Sunday, April 19, 2015

Bagaimana Lahirkan Filem Islam Kreatif? Bukan Hanya Kisah Cinta Melembikkan..



HALAMAN HIBURAN

SELEPAS drama tempatan Nur Kasih mendapat sambutan hangat, beberapa penerbit mula mengetengahkan filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu, produksi tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif berdakwah.

Demikian antara pandangan Muhammad Musoddiq 'Islamikkah filem yang tidak kreatif?' dalam Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat beberapa elemen klise dan longgar sama ada dalam penulisan skrip atau ideologi yang dibawakan. Adunan filem Islamik sering memaparkan elemen cinta dan ketakutan dalam beragama.

"Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak lebih daripada kisah cinta mengkhayalkan walaupun saya akui ada diselit elemen keagaaman di dalamnya. Namun, cara hidup orang Melayu Islam lebih banyak ditonjolkan berbanding Islam itu sendiri. Drama dan filem Islamik ketika ini kebanyakannya kosong, makala mesej yang cuba disampaikan diambil mudah.
"Lihat pula siri Penggali Kubur yang dihasilkan lebih untuk menakut-nakutkan penganut Islam sambil terlalu menekankan balasan alam kubur berbanding mengetengahkan keindahan Islam." Tulisnya.

Begitu juga dinukilkan petikan ungkapan seorang pendakwah, Emran Ahmad mengenai filem bertema Islam dan cinta: 

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah terlalu banyak berangan dan berfantasi indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya."

Cadangan

Dalam kaedah menyampaikan Islam, Nabi SAW pernah berpesan 'Mudahkan jangan persulitkan, gembirakan jangan takut-takutkan'. 

Menurut Musoddiq lagi..

Satu:

"Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan penganutnya. Islam lahir dengan cinta dan ia dibuktikan dengan sifat Allah mencintai semua orang tanpa mengira bangsa.  Allah mecintai semua hamba-Nya walaupun individu itu adalah pendosa.
"Kita pernah dikhabarkan tentang kisah seorang pelacur yang masih mampu ke syurga hasil perbuatan baik di penghujung nyawanya. Begitu pula kisah Bilal bin Rabah yang dipandang hina oleh masyarakat Arab kerana keturunannya, tetap mempunyai kedudukan mulia dalam Islam."

Dua:

Menurut Musoddiq selanjutnya, filem dakwah tidak semestinya bertajuk Nur Kasih, Dalam Mihrab CintaKetika Cinta Bertasbih atauUstaz Mu Tunggu Aku Datang.

Sesebuah filem tetap dianggap Islamik tanpa perlu menggunakan latar belakang kehidupan pondok, watak pemuda kacak berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di Gurun Sahara, suasana kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai lagi elemen klise. 

Filem dakwah Islam boleh sahaja menggunakan konsepk seperti di filem PK, My Name is Khan, dan berbagai produksi lain yang berjaya menonjolkan asas Islam dan bukan penganutnya.

Filem PK banyak mengetengahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan yang boleh dilakukan tanpa perlu membazir, atau memberi makan orang miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah berbuat baik kepada orang lain, dan bukan bermegah-megah dengan upacara keagamaan.

"Filem My Name Is Khan pula mendidik penonton supaya memahami Islam bukan agama ganas. Selain itu ia juga berjaya memaparkan beberapa ciri Islam yang indah.
"Di Barat, penerbit filem sering mengetengahkan ideologi - termasuk anti-Islam, Marxisme, liberalisme, feminisme dan sebagainya - secara licik seperti dapat kita saksikan dalam X-Men, The Purge, Planet of the Apes,  Maleficent, Frozen, The Matrix dan lain-lain.

Cuma ayat ini perlu diperjelas lagi, "PK juga mengajar bahawa pencandu dan penjual agama sepatutnya dihindari setiap penganutnya, sama ada mereka beragama Islam atau lain."

Siapa 'pecandu dan penjual agama'? Adakah mereka itu pendakwah-pendakwah dan mubaligh Islam? Samakah dengan kata-kata puak sesat agama itu candu masyarakat?

Tiga:

Menurut Musoddiq lagi, sebagai penganut Islam, kita perlu menghasilkan filem yang menghantar mesej secara halus dan bukannya kisah cinta yang melembikkan umat. Melalui filem, kita boleh menerapkan persoalan seperti Siapakah Tuhan sebenarnya, bagaimana sifat ketuhanan atau apakah tauhid yang dibawa oleh surah al-Ikhlas.

Filem juga membolehkan pengkarya mendidik penonton mengenai kepentingan masa dan siapakah manusia yang "sesungguhnya berada dalam kerugian."

Al-hamdulillah, secara keseluruhannya, ia suatu tulisan pandangan yang baik. 

Ada beberapa komen atas tulisan itu. 
Antaranya..


Husnaa Saip ·  Top Commenter · Tukang Bancuh Air Profesional atHandy Pro Sdn Bhd


Senario yang digambarkan bukan sebab orang melayu Islam takde kreativiti.. Kalau nak blame, blame pada pihak2 yang sepatutnya groom the industry laa.. FINAS.. The fact that in youtube, berpuluh-puluh karya yang bagus dah dihasilkan oleh anak muda tempatan berkelulusan agama dari timur tengah. Mereka bikin short film sendiri, pakai titik peluh sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Content tu lebih bagus dan even lebih logik dari filem PK yang disebut oleh penulis..... Soalannya, ada orang kita ambik pot? Ada orang FINAS buat effort untuk scout new talent ni, bagi geran sikit untuk diorang maju? Jangan harap. "Ini niche yang tak boleh jual," kata mereka... Korang masuk pejabat finas, korang tengok poster filem cerita hantu dan cerita gangster yang penuh kat situ, korang boleh buat facepalm beratus kali laaa...


  • Nusantara Raya ·  Top Commenter
    makan roti jala.dengan kuah kari..adakah satu perumpamaan 

    islamik..

Komen atas komen..

Komen pertama di atas (Husnaa Saip)membayangkan siapa yang bertanggungjawab dalam melahirkan filem Islam yang kreatif di Malaysia. Komen kedua (Nusantara Raya) mengingatkan supaya penulis karya berhati-hati dengan contoh perumpamaan yang dikaitkan dengan Islam.

Komen dari Weblog Ibnu Hasyim: Pihak yang bertanggungjawab atas kelahiran drama/filem di tv dan media di Malaysia juga perlu berkreatif, perlu di'Islamikkan'!
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails