Tuesday, February 11, 2014

Brunei-Saudi, Bincang Perlaksanaan Undang Jenayah Syariah.

MENTERI Hal Ehwal Ugama Brunei semasa mengadakakn perjumpaan dengan Menteri Keadilan, Kerajaan Arab Saudi.
(Foto: Pg. Haji Waliyuddin Pg. Haji Ahmad)


Riyadh, 9 FEb: Ke arah memantapkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dan saling berkerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan rombongan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Keadilan, Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Issa, selaku Pengerusi Majlis Kehakiman Tertinggi, hari ini.

Semasa perjumpaan tersebut, Yang Berhormat dan TYT membincangkan serta bertukar-tukar pendapat mengenai perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syar'iah yang sekian lama dilaksanakan di Kerajaan Arab Saudi. Di samping itu, ianya juga untuk mengetahui lebih lanjut dan memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai undang-undang berkenaan.

Terdahulu sebelum itu, Yang Berhormat serta rombongan juga diberikan taklimat serta tayangan klip video mengenai pengurusan dan pentadbiran mahkamah-mahkamah, cara-cara perlaksanaan dan data statistik kes-kes jenayah syariah yang melibatkan hukuman hadd, qisas serta ta'zir di Kerajaan Arab Saudi dan kemudiannya turut dibawa melawat ke sekitar bangunan kementerian berkenaan bagi meninjau infrastruktur serta fasiliti yang terdapat di sana.

Kementerian Keadilan, Kerajaan Arab Saudi merupakan sebuah institusi kerajan yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Undang-undang Syar'iah yang menyediakan perkhidmatan undang-undang untuk semua rakyat dan penduduk Kerajaan Arab Saudi.

Lawatan itu antara lain bertujuan untuk melihat secara lebih dekat lagi cara-cara pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syar'iah di Kerajaan Arab Saudi.

PG WALI 3-PERJUMPAAN 100214
Sesi bergambar bersama-sama.

Selain itu juga untuk mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi, khasnya dalam perkara pelaksanaan undang-undang berkenaan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails