Friday, February 14, 2014

Bicara Cinta Demi Ilahi -Nik Aziz

foto ihsan FB Zahiruddin Zabidi
 
SHAH ALAM – Anak syarikat Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari menyerahkan royalti hasil buku bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul Bicara Cinta Demi Ilahi, hari ini.

Selain itu, Nik Aziz turut menerima hadiah Al-Quran Karya Bestari dan buku yang mula mencipta fenomena, Cerita Cinta Ahmad Ammar. Editor Kanan Buku Karya Bestari, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi memberitahu, Nik Aziz segera meminta agar royalti itu diserahkan kepada Maahad Darul Anwar.

“Hajat kami bagi hadiah al-Quran dan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar serta serahkan cek royalti bernilai belasan ribu ringgit (tiga bulan sebelumnya puluhan ribu).
“Kemudian segera beliau minta serahkan kepada Maahad Darul Anwar yang ditadbir oleh anak-anak beliau. Subhana-ALLAH,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Berkongsi keadaan Nik Aziz yang terkini, beliau akui Musryidul Am Pas itu semakin uzur namun tidak berkompromi dalam menunaikan solat berjemaah.

“Beliau uzur sangat namun solat jemaah tidak di kompromi,” katanya.

Beberapa pengisian menarik dalam buku tersebut ialah Izinkan Aku Berbicara, Bicara Ini Demi DIA, Bicara, Ini Demi Nurani, Bicara Ini Demi Akhlak, Bicara Ini Demi Anak Kita, Bicara Ini Demi Hari Pengadilan dan Andai Mampu Lagi Aku Bicara.

Buku ini sudah diterbitkan sejak 31 Mac tahun lalu.
Bicara Cinta Nik Aziz

 Bila Nik Aziz bicara soal cinta... Sebahagian tetamu yang mengikuti Bicara Cinta Datuk Nik Abdul Aziz di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

[BERITA BERKAITAN: Bicara Ini Demi Ilahi: 'Pesanan Nik Aziz buat semua']
[BERITA BERKAITAN: Bila Nik Aziz bicara soal cinta...
 (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails