Sunday, April 19, 2015

Dr M: "Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib.."


Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hadi di forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 April, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak sebarang kerjasama dengan pembangkang, dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, susulan pelawaan veteran DAP Lim Kit Siang untuk mengadakan kerjasama tersebut.

Dr Mahathir berkata masalah yang timbul sekarang ialah kemelut dalaman Umno dan ia tidak melibatkan atau ada kena mengena dengan mana-mana parti pembangkang.

"Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib, pastinya tidak dengan pembangkang.
"Masalah saya adalah dalam Umno sendiri, ahli Umno sudah menyatakan sokongan kepada Najib," kata Dr Mahathir semasa menghadiri forum anti perang di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.

Dr Mahathir juga mengulangi pendirian yang Najib perlu berundur kerana pencapaiannya dalam pilihan raya yang masih buruk walaupun dilihat menerima sokongan daripada orang ramai.

Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan dana pelaburan strategik negara yang dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Susulan kritikannya, pemimpin Umno daripada semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib. Dr Mahathir juga sebelum ini mengakui keseorangan dalam menyatakan pendirian terhadap Najib, ia susulan tiada sokongan yang disahut para pemimpin Umno terhadap gesaannya supaya Najib disingkir.

Semalam, Lim berkata, sedia bekerjasama walaupun dengan seterunya Dr Mahathir demi “menyelamatkan Malaysia” daripada ditekan polisi yang diperkenalkan Najib yang katanya akan membawa negara tergelincir daripada matlamatnya.

Kenyataan Dr Mahathir itu juga memberi gambaran walaupun beliau lantang membidas Najib dan menggesa pengundurannya, tetapi ia mesti dilakukan pemimpin Umno sendiri.

Cadangan supaya Dr Mahathir menjalinkan kerjasama bagi menyingkir Najib disuarakan pada awalnya oleh bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon terbaik memegang tampuk pemerintahan negara menggantikan Najib. 

Zaid meminta Dr Mahathir memberi sokongan kepada ahli Parlimen Gua Musang itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan melupakan persengketaan lama. The Malaysian Insider difahamkan, Jumaat lalu berlangsung pertemuan selama sejam di antara Dr Mahathir dan Ku Li, namun butirannya tidak diketahui.

Dr Mahathir kini secara terbuka melancarkan serangan terhadap Najib dan menyenaraikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya, (IH/TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails