Thursday, April 23, 2015

Abdul Hadi Restu Boikot PKR Di Permatang Pauh? "Kita 'Masih' Dalam PKR"?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam forum ‘Hudud dari Kaca Mata Hadi’ di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor, hari ini. Beliau menghormati keputusan akar umbi PAS jika ingin memboikot kempen PKR di Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 April, 2015.
"Kita masih dalam PR..." Abd Hadi. Perkataan 'masih' itu, pasti ada rahsianya!

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana. Lapor The Malaysian Insider (TMI) sebentar tadi.

Bolehkah kata-kata ini ditafsirkan sebagai merestui tindakan boikot PAS tempatan terhadan Pilihanraya kecil Permatang Pauh?

Kerana sebelum ini pun, PAS Permatang Pauh yang juga memberi amaran boikot itu akan memberi kesan kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh adalah ahli PAS. 

Walau bagaimana pun TMI mengatakan kenyataan Abdul Hadi itu berbeza dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 20 April lalu. Menurut TMI Mustafa menjelaskan PAS Pusat muktamad menyokong pencalonan PKR di Permatang Pauh dan sebarang keputusan di peringkat atas mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan sebelum ini menegaskan PKR hanya akan memperoleh sokongan mereka  menarik balik kenyataan menolak hudud. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh ialah pada 25 April, manakala pengundian jatuh pada 7 Mei. 

Walaupun Presiden PAS itu menghormati keputusan akar umbi PAS Kawasan itu, namun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh" Jelas beliau.

Perkataan 'masih' itu, pasti ada rahsianya!  (IH)

8 comments:

Anonymous said...

TGHH perlu berehat ..ni jaw nya..dia sudah tepu dgn politik yg ada.kalau bawahan ikut stail dia..bagus..hormat akar umbi.kalau lawn..jd barua..doa binasa jemaah berbalik pada pas?fikir2 knlah

Anonymous said...

muga TGHH diberi hidayah dlm kemelut politik ini. Keutamaan menentang kezaliman & penindasan lebih auliyyat dari perkara yg lain. Bersamalah wahai tuan guru dgn rakyat marhaen dan bukan dgn golongan ustaz yg bekereta mewah.

IrWrWs said...

Kami sentiasa di belakang TGHH.. haram sokong calon yg tolak hukum Allah.. apatah lagi secara terang2an..

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...

X yah nk speculate lah tn admin!!

Anonymous said...

Tahniah kpd pemilik blog ini yg akhir2 ini semakin menunjukkan sikap / pendirian tak senang dgn TGHH. Maka itu, semakin kurang jugalah hormat saya kpd pemilik blog ini. Sesuailah dg

IrWrWs said...

X yah nk speculate lah tn admin!!

uhibbu66 said...

tuan tentu lebih maklum kedudukan TGHH di hati ahli2 pas akar umbi,sbb tuan org lama dlm jamaah ini.komen2 yg merendah2kan/memburukkan hj hadi sedikitpun tak mengurangkan kasih mereka kpd presiden.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails