Wednesday, April 22, 2015

Artis Ghairah Seksi Cabar JAKIM, Di Pantai Kelulut..

Penyanyi pamer aksi ghairah Pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut didakwa menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki. 

MARANG: Aksi ghairah artis seksi seolah-olah mencabar JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) apabila berlaku satu pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut di sini yang tidak mengikut garis panduan baharu hiburan seperti ditetapkan JAKIM.

Hal ini disebutkan berikutan Pemuda Pas Marang semalam, melahirkan kekesalan terhadap satu anjuran pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut kerana menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki. 


Menurut Ketuanya, Pemuda Pas Marang juga menerima beberapa keping gambar artis wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama seorang penonton lelaki sudah berusia dan ia kelihatan amat memalukan. 

“Ia (penyebaran gambar itu) telah meninggalkan kesan sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita lihat gadis Melayu Muslim berpakaian tidak senonoh menari bersama penonton lelaki seperti itu,” katanya. 

“Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku manakala Pejabat Agama Marang pula perlu lihat kembali Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, terbitan Jakim sejak 2007. “Namun, sejauh manakah garis panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program (berkenaan)? Adakah persembahan ini mendapat restu dari Pejabat Agama Marang?,” soalnya. 

Pemuda Pas Marang akan membuat kunjungan ke Pejabat Agama Marang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sementara itu, Sinar Harian dilaporkan gagal untuk mengesan penganjur pertunjukan terbabit.

Peraturan Baru JAKIM. 

Mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka.
  • Membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah " dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
  • Garis panduan itu dikeluarkan jabatan itu awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim.Menurutnya, ia merupakan edisi kedua garis panduan itu.Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.
  • Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton. Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.
  • Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau. Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara  perlu ditangisi.
  • Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.
  • Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, kata Jakim, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.
  • Jakim juga menetapkan, muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.
  • Garis panduan tersebut didasari keputusan muzakarah terdahulu pada Mei 1981 yang lebih menjurus kepada mencegah unsur maksiat dalam persembahan.
Garis panduan ini bagaimanapun tidak dianggap satu undang-undang oleh pihak berkuasa. (IH)

3 comments:

opisboi said...

tak pa perpaduang UG apa ada hal

wsc pelangsing perut said...

joged koplo tuh

agen wsc biolo medan said...

siapa yang berlakukan tuh panggung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails