Thursday, July 19, 2012

Menang Tuntutan Walaupun Kudung

ROWE yang duduk di atas kerusi roda meninggalkan Mahkamah Tinggi di Melbourne semalam.


Wanita Kudung Menang Berjuta Dolar
 SYDNEY - Seorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki selepas ibunya mengambil ubat thalidomide semasa hamil berjaya memenangi satu penyelesaian di Mahkamah Tinggi di sini melibatkan ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar daripada pengedar ubat itu dari Britain.

Wanita itu, Lynette Rowe, 50, dari Melbourne mendakwa keadaan yang menimpa dirinya disebabkan ibunya mengambil ubat thalidomide. Thalidomide diberikan kepada wanita hamil pada tahun 1950-an dan 1960-an sebagai rawatan untuk sakit pada waktu pagi. Namun, ubat tersebut kemudian ditarik balik daripada pasaran pada tahun 1961 kerana ia didapati menyebabkan kecacatan pada bayi.

Ubat tersebut menyebabkan ribuan bayi di seluruh dunia mengalami kecacatan. Rowe membuat tuntutan undang-undang itu terhadap tiga pihak iaitu pembuat ubat dari Jerman, Grunenthal, syarikat Distillers Ltd., dari Britain yang menjual ubat tersebut di Australia dan Diageo Scotland Ltd. Diageo Scotland Ltd. mempunyai aset dalam syarikat Distillers.

Peguam Rowe, Peter Gordon menyatakan anak guamnya itu telah mencapai penyelesaian dengan Diageo dan Distillers. Syarikat Grunenthal enggan mencapai penyelesaian dalam kes tersebut. "Jumlah penyelesaian masih rahsia tetapi saya boleh menyatakan ia mencukupi buat Rowe untuk seumur hidupnya," kata Gordon. - Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails