat SPRM.

Akhbar NYT dalam artikel bertarikh 8 Februari 2015 melaporkan, Najib yang hanya memperoleh gaji tahunan kira-kira USD100,000 sebagai Perdana Menteri dikaitkan dengan berita perbelanjaan mewah isterinya.

“Satu siri gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan Rosmah membawa sekurang-kurang sembilan beg tangan, yang dianggarkan berharga diantara USD9,000 dan USD150,000,” laporan NYT dipetik.

NYT turut mendedahkan salinan invois dan dokumen lain menunjukkan tempahan barang kemas termasuk berlian, cincin zamrud dan gelang delima yang berharga berjuta-juta dolar di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

Malah, NYT turut mendedahkan transaksi rahsia pembelian secara tunai sebuah apartmen mewah di Park Laurel, New York dan sebuah rumah di Beverly Hills oleh Riza Aziz, anak tiri Najib yang berusia 38 tahun, masing-masing bernilai USD 33.5 juta dan USD17.5 juta.

“Jika pendekatan agresif digunapakai dalam penyiasatan, SPRM seharusnya telah menyerbu pejabat Najib, membawanya ke pejabat SPRM sebagai saksi, tidak membenarkan kehadiran mana-mana peguam, dan disoalsiasat selama 12 jam.
“Tetapi mereka (SPRM) tidak lakukan. Sebaliknya, sangat bersopan,” sindir Nie Ching.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebelum ini berkata, pihaknya menyiasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kasim mendakwa pihaknya menghubungi telah Najib dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu dua jam selepas laporan.

“Kagum dengan kecekapan SPRM, itu sebabnya kami membuat laporan di ibu pejabat SPRM Johor, agar mereka menyiasat dakwaan dan kandungan artikel yang disiarkan NYT.
“Kami membeli kek hari jadi ini ketika membuat laporan ke SPRM. Kerana hari ini 20 April, yang sepatutnya hari ulang tahun kelahiran ke-36 Teoh Beng Hock. Dalam apa jua keadaan, kami berharap dapat mendengar laporan kami dalam kadar segera.
“SPRM, tolong buktikan kepada kami bahawa anda bukannya harimau kertas,” kata Nie Ching. –Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails