Friday, February 14, 2014

Brunei-S'pura Eratkan Hubungan..

Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengabadikan gambar kenangan bersama Presiden Republik Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam dan Isteri, Puan Yang Terutama Mary Chee Bee Kiang. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

Singapura: Pelita Brunei melaporkan, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, dan rombongannya, berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Petang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura dan isteri.

Keberangkatannya dusambut oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan isteri, Puan Yang Terutama Mary Chee Bee Kiang.
AMIRUL38 120214 SANTAPPTG
Mengimbas titah Kebawah DYMM pada Majlis Persantapan Negara sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam pada 30 Mei 2013, baginda antara  lain menekankan bahawa lawatan TYT bukan sahaja dapat memperbaharui dan mengukuhkan persahabatan peribadi, bahkan juga dapat mempereratkan lagi hubungan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang sudah lama terjalin di pelbagai peringkat.

"Hubungan saling hormat-menghormati dan percaya-mempercayai telah membolehkan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura untuk memperluaskan lagi bidang-bidang kerjasama pertahanan, kesihatan, pendidikan, perdagangan dan perniagaan yang telah wujud sekian lama," titah baginda.

AMIRUL39 120214 SANTAPPTG

Sementara itu Presiden Republik Singapura dalam sembah ucapan balasnya pula antara lain menyifatkan bahawa, hubungan kedua-dua buah negara lebih daripada sekadar rakan kongsi tetapi berkongsi pandangan yang sama dengan menumpukan kepada kepentingan kerjasama.

Menurut TYT, hubungan pertahanan antara kedua-dua buah negara juga sangat istimewa dan telah menyumbang kepada keselamatan dua hala, di samping menghargai sumbangan Negara Brunei Darussalam kerana menyediakan kawasan latihan bagi Angkatan Bersenjata Republik Singapura. (IH/PB)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails