Tuesday, February 11, 2014

Bantah Pesta Muzik Liar The Carnival, Kedah -I/Hasyim Sokong.


Pernah golongan tertentu menganjurkan parti liar di sebuah premis hiburan di Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur, ini gambarnya.

KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong tindakan Mapim ini.

Adalah tidak munasabah apabila kerajaan negeri menunjukkan minat menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung.

“Kerajaan Negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya,” tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
.
Beliau menyatakan demikian sebagai bantahan kepada program anjuran EUPE Corporation Berhad iaitu pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai 'Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia' yang bakal diadakan  pada 1 Mac depan di taman air The Carnival Cinta Sayang Resort,  Sungai Petani.

Bantahan itu turut disokong oleh beberapa NGO sebagaimana di bawah.

Kami membantah dengan keras rancangan EUPE Corporation Berhad yang akan menganjurkan pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai “Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia” yang bakal diadakan  pada 1hb. Mac 2014 di Taman Tema Air “The Carnival” – Cinta Sayang Resort,  Sungai Petani.

Kami berpendirian masyarakat tidak wajar didedahkan dengan pesta muzik berskala mega yang hanya berunsur hiburan liar yang tidak melambangkan budaya kebangsaan negara ini.

Apatah lagi pesta muzik tersebut dikatakan akan menjadi pentas kebudayaan antarabangsa yang melibatkan artis luar negara (Korea & Taiwan); termasuk 2 orang artis Melayu tempatan.

Kami mempersoalkan tujuan pesta itu diadakan di kawasan yang berdekatan dengan kediaman awam yang telah menimbulkan bantahan daripada masyarakat tempatan. Persoalannya, apakah pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak menimbangkan implikasi kepada masyarakat tempatan apabila acara seperti ini dibenarkan.
 Ini juga hiburan liar yang pernah diserkap tangkap.

Sasaran pengunjung dikatakan melebihi 20,000 orang yang pasti akan  menimbulkan kekecohan awam apabila anak muda berhimpun di dalam acara pesta muzik seumpama itu. Persembahan dikatakan juga termasuk tarian Electro-pop dan K-Pop yang dijangkakan akan menambah keliaran suasana dalam pesta tersebut.

Kami menegaskan rakyat tempatan dan negeri Kedah keseluruhannya tidak memerlukan hiburan liar seperti ini. Rakyat tidak berbangga jika terpilihnya anak tempatan sempena Pesta Muzik ini untuk layak ke Kejohanan Tarian Hip Hop Antarabangsa 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat seperti yang diumumkan.

Apatah lagi pihak penganjur berhasrat menjadikan “PEMF” sebagai cara tahunan, ia tidak melambangkan sebarang usaha untuk menghormati kebudayaan dan sensitiviti masyarakat tempatan.

Kami menyokong Jawatankuasa Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Muzik “Planet Eupe Music Fest”  Kariah Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, yang telah mengemukakan memorandum bantahan ke atas anjuran pesta muzik tersebut kepada Menteri Besar Kedah pada 6 Februari 2014.

Kami menegaskan bahawa negeri Kedah tidak boleh dijadikan negeri yang dikenali dengan budaya pesta muzik liar yang boleh menjejaskan moral generasi muda. Pesta muzik seperti yang dirancang akan dilaksanakan tidak menghormati persoalan agama Islam.

Pihak berkuasa tempatan dan negeri mesti memastikan supaya negeri Kedah tidak berkembangnya budaya menganjur acara yang boleh mempengaruhi anak muda dengan hiburan liar dan melekakan. Kami menuntut supaya panduan kelulusan acara hiburan seperti yang tertera dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 hendaklah disemak semula supaya semua acara hiburan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Kami mendesak supaya pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Kedah membatalkan kelulusan untuk membenarkan pesta muzik berlangsung di negeri Kedah. Keutamaan kepada membentuk generasi muda khususnya dan masyarakat umumnya dengan budaya hiburan yang beradab mengikut Islam hendaklah dijadikan dasar negeri ini.

Adalah tidak munasabah apabila kerajaan negeri menunjukkan minat menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung. Kerajaan negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya.

Kami berpendirian negeri Kedah tidak akan rugi jika kerajaan negeri tegas dan tidak berkompromi  dalam memastikan semua jenis hiburan hendaklah menepati kehendak Islam.

Turut menyokong:
Teras Pengupayaan Melayu
Warga Permuafakatan NGO Islam Kedah
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
Persatuan Ulama Kedah
Pusat Satuni Rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia
Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti
Sekretariat Gerakan Sokong Syariat
Sekretariat Belia Sejahtera Kedah

3 comments:

Anonymous said...

klau kedah yg masih diperentah olih pas dah pasti 10000000% mapim akan buat demo & laporan polis spt biasa semua cari makan..kah3x

Anonymous said...

konsert tu mcm jomheboh la. apa nak kecoh sgt. yg tuan empunya blog pi bubuh pic kat atas tu mcm busuk ati je? takde kena mengena lgsung. aduihh

Anonymous said...

Ni dab bulan April nak masuk Mei..macam mana tuan blog..ada kah dakwaan anda termasuk gambar menepati tajuk asal.
Kami orang luar nak tau la jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails