Thursday, February 13, 2014

Josephine Mary Ditahan, Hina Sultan S'ngor?


KUALA LUMPUR: "Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang. Menurut laman FB polis itu, semasa tangkapan beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Dalam blog berkenaan sebelum ini, wanita terbabit secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat. "
Demikian menurut.BERNAMA

Sementara itu, Kosmo melaporkan, di Shah Alam, seorang wanita itu dipercayai ‘Josephine Mary’ ditahan di rumahnya di Kajang pada pukul 1 pagi semalam bagi membantu siasatan penyiaran satu artikel Facebook menggunakan namanya yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sumber itu bagaimanapun memberitahu, daripada gaya pertuturan dan tingkah laku serta riak wajah, ia tidak menunjukkan wanita tersebut menulis artikel yang disiarkan oleh pautan pada blog The Flying Kick itu.




jo_mary

1 comment:

armal said...

Buat duit.... mudah2. Free pulak. Sini....

http://stayreward.com/index.php?share=115728

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails