Sunday, April 19, 2015

Ini Lampu Hijau Muhyiddin Benarkan Serangan Dr M Jatuhkan Najib? (24)


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di forum 'Engaging the young to criminalise war and energise peace' di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 April, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


"TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran, sambil melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat."

Lapor The Malaysian Insider hari ni.

Bolehkah ditafsirkan kata-kata Timbalan PM ini, sebagai memberi laluan atau lampu hijau kepada Tun Mahathir untuk terus menyerang PM Najib yang mendesak beliau letak jawatan segera?

Perkataan '..berani melawan kuasa barat.' itu juga termasuk berani melawan kuasa dalam negara?

Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno. 
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk 'Engaging the young to criminalise war and energise peace' di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini. 

Susulan memberi kata dua supaya Najib berundur, bekas pemimpin negara yang lantang mengkritik Najib sebelum ini itu mengakui dirinya keseorangan dalam menyuarakan pandangannya dan tidak mempunyai sokongan.

Dr Mahathir dalam blognya menulis: 

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah?
“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?
“Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui TV tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja."

Beliau ketika itu merujuk isu.. 
  • skandal 1Malaysia Development Berhad, salah satu isu yang dibangkitkan dan diminta penjelasan dari Najib, 
  • selain isu lain seperti pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu;
  • dakwaan salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar; 
  • gaya hidup mewah anak tiri Najib, Riza Aziz; 
  • dan jet peribadi baharu untuk Najib.
Bagaimanapun selepas kenyataan “saya keseorangan” Dr Mahathir tersebut, satu persatu individu tampil menyatakan sokongan kepada mantan perdana menteri itu termasuk penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan pelakon Rozita Che Wan, melalui laman Instagram mereka.

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib melalui satu wawancara turut meyakinkan Dr Mahathir beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Najib kerana katanya, majoriti senyap rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin dalam ucaptamanya hari ini, juga menekankan mengenai bahaya ekstremisme dan pengganas, menyifatkannya sebagai ancaman yang dihadapi dunia ketika ini, sambil menegaskan Putrajaya sudah mengambil langkah menangani isu melibatkan pengganas, termasuk dengan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan.

Beliau juga menggesa sebarang tanda kecenderungan ke arah ekstremisme di kalangan rakyat Malaysia dihentikan segera dan ditangani sebelum ia menimbulkan ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan negara.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails