Tuesday, April 21, 2015

Nazir Razak Tembak Muhyiddin, Pelurunya Melantun Kena Dr M? (27)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?



Datuk Seri Nazir Razak is currently the Group Managing Director and Chief Executive Officer (CEO
Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memuat naik gambar penyanyi Michael Jackson dengan tajuk lagunya 'You Are Not Alone' di akaun Instagram beliau.

Eksekutif bank tersebut memasukkan kata-kata, "Sekarang muncul di politik Malaysia," dalam satu ungkapan yang jelas ditujukan kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam.

Muhyiddin berkata semalam, Dr Mahathir tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, walaupun ketika bekas perdana menteri itu terus dikecam Umno kerana mengkritik Najib dan pentadbirannya.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk  “Mendampingi golongan muda untuk menjenayahkan perang dan mentenagakan keamanan” itu.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis sebelum ini, "Saya tahu saya seorang diri. Tetapi saya rasa bertanggungjawab kepada rakyat, adakah ia salah? Apabila wang rakyat hilang dan disembunyikan daripada mereka, adakah salah saya bertanya?"

Tulisannya itu mendorong dua selebriti popular tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap bekas perdana menteri itu.

Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Dr Mahathir boleh sentiasa bergantung kepada majoriti senyap untuk sokongan.

Dr Mahathir mengecam Najib dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menggesa perdana menteri berundur sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib dalam satu wawancara khas di TV3 dua minggu lalu mengatakan akan menangani isu-isu yang dibangkitkan Dr Mahathir, tetapi bekas perdana menteri itu berkata terdapat banyak soalan masih tidak dijawab, termasuk di mana dana 1MDB di Kepulauan Cayman, yang dilaporkan disimpan di Singapura.

Lapor The Malaysian Insider hari ini.

Adakah Nazir Razak, team PM Najib mula menembak Muhyiddin Timbalan Najib, pelurunya melantun terkena Tun Mahathir? Ertinya gendang perang sudah berbunyi? Apa adegan seterusnya? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails