Saturday, April 25, 2015

Permatang Pauh, PKR Tak Sekuat Mana, Ini Buktinya, Ceramah Malam Tadi..


Permatang Pauh: TERDAPAT dakwaan mengatakan bahawa PKR sebelum ini tidaklah sekuat mana di Permatang Pauh dan hanya mengharapkan sokongan dari jentera PAS di situ.

Dikhabarkan juga bahawa PAS Permatang Pauh memandang dingin dan enggan turut terlibat dalam kempen PKR kali ini gara-gara pendirian parti itu yang menolak hudud secara total seperti rakan sekutu mereka, DAP. 

Sebelum itu di Shah Alam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin PR tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Manakala ada desas-desusu di kalangan penyokong PAS tempatan mendakwa bahawa parti mereka (PKR) terpaksa "mengimport" jentera PAS dari luar Permatang Pauh, termasuk PasMa, untuk meramaikan sokongan. 

Menurut tinjauan Utaranews.com, berkemungkinan kurangnya sambutan seperti gambar di atas terhadap ceramah Azmin itu adalah disebabkan desas-desus sebelum ini yang membayangkan Menteri Besar Selangor itu mempunyai hubungan keruh dengan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah.

Bahkan berita hari ini menyebutkn suara Timbalan Presiden PKR seolah tidak lagi dihargai warga Permatang Pauh apabila ceramahnya malam tadi hanya dihadiri sekitar tidak lebih 100 orang hadirin sahaja.

Jumlah berkenaan adalah jauh dari jumlah kebiasaan bagi individu nombor dua parti, khususnya di kubu kuat sendiri di parlimen yang dikuasai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun memperkata tentang isu GST dan 1MDB yang mendapat "pertolongan khas" dari bekas Perdana Menteri, ceramah Azmin seolah hambar tidak bermaya dan tidak mendapat sambutan sebagaimana yang dijangka.

Selain itu, Azmin turut mengulang isu yang boleh dianggap "basi" dan mencabar kedaulatan undang-undang negara berhubung hukuman jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, yang telah dilakukan Anwar sebelum ini.(IH)

12 comments:

Anonymous said...

insyaallah bila bn merampas p pauh, najib akan kata ' kan rakyat tak bantah gst dan sokong saya sepenuhnya'. terima kasih pas p pauh

Unknown said...

Pas angkuh, perangai macam budak-budak.

Anonymous said...

PKR mengaku Islam tapi tak nak terima syariat dr Allah. PKR sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap Islam dan kekuasaan Allah.
Taniah ahli2 PAS Permatang Pauh, yg melakukan kerja adalah kita bknnya kepimpinan, biarkan mereka saja yg turun. Kita tengok angkatan muda PKR yg cakap besar, riak dan sombong, sejauh mana keegoan mereka.

Anonymous said...

Orang Melayu PAS in bodoh ikut macam Hadi

Bodoh sampai KIOK anak bini papa kedana tak de duit

Anonymous said...

PAS ni bukan setakat angkuh tapi BODOH. Kalau berani keluar saja dari Pakatan Rakyat. Bertanding sendiri dan tengok apa jadinya. Barulah dia tahu bahawa rakyat sokong dia ke tidak.

Anonymous said...

Belum keluak pun, dah tak dak orang dengak ceramah.

he he he..

hang ceredek sangat. ceredek tak dak orang ikut.

he he he

Anonymous said...

Kalau Pas keluar PR. Kucibg ngan ayam yg dengar. Ayam pun yampah sbb ganggu tidur. Huuu huuu. Padan muka. Ahli pas tetap istiqamah pertahan maruah jemaah dan hukum Islam dr dipermainkan. Kita bukan kejar sokongan. Kita kejar keredhaan Allah swt. HIDUP PRESIDEN PAS DEMI ISLAM.

Anonymous said...

kalau tak diselesaikan segera, mahu P/Pauh jatuk kat BN.

masing-masing mahu lagu tu.

Anonymous said...

Kalau nak kata PAS bodoh bukannya saemua tapi yang mengikut Hadi tu yang bengong tak boleh ditegur dan nasehat jadi jangan pakai pukul rata kami ahli PAS yang mahukan perubahan akan keluar PAS beramai-ramai dan biarkan pengikut Hadi diKelantan dan Terangganu berada dengan keredhoaan Allah tanpa berusaha mudahan-mudahan Alah akan turunkan keredhoaan itu dari langit untuk mereka ,kami tidak pernah diam diri jika peresiden sendiri bodoh yang btak boleh ditegur.

Anonymous said...

Anon diatas tu bukan PAS. Ahli PAS takkan keluar beramai-ramai. Perbedaan pandangan biasa dalam mana-mana parti. PKR, DAP pun pecat ahli.

Biasa la tu.

Unknown said...

Ada yg menyamar jadi ahli pas pun ada...kemudian belasah presiden dan melaga2kan ahli. Mudah2an Allah Taala balas setimpal dgn apa yg mereka buat

Anonymous said...

Ada kuasa anda berlaku adil atau berlaku zalim. Peminpim yg Adil masuk syurga dengan redha Allah dan pemimpin yang alim kena soal dulu.
Tak ada nilai kalau peminpim tu alim ulamak tapi sifat adil tak da walaupun terpaksa ambil hati dibelasah ahli, diam diam ada perassan dendam kerana PERASAN DIMALUKAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails